D&O Kaunter Breakout All Time High. Mampukah Pergi Lebih Jauh?D&O pada minggu ini ditutup dengan sangat cemerlang apabila semalam memecahkan arah tertinggi sepanjang hayat disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya, kaunter yang breakout all time high, akan mempunyai kekuatan untuk terus mendaki ke atas. Kami kongsikan chart minggu D&O untuk menunjukkan pattern semasa D&O. Dapat dilihat, D&O telahpun memecahkan aras neckline pattern mangkuk (CUP) dimana aras neckline adalah di 1.00. Jika D&O meneruskan pendakian, ia akan membentuk pattern ascending scallop dan jika naik dan berehat seketika membuat retracement, D&O akan membentuk pattern Cup & Handle. Aras target peramanan panjang adalah di 1.80. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
Ascendingscallop
SDS Pattern Ascending Scallop Dan Sedia MendakiSDS sangat menarik untuk diperhatirapatkan. Pattern assending scallop dimana aras neckline adalah di 0.270 dan berjaya dipertahankan daripada bocor. Hari ini SDS membuat candle marubozu dan disokong oleh volume yang kuat. Aras 0.270 juga merupakan aras tertinggi di hari lahir SDS. Aras target untuk pattern ini adalah di 0.445. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Mangkuk Yang Manakah AEMULUS Cuba Lengkapkan?AEMULUS pada hari ni telah melengkapkan pattern mangkuk dimana neckline di 0.455. Kita panggil mangkuk ini sebagai mangkuk A. Akan tetapi, jika esok AEMULUS berjaya memecahkan aras neckline 0.455, kemungkinan besar AEMULUS akan melengkapkan mangkuk B iaitu neckline di aras 0.600 sebelum turun untuk membentuk handle sebelum meneruskan perjalanan ke atas. Ada juga kemungkinan selepas memecahkan aras 0.600, AEMULUS meneruskan pendakian dimana ini akan membentuk pattern ascending scallop. AEMULUS juga pada hari Jumaat minggu lepas telahpun memcecahkan garisan menurun 3 tahun disokong oleh volume yang sangat kuat. (Rujuk garisan pink di chart). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
SERSOL Dalam Percubaan Menyiapkan Pattern MangkukSERSOL semakin hampir menyentuh bibir mangkuk (neckline) di 0.155. Pada hari ini, SERSOL ditutup dengan candle solid marubozu disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya, esok akan sambung mendaki ke atas. Cuma, mampukah SERSOL melengkapkan pattern mangkuk ini? Jika neckline 0.155 berjaya dipecahkan, SERSOL akan naik seketika dan jika kembali turun membuat pembetulan harga, SERSOL juga akan membentuk pattern cup & handle. Jika terus mendaki ke atas, SERSOL akan membuat pattern ascending scallop. Aras target adalah di 0.270. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
HEVEA Cubaan Melengkapkan MangkukHEVEA sedang cuba melengkapkan pattern mangkuk dimana neckline adalah di aras 0.575. HEVEA juga nampak kuat kerana telahpun memecahkan aras EMA200 dan volume yang besar pada minggu lepas. Jika HEVEA dapat memecahkan aras neckline di 0.575 dah terus bergerak ke atas, ia akan membentuk pattern ascending scallop dan jika selepas pecah neckline, HEVEA membuat penurunan seketika, mungkin ia dalam pembentukkan pattern cup and handle. Aras target peraman panjang untuk HEVEA adalah di 0.925 jika berjaya memecahkan aras neckline di 0.575 dan berjaya bertahan diatas 0.575. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan.
LEWEKO Menarik untuk DiperhatirapatkanLEWEKO pada hari ditutup di garisan menurun 3 tahun (3yrs DTL) disokong oleh gap up dan juga volume yang kuat. Jika dilihat dari chart pattern, LEWEKO berpotensi membentuk pattern cup & handle atau jika memecahkan neckline di aras 0.260 dan meneruskan kenaikkan, akan membentuk pattern ascending scallop. Aras target jika berjaya pecahkan rintangan / neckline di 0.260 adalah di aras 0.460. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. QR report juga nampak menarik kerana setelah beberapa tahun EPS -ve, kali ini EPS +ve. Adakah ini permulaan untuk LEWEKO meneruskan pendakian bullish ke aras yang terus jauh? (sekadar kajian dan pembelajaran)
SCNWOLF Cubaan Melengkapkan Mangkuk AjaibSCNWOLF semakin hampir untuk melengkapkan pattern mangkuk (cup) dengan aras neckline di 0.275. Adakah setelah lengkap mangkuk nanti SCNWOLF akan berehat membentuk handle atas terus mendaki ke atas untuk membentuk pattern ascending scallop? Sama-sama kita perhati rapat ya. Aras target adalah di 0.485. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Dayang Breakout New HighDayang telah membuat breakout new high pada jumaat yang lalu. Adakah akan meneruskan perdakian dan membentuk pattern ascending scallop atau pun membuat pattern cup and handle? Cup sudah pun siap. Price target long swing 2.72. Sama-sama kita follow rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).