Ramalan dan Analisis

Bat

Bat Pattern merupakan suatu struktur anjakan 5 titik yang direka oleh Scott Carney pada tahun 2001. Ia mempunyai ukuran spesifik Fibonacci tertentu untuk setiap titik di dalam strukturnya dan adalah penting untuk difahami bahawa D bukannya suatu titik, tetapi merupakan suatu zon di mana harga berkemungkinan akan terbalik dan zon itu dipanggil Potential Reversal Zone (PRZ). Anjakan titik B untuk kaki utama XA perlu kurang daripada 0.618 dan paling bagus jika ia adalah suatu 0.50 atau 0.382 dan PRZ mengandungi 3 tahap perkumpulan harmonik: 1) 0.886 anjakan kaki utama XA, 2) pola tambahan AB=CD yang biasanya dalam nilai 1.27 AB=CD dan 3) unjuran minimum BC iaitu 1.618.

Sasaran pertama adalah anjakan 382 AD dan sasaran kedua merupakan anjakan balikan 618 AD. Aras henti biasanya adalah dibelakang titik X. Pedagang konservatif mungkin perlukan pengesahan tambahan untuk ini. Bat Patterns boleh menjadi bearish dan bullish. TradingView mempunyai alat lukisan pintar yang boleh membantu pengguna mengenalpasti struktur kebalikan 5 titik pada carta.
Tunjuk lebih banyak idea
1
23
...
9
1
2
...
9