Berrrtrader
singgah sebentar di RNR sebelum meneruskan perjalanan?Support terdekat di area 15sen. Jika berjaya bertahan, kemungkinan akan menyambung perjalanan. Target terdekat di 17sen. Perlu perhati rapat pergerakan ibunya juga. Tayor.
power dah habis ?Kaunter ini telah pecah resistance 2.25 namun gagal untuk bertahan. Kaunter ini sekarang perlu kuat berada di atas 2.07 untuk meneruskan kenaikan. Jika tidak, kemungkinan akan mencari semula rm2.00.
support - rm2.00/ 1.79
target untuk pecahkan 2.25 semula.
lihat reaksi harga support, adakah kuat atau tidak. tayor.
kapal terbang ingin mendarat untuk mengisi minyak!Setelah berita tentang RSS untuk kaunter ini, dapat kelihatan tekanan jualan yang menjatuhkan harganya. Sesuai dengan setiap penerbangan yang perlu mendarat sebelum meneruskan penerbangan. Support sekarang 1.10, jika tidak dapat bertahan, kemungkinan akan mencari 1.00 semula.
support- 1.10/1.00
target ultimate swing - 1.73,1.95,2.85 (tutup gap)
kita hanya mampu membuat target, sampai atau tidak itu belum pasti. tayor.
Kesihatan yang tak berapa sihat ?Sektor kesihatan kini kelihatan tidak berapa sihat. Kenaikan yang sebelum ini kemungkinan hanya lantunan teknikal. Sekurang kurangnya perlu kuat di atas garisan merah untuk menyambung kenaikan. Jika minggu ini tidak kuat di atas garisan merah dan garisan biru terdekat pecah, mungkin akan mencari garisan biru kedua.
Indeks ini sedang bertarung dengan ATH !Indeks produk industri sedang berusaha untuk memecahkan ketinggian tertingginya. Jika berjaya, kemungkinan akan meneruskan kenaikan. Ada kemungkinan indeks ini akan melakukan pattern "morning star" di carta harian. Setakat ini, saya nampak masih ada sisa tenaga untuk indeks ini ke atas.
Sektor yang boleh membina duit ?Sektor pembinaaan kini berjaya berada di atas resistance(garisan biru). Jika kekal di atas garisan biru itu, berkemungkinan akan mencari garisan merah seterusnya garisan ungu. Jika kuat di atas garisan ungu, mungkin akan mencuba untuk menutup ruangan(gap) di garisan kuning. Setakat ini, masih kelihatan positif untuk ke atas.