Bdtl
FBMKLCI (Berjaya Menukar Arah)FBMKLCI sebelum ini berada dalam keadaan downtrend. Harga pernah cuba untuk BDTL tetapi pada awalnya gagal. Walaubagaimanapun, harga berjaya rebound dan terus BDTL. Kemudian harga gap up dan breakout paras harga RM 1,620 yang merupakan SBR bagi FBMKLCI. Adakah harga akan terus menaik sehingga ke paras harga RM 1,700 yang merupakan ATH bagi FBMKLCI?
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line.
* SBR = Support Become Resistance.
* ATH = All Time High.
* Rebound = Harga melantun balik.
KPOWER (Peluang atau Perangkap?)Sektor:
- Industrial Products, Personal Goods, Consumer Products & Services, Green Tech, Solar.
Idea analisis:
- Fundamental KPOWER sangat kukuh. Ini dibuktikan melalui QR yang menunjukkan peningkatan keuntungan dan hasil (revenue) secara konsisten. KPOWER juga menunjukkan peningkatan QoQ selama 6 quarter berturut² (November 2019 - Februari 2021).
- Dari sudut teknikal, KPOWER sebelum ini juga menunjukkan prestasi cemerlang.
- Kemudian, KPOWER jatuh dibawah MA 50 dan menerima tekanan jualan selama 4 hari berturut².
- Terbaru, KPOWER membentuk candle reversal iaitu bullish engulfing dan disokong oleh volume yang singnifikan dan indikator Stochastic RSI.
- Harga berpotensi ke SBR iaitu RM 2.260 jika reversal ini valid (harga tidak jatuh di bawah RM 1.790).
- Untuk confirmation yang lebih kuat, boleh perhatikan samada KPOWER dapat tutup di atas downtrend line (BDTL) atau tidak.
Nota kaki:
* SBR = Support Become Resistance
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Reversal = Bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sebaliknya.
* Stochastic RSI cross up = Line biru bersilang ke atas line line merah.
* Stochastic RSI oversold = Line di bawah paras 20.00.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
JFTECH (Percubaan Menongkah Arus Positif)Sektor:
- Technology, Electronic, Semiconductor.
Idea analisis:
- JFTECH merupakan saham yang sangat kukuh dari sudut fundamentalnya. Buktinya, QR JFTECH meningkat berturut² untuk lima bulan QR (Feb 20, Mei 20, Ogos 20, Nov 20 dan Feb 21).
- Dari sudut teknikal, JFTECH bergerak uptrend secara slow and steady.
- Pada 18 Januari 2021, JFTECH naik secara mendadak kemudian turun juga dengan keadaan mendadak dan hari ini, JFTECH tutup dibawah trend line dan MA 100.
- MACD juga turun di bawah paras 0 menunjukkan bahawa JFTECH kuat untuk bertukar arah kepada downtrend.
- Untuk risiko yang rendah, boleh pantau untuk entry jika MACD mula naik ke atas paras 0 atau harga berjaya melintasi downtrend line (BDTL).
Petunjuk/ Nota tambahan:
* QR = Quarter Report dikeluarkan 4 kali setahun.
* BDTL = Break DownTrend Line.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
EMAS (Percubaan Memecahkan Arus Penurunan)Emas rebound diatas support terkuat iaitu pada harga RM 230/gram. Tiga hari harga emas bermain di kawasan support terkuat ini dan pada hari ni, emas dilihat cuba untuk rebound dan meneruskan kenaikan. Adakah harga emas akan meneruskan kenaikan sehingga ke RM 250/gram atau meneruskan kenaikan sementara kemudian turun kebawah harga RM 230/gram? Sama² perhatikan samada harga mampu memecahkan downtrend line atau sebaliknya.
Nota kaki:
* Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang descending triangle, boleh klik pautan di bawah 👇
EFRAME (Keluar Segitiga)Sektor:
- Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- EFRAME baru disenaraikan di Bursa pada 27 Oktober 2020.
- EFRAME dalam keadaan uptrend dan membentuk symmetrical triangle.
- Kemudian EFRAME rebound di atas support dan trend line sekaligus memecahkan symmetrical triangle. Keadaan ini juga boleh dikatakan break minor downtrend line (BDTL).
- EFRAME sekarang dilihat berada pada resistance 1 dan berada dalam keadaan overbought.
- Untuk entry dengan 'low risk', boleh tunggu Stoch RSI turun di bawah 20.00 (oversold).
Idea trading plan:
- Entry berdekatan trend line @ support 0.515.
- CL jika harga 'tutup' di bawah support 0.515.
- TP samada di resistance 1 @ resistance 2.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Overbought = Stoch RSI di atas 80.00.
* Oversold = Stoch RSI di bawah 20.00.
#TAYOR #BAYOR
BTC (Masa Untuk Meroket?)BTC masih di atas uptrend line untuk jangka masa panjang. Pada awal fasa correction, BTC pernah membuat penurunan sebanyak 41%. Kemudian BTC membuat new strong support dan hari ini, BTC telah break minor down trend line (BDTL). Adakah BTC akan terus meroket dan MACD berjaya cross up?
*Untuk entry selamat, pastikan BTC turun membuat support terbaru dahulu sebelum entry.
#TAYOR #BAYOR
Rubber Gloves (Comeback)Sektor 'Rubber Gloves' dilihat telah memecahkan downtrend line dengan volume yang besar. Pergerakan ini dapat dilihat pada saham HLT, RUBEREX, CAREPLS dan TOPGLOV.
Kenaikan saham sektor 'Rubber Gloves' ini juga memperlihatkan keadaan yang sama kepada indeks KLCI (Indeks KLCI BDTL seperti sektor 'Rubber Gloves'). Adakah kaunter² 'Rubber Gloves' ini akan terus menghijaukan KLCI?
*BDTL = Break Downtrend Line.
SALUTE (Memecahkan Rintangan Dengan Momentum Padu)Sektor:
- Consumer Products & Services, Electronic.
Idea analisis:
- Break Downtrend Line (BDTL) dengan momentum:
1) Volume spike. (Paling banyak dalam tempoh 5 bulan).
2) Candle Marubozu.
3) Tutup di atas MA200.
4) MACD cross up dan naik dia atas paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran MA 200 atau;
- Tunggu sehingga retrace dan entry berhampiran support baru yang terkuat.
- CL jika harga tutup dibawah MA 200 atau;
- CL jika MACD kembali ke bawah paras 0.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Candle Marubozu = Satu candle yang solid dimana harga open=low dan close=high.
* Apabila harga mula naik di atas MA 200, ia menunjukkan satu perubahan trend berlaku. Daripada downtrend kepada uptrend.
NICE (Bersedia Dengan Signal)Sektor:
- Gold, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- EMAS baru-baru ini bergerak sideways (membuat accumulation).
- EMAS kemudian keluar daripada petak accumulation (Breakout). NICE ketika ini juga breakout (BDTL).
- Walaubagaimanapun, EMAS jatuh menjunam keesokkan harinya.
- Kejatuhan ini memberi signal kepada para pemegang saham NICE dan kaunter² emas yang lain supaya bersedia untuk CL.
- Emas rebound di atas support USD 1775 dan bertukar menjadi uptrend kemudian membuat HHHL.
- Pada 4 Januari, EMAS breakout. Ketika ini, NICE juga breakout.
- Boleh bersedia untuk CL jika harga EMAS menunjukkan signal penjualan.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 1 (0.275) @ RBS 2 (0.255) atau;
- Entry berhampiran MID BB.
- CL jika harga jatuh dibawah 0.255 atau;
- CL jika harga EMAS turun dibawah uptrend line.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* UPPER BB Squeeze = Upper bollinger band squeeze. Bollinger band yang semakin merapat.
* BDTL = Break Downtrend Line.
* HHHL = Boleh rujuk di
* MID BB = Middle Bollinger Band.
AT (Berubah Arah)Sektor:
- Industrial Products & Services, Components & Equipments.
Idea analisis:
- AT break minor down trend line dengan:
1) Volume melebihi Volume MA
2) Rebound atas MA 50
3) STOCHASTIC RSI baru melepasi 20.00
4) PARABOLIC SAR menunjukkan buy signal
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support 0.165 untuk BOD atau;
- Entry jika harga tutup di atas resistance 0.210 untuk BOB.
- CL jika harga tutup dibawah support 0.165 atau;
- CL jika STOCH RSI mula menunduk dalam area 20.00 - 80.00.
- TP jika harga menyentuh resistance 0.210 atau;
- TP jika STOCH RSI mula menunduk di atas area 80.00.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* BOD = Buy On Dip.
* BOB = Buy On Breakout.
TECFAST (Keluar Daripada Kepompong)Sektor:
- Industrial Products & Services, Components & Equipments.
Idea analisis:
- TECFAST baru melepasi / break minor downtrend line.
- MACD juga baru bersilang.
- PARABOLIC SAR juga menunjukkan signal buy.
- Walaubagaimanapun, harga masih belum melepasi MA 50.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support 0.455.
- CL jika harga jatuh dibawah support 0.455 atau;
- CL jika MACD cross down atau;
- CL jika PARABOLIC SAR menghampiri candle (hampir ke aras sell signal).
- TP jika harga menyentuh TP1 0.520 atau menyentuh TP2 0.555.
SAMAIDEN (Peluang Kedua)Sektor:
- IPO, Green Tech.
Idea analisis:
- SAMAIDEN masih berada di atas uptrend line.
- Sebelum ini, apabila SAMAIDEN memecahkan minor downtrend line + STOCH oversold hampir cross up, SAMAIDEN naik lebih tinggi selepas itu.
- Adakah perkara yang sama akan berlaku?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran major uptrend line atau;
- Entry berhampiran support 1.380 untuk buy on dip atau;
- Entry jika harga tutup di atas resistance 1.600 untuk buy on breakout atau;
- Entry ketika STOCH RSI oversold dan hampir cross up.
- CL jika harga jatuh di bawah support 1.380.
- TP jika harga menyentuh resistance 1.600.
UZMA (Cuba Mendaki)Sektor:
Energy, Oil & Gas, Trading & Services, Equipment & Services.
Idea analisis:
- Masih berada di atas trend line dan meneruskan kenaikan.
- Harga baru sahaja tutup di atas MA 200.
- Transaksi selepas break down trend line banyak dibuat pada paras harga 0.555. Boleh dijadikan support @ resistance pada paras ini.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line atau;
- Tunggu candle melepasi MA 200 sepenuhnya atau;
- Entry berhampiran support 0.515.
- CL jika harga tutup di bawah trend line atau;
- Tunggu harga tutup di bawah MA 50 atau;
- MACD cross down.
CARIMIN (Jalan Terus!)Sektor:
Energy, Oil & Gas, Trading & Services, Equipment & Services.
Idea analisis:
- Break down trend line (BDTL).
- Mencipta satu trend yang baru.
- Gap up dengan volume yang tinggi dan meneruskan kenaikan.
- MACD mendaki ke atas paras 0.
- SMART MCDX menunjukkan 'jerung' mula menguasai pasaran.
- Sekali lagi break resistance 0.715 dengan candle yang sangat solid.
- Adakah CARIMIN akan meneruskan kenaikan?
Idea trading plan:
- Jika resistance menjadi support (RBS), boleh entry berhampiran dengan RBS 0.715 atau;
- Entry berhampiran trend line dan 'ride the trend' atau;
- Jika berlaku false breakout, boleh entry berhampiran support 0.615.
- CL jika harga tutup di bawah trend line atau;
- Tunggu sehingga MACD cross down atau;
- SMART MCDX menunjukkan penurunan ketinggian bar merah.
UZMA (Baru Bangun daripada Tidur atau Hanya Mengigau?)Sektor:
- Energy
- Oil & Gas
- Trading Service
Idea analisis:
- Breakout dua down trend line dengan volume (long down trend line yang bermula Julai 2014 dan short down trend line yang bermula Ogos 2020).
- MACD cross up sehari sebelum breakout short down trend line.
- EMA 7 cross up EMA 21 sehari selepas breakout short down trend line.
- MACD mendaki ke atas paras 0.
- Baru melepasi MA50 setelah break short down trend line.
- Ekor candle terakhir telah melepasi MA 200 walaubagaimanapun badan candle masih belum melepasinya.
- Breakout long down trend line dengan volume melebihi vol MA, complete double cross up (EMA & MACD), MACD di atas paras 0, telah melepasi MA 50 dan cuba melepasi MA 200.
- Adakah uptrend ini akan bertahan dan UZMA akan meneruskan kenaikan???
Idea trading plan:
- Entry selepas retracement dan 'ride the trend line'.
- Cutloss jika harga jatuh di bawah uptrend line yang terbaru.
APPASIA (Bertukar Arah dan Kembali Meneruskan Perjalanan?)Pengenalan ringkas:
AppAsia Studio mempunyai lebih daripada 60 permainan mudah alih di iOS dan Android. Studio ini terus berusaha untuk memberikan permainan mudah alih berkualiti terbaik untuk memenuhi permintaan pengguna yang terus meningkat. AppAsia Studio menerbitkan permainan yang menawarkan pemain pelbagai jenis genre untuk dipilih. Sektor: Technology
Idea analisis:
- Uptrend sejak Mei.
- Bertukar downtrend pada 25 Ogos dengan MACD cross down sehingga ke bawah paras 0.
- Downtrend yang tercipta masih berada di atas uptrend line bulan Mei.
- Break Down Trend Line (BDTL) pada 12 November
- BDTL dengan volume melebihi vol MA + MACD cross up.
- Meneruskan kenaikan setelah BDTL mengikut uptrend line bulan Mei.
- MACD cuba mendaki melebihi paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berdekatan trend line atau;
- Entry berdekatan support 0.625
- Cutloss jika harga turun di bawah support 0.625 atau;
- 'Ride the trend' dan cutloss jika candle memotong trend line.
OPENSYS (Berpotensi untuk Break Down Trend Line?)Pengenalan ringkas:
OpenSys (M) Berhad bergerak dalam pengembangan, pemasangan, pembuatan, penjualan, import, eksport, penyelenggaraan, penyewaan, dan servis komputer, mesin layan diri serta menyediakan layanan terkait. Sektor: Technology, Solar, Green Tech.
Idea analisis:
- Masih berada di atas uptrend line.
- MACD (3, 18, 4) menunjukkan Golden Cross.
- Berpotensi untuk pecahkan resistance dan break down trend line (BDTL).
- Volume last melebihi volume MA.
- Stochastic RSI dalam lingkungan 50.
Idea trading plan:
- Entry apabila pecah resistance 0.670 atau pullback entry 0.600 - 0.615 (Smart Robie)
- Cut Loss jika pecah support 0.595 atau 'ride the trend' sehingga pecah trend line.