GCB (5102) - ALL-TIME HIGH STOCK (14/08/2020@11:33AM)GUAN CHONG BERHAD (5102)
SECTOR: CONSUMER PRODUCTS & SERVICES
SUB-SECTOR: FOOD & BEVERAGES
TOTAL SHARE ISSUE: 1,025,329,334
PUBLIC FLOAT %: 20.77% (812,348,832)
SYARIAH: YES
Guan Chong Berhad adalah syarikat yang berpangkalan di Malaysia yang menjalankan perniagaan pemegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan. Syarikat mempunyai tiga segmen: Malaysia, Singapura dan Indonesia. Anak syarikat Syarikat terlibat dalam menghasilkan bahan makanan yang berasal dari koko; pembuatan, pemasaran dan promosi produk berkaitan koko; aktiviti pemasaran dan promosi produk dan coklat yang berkaitan dengan coklat; membeli dan mengedar bahan makanan yang berasal dari koko, dan pegangan pelaburan. Anak syarikat Syarikat termasuk Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn. Bhd., GCB Foods Sdn. Bhd., GCB Marketing Sdn. Bhd., GCB Speciality Chocolates Sdn. Bhd., GCB America, Inc, Cocoarich Sdn. Bhd. Dan GCB Oversea Holdings Corporation.
GCB merupakan syarikat yang konsisten mencatatkan keuntungan yang semakin meningkat jika dirujuk pada setiap QR yang dilaporkan. Harga juga kembali mencatatkan peningkatan dan berjaya mencapai paras All-Time High (harga selepas adjustment kerana memberi bonus issue & free warrant pada 04/11/2019).
Paras tertinggi pernah dicapai sebelum adjustment ada pada RM5.03 (21/10/2019).
Pendapatan GCB tidak terjejas walaupun dunia dilanda wabak COVID-19 pada masa ini. Dividend Yield adalah pada paras 1.42%.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyouownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
Alltimehigh
ISTONE (0209) - MENUJU ATH (03/08/2020@11:45PM)I-STONE GROUP BERHAD (0209)
SECTOR: TECHNOLOGY
SUB-SECTOR: TECHNOLOGY EQUIPMENT
TOTAL SHARE ISSUE: 1,221B
PUBLIC FLOAT %: NA
iStone Group Bhd adalah syarikat yang berpusat di Malaysia yang memfokuskan pada segmen perniagaan automasi pembuatan. Syarikat memberi tumpuan kepada mesin automasi khusus yang digunakan dalam proses pembuatan automatik. Ia beroperasi melalui dua segmen: automasi pembuatan dan produk dan perkhidmatan pelengkap. Segmen automasi pembuatannya terlibat dalam reka bentuk, pembuatan dan pengubahsuaian mesin automasi khusus yang digunakan dalam proses automasi pembuatan dan juga penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk mesin automasi khusus dan perdagangan alat ganti. Segmen produk dan perkhidmatan pelengkap tertumpu pada reka bentuk dan fabrikasi panel logam, bingkai dan bahagian ketepatan. Segmen produk dan perkhidmatan pelengkap juga terlibat dalam pengedaran perkakasan dan perisian automasi pembuatan, yang merangkumi perisian analisis statistik Minitab.
TECHNICAL REVIEW:
Harga ISTONE pada masa ini semakin menghampiri paras harga tertinggi dicapai pada hari pertama listing ke dalam Bursa Malaysia iaitu pada paras 0.275. Jika harga berjaya breakout, harga ATH yang baharu akan tercipta.
#notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
POHKONG (5080) - STOK DENGAN MOMENTUM (02/08/2020@12:15pm)POH KONG HOLDINGS BERHAD (5080)
SECTOR: CONSUMER PRODUCTS & SERVICES
SUB-SECTOR: RETAILERS
TOTAL SHARE ISSUE: 410,351,752
PUBLIC FLOAT %: 27.25%
SYARIAH: YES
CATALYST : Harga Indeks EMAS dunia telah mencipta NEW HIGH melepasi harga tertinggi yang telah dicapai pada JANUARI 2011 (USD1911.60). Harga ditutup tinggi pada 31/07/2020 iaitu pada paras harga USD1962.80 (harga tertinggi intraday - USD1981.10).
POHKONG pada Jumaat (31/07/2020) merupakan T3. Perhatikan jika harga bertahan di kawasan support 0.720 - 0.735. Harga perlu melepasi halangan terdekat iaitu 0.795 jika ingin meneruskan kenaikan ke paras halangan seterusnya iaitu 0.915 (harga tertinggi dalam setahun yang juga merupakan harga All-Time High).
#feelfreetodisagree #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
GHLSYS.... Mencapai paras All Time High yang baharu (23/07/2020)GHL Systems Philippines Inc. melalui anak syarikatnya GHL Philippines Financing Services berjaya mendapat kelulusan daripada kerajaan Filipina untuk menjalankan operasi. Ini antara pemangkin harga saham syarikat ini di dalam Bursa Malaysia meningkat sehingga sekali lagi mencipta paras harga tertinggi sepanjang masa (All Time High).
Harga saham GHLSYS berjaya melepasi halangan pada paras 2.09 dan melepasi harga tertinggi pernah dicapai sebelum ini (2.10) yang menjadi paras RBS (Resistance becomes support). Hala tuju harga seterusnya jika menurut Fibo Projection adalah pada 2.22 (50%) dan 2.34 (61.8%). MACD dan RSI juga menunjukkan isyarat yang baik.
QES Telahpun Berjaya Memecahkan Aras 52 Minggu TertinggiQES berjaya memecahkan aras 52 minggu tertinggi (52 weeks high) di 0.250. Seterusnya, QES dalam cubaan untuk mencari aras tertinggi sepanjang hayat (all time high) di 0.380. Jadi kita boleh set target price untuk peraman panjang QES di 0.380. Cuma QES ini kalau nak beli, kena banyak bersabar sebab pergerakan dia perlahan cuma yang penting bergerak ke atas. Untuk rekod dan makluman, harga ketika QES dilahirkan adalah di 0.245. Jadi hari ini memecahkan harga lahir juga. Sama-sama kita sediakan trading plan dan perhati rapat ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
CARIMIN MINGGUAN - berpotensi menuju harga tertinggiCarta minggu dan harian CARIMIN nampak masih ok.
Hanya perlu tunggu signal untuk tumpang sekaki dengan target menuju aras tertinggi yang dia pernah buat.
Jangkaan tempoh masa dalam 2-4 bulan hanya jika harga masih kekal di atas garis purple di carta mingguan.
Duopharma Biotech - menuju harga tertinggi tahun lepasSambungan terkini
- harga sedang molek menuju harga tertinggi tahun lepas yang pernah dia buat
- hanya perlu tunggu dan lihat
- jika lepas, berkemungkinan menyambung semula trend kenaikan yang sama.
- perhatikan juga tekanan jualan jika sudah mula berada di aras tertinggi nanti.
..bersambung
Carimin dan aras satu ringgitCarta carimin masih lagi dalam trend menaik walaupun sepanjang 2 bulan ini lebih kepada pergerakan yang terkawal (sideway).
Dari pandangan saya, carimin berkemungkinan mencari semula harga tertinggi dalam sejarah dia di aras 1.90.
Cadangan bagi carta begini - mencari peluang entri.
SERBADK menunjukkan dinamik dengan melepasi paras tertinggi1. Hari ini kita menyaksikan sektor minyak & gas menguasai leaderboard analisa sektor iSaham.
2. Salah satu saham yang kuat dalam sektor ini ialah SERBADK dimana saham ini berjaya membuat kenaikan ke paras tertinggi sepanjang masa.
3. Saham ini sesuai dirujuk untuk fast in fast out (4-10 bid), dan mid term (target price: RM4.45, potensi kenaikan lebih kurang 22%).
4. Antara pemegang saham terbesar saham ini ialah KWAP (nilai lebih kurang 520 juta) dan EPF (nilai lebih kurang 316.9 juta - pembelian bersih dalam masa 30 hari lepas ialah lebih kurang 22 juta) dan State Financial Secretary Sarawak.
5. Salah satu saham yang harus terus dipantau selagi harga minyak berada kedudukan stabil & uptrend .