Selagi harga tidak turun dan masuk semula ke bawah line biru tu, ada harapan untuk menuju target yang disasarkan.
Kalau rajin,pandang kiri carta dan perhatikan bagaimana pergerakan harga pentamaster bila dia breakout dan buat new high.
Pattern masih lagi segitiga kaki sama atau kalau perlu diubah boleh jadikan segitiga kaki menaik.
Kenapa syarikat rugi, tapi harga saham naik? Sebagai pedagang, kita wajib tau di mana nak masuk dan di mana nak keluar. Selebihnya biar market uruskan.
Carta carimin sudah membuat harga tertinggi sepanjang masa (kalau ikut data yang ada di tradingview) dan tercapai sasaran kenaikan 15 - 20 peratus dari aras satu ringgit.
Kali terakhir ingatkan dah cukup tinggi, rupanya ada lagi tinggi. Carta yang kuat akan sentiasa mencari new high manakala carta yang lemah berterusan membuat new low.
Carta minggu dan harian CARIMIN nampak masih ok. Hanya perlu tunggu signal untuk tumpang sekaki dengan target menuju aras tertinggi yang dia pernah buat. Jangkaan tempoh masa dalam 2-4 bulan hanya jika harga masih kekal di atas garis purple di carta mingguan.
Sambungan terkini - harga sedang molek menuju harga tertinggi tahun lepas yang pernah dia buat - hanya perlu tunggu dan lihat - jika lepas, berkemungkinan menyambung semula trend kenaikan yang sama. - perhatikan juga tekanan jualan jika sudah mula berada di aras tertinggi nanti. ..bersambung
Carta carimin masih lagi dalam trend menaik walaupun sepanjang 2 bulan ini lebih kepada pergerakan yang terkawal (sideway). Dari pandangan saya, carimin berkemungkinan mencari semula harga tertinggi dalam sejarah dia di aras 1.90. Cadangan bagi carta begini - mencari peluang entri.