Berrrtrader
Kaunter yang uptrend ?Nampak gayanya kaunter ini masih ingin memberikan 'diskaun'. Index Nasdaq juga kelihatan masih ingin ke bawah. Boleh diperhatikan apabila harga berdekatan dengan garisan hijau. Jika berminat dengan kaunter sebegini, boleh letakkan di dalam watchlist.
support terkini - garisan hijau (1.36/1.28)
target ? target jauh la bosss hehe
Kaunter yang trending dan mempunyai QR yang mantap! Garisan biru adalah support terkini
Garisan merah perlu dipecahkan oleh kaunter ini.
Garisan hijau, target.
Jika esok gap up tidak terlalu jauh dari garisan merah, mungkin akan test balik garisan merah itu.
Yang ada masa boleh monitor kaunter ini ya ✌🏼
Tayor !
Bercuti cuti di hotel impian anda ?Kaunter ini berada dekat dengan strong support 0.065. Dapat pecahkan line tu makin sedap la jawabnya. Siapa yang berminat utk trade dengan tenang boleh tengok tengok kaunter ini.
Support - 6.5sen
TP - garisan pink, 10sen, dan garisan garisan biru.
TAYOR.
esok t+3 !Support sekarang .355/.350 . Esok jika kuat atas .375, kemungkinan akan meneruskan kenaikan. Buat masa sekarang, saya lihat kaunter ini seperti ingin mencari support sekali lagi. Jika bertahan, barulah meneruskan kenaikan. Jika kuat atas 0.405, boleh target 0.525 untuk target seterusnya. Target ultimate super saiyan berada di 0.67. Tayor !
Buat peminat kaunter pandalela !Kaunter ini sedang mencari support ! Kaunter ini sudah agak oversold, tetapi nampak gayanya masih mahu ke bawah. Bagi sesiapa yang suka kaunter oversold, bolehlah perhatikan kaunter ini. Bukan shj oversold di daily, tetapi juga di weekly. Garisan merah adalah tempat yang boleh diperhatikan (support). Selalunya apabila tertalu oversold, mungkin akan beri lemang sebatang (xtahu panjang atau tak). Kaunter ini juga mempunyai kewangan yang baik ( sentiasa untung & berikan dividen). Tayor !
Ingin membuat cawan sebesar alam ?Kaunter ini berjaya pecahkan ma5 dengan volume. ma5 boleh dijadikan support terkini. Jika diperhatikan pada carta bulanan, kaunter ini seperti ingin membuat cup. Boleh kaji lebih lanjut untuk longterm. Utk jangka masa pendek, nampak harga nak ke atas lagi. Tayor.
Support - garisan biru . Res - garisan hijau.
Dah nak terbang balik ke?Support buat masa sekarang dapat dilihat di 0.795/ ma5 daily. Target sekarang untuk pecahkan 0.830 jika ingin meneruskan penerbangan. Target seterusnya adalah garisan pink dan garisan hijau. Jika berjaya pecahkan garisan pink, mungkin akan terbang lebih jauh ! Tayor !
*mohon maaf kerana agak serabut kerana lukisan terdahulu tidak dipadam hehe
Mampukah kaunter ini pecahkan garisan ungu?Garisan biru adalah SnR. MA5 boleh diambil sebagai support sekarang. Untuk mendapat momentum lebih kuat perlu pecahkan garisan ungu baru boleh target 0.18,0.215,0.23. Tayor !
Adakah kuat untuk kekal di atas DTL dari 2017 ?Terdapat volume yang luar biasa pada bulan ini. Ada kemungkinan untuk mencari garisan DTL biru pula. Support terkini 0.37. Perlu berada di atas 0.39 untuk menambah momentum. Next target 0.425. Jika tidak pecah, mungkin akan mencari support semula. Tayor!
Support 0.37/0.35/0.325 . TP - 0.41, 0.425 .
Cubaan untuk pecahkan DTL dari 2018?Kaunter ini telah berjaya tutup pada harga 0.455. Berjaya pecahkan 0.45 ! Jika kuat di atas 0.45 ini, boleh target 0.545. Untuk menambah momentum, kaunter ini perlu berada di atas 0.465. Untuk menambah kuasa superb lagi kena pecahkan garisan merah (DTL since 2018. boleh cek chart weekly). Tayor !
Support - 0.45/0.43 TP terdekat - 0.465, 0.48, 0.50 - selepas itu baru target untuk ke 0.545/0.59.
*QR mungkin keluar hujung bulan ini.
Ayuh perang guna parang !Kaunter ini nampak kuat untuk naik ke atas. Nampak baru nak mula terbang balik. Kaunter ini perlu berada di atas 0.260 untuk penerbangan lebih lanjut ! Boleh tunggu dekat support 0.235 / tunggu 0.25 menjadi support baharu. Tayor !
Support - 0.235 (RBS) . TP- 0.25,0.26.0.275 .
*QR dijangka keluar hujung bulan feb.
Boleh FIFO atau tidak?Jika dapat pecahkan garisan merah, mungkin akan ke 0.63 / 0.685 . Jika kuat di atas 0.57, akan lebih kuat untuk menyambung kenaikan. Tayor.
support : 0.555. Resistance : 0.595,0.63,0.685.
peringatan - kaunter ini sangat volatile. Jaga support betul betul. Dijangka qr keluar hujung bulan ni.
Melantun di ema50 !Setelah mengalami tekanan jualan yang begitu tinggi, kaunter ini berjaya melantun semua dan menguji kekuatan ema 50. Harga tutup pada RM1.18 juga menunjukkan momentum yang semakin kuat. Support terkini 1.13/ema50 tfd. Target ema5 tfd dan jika berjaya berada atas ema 5, momentum akan lebih kuat untuk ke 1.27/1.34. Tayor !