Membaca Chart sebelah Kanan : Zon Manipulasi #EURUSDKita cuba bayangkan setiap titik perubahan trend, adanya zon liquid (liquidity pool) yang pedagang-pedagang institutsi/bank mencuba cari bagi mendapatkan kecairan pasaran (liquidity) datang dari buy stops dan sell stops dari "retail traders". Buy Stops dan Sell Stops tersebut kebanyakkan nya datang dari stop loss yang disimpan oleh Retail Traders bekenaan.
Hari Isnin (khususnya antara sesi Sydney Open dan beberapa minit sebelum sesi London buka) kebiasaannya masa pedagang-pedagang institutsi dan bank akan memulakan sesi stop hunting mereka bagi mendapatkan "liquidity" sebelum membuat order yang besar yang mana akan memulakan trend untuk minggu itu.
Rancangan saya untuk sekurang-kurangnya hari Isnin, adalah untuk mencuba masuk apabila harga masuk/memecah dan tutup dikawasan manipulasi dan menunggu trigger disana.
*Bagi memahami konsep-konsep analisa saya, cuba baca idea -idea lepas yang saya share (bahasa inggeris) dahulu.
Di Luar Analisis Teknikal
Terma bahasa Inggeris dan terjemahannyaKebanyakan sumber rujukan Analisa Teknikal adalah dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri terbiasa menggunakan terma terma dalam bahasa Inggeris apa bila mengajar dalam kelas dan mengeluarkan idea di TradingView. Saya akan ringkaskan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang popular digunakan bersama makna dan sedikit perjelasan berkaitan terma tersebut.
Support and Resistance - Paras Sokongan dan Rintangan. biasa ditanda pada carta sebagai S dan R
Bulish - sentimen kenaikan (positif)
Bearish - sentimen penurunan (negatif)
Market - pasaran saham secara umum, atau merujuk kepada instrumen tertentu
Trend / Trendline - arah pergerakan harga - menaik, menurun atau tiada trend (mendatar / sideways)
Break out - harga telah melepasi suatu paras rujukan (ke atas atau ke bawah)
Break down - harga telah melepasi ke bawah suatu paras rujukan
Volume - jumlah unit saham yang bertukar tangan.
Risk/reward ratio, RR, RRR - had risiko terhadap potensi keuntungan. risiko kan 1 unit untuk potensi 2 unit, RR 1:2.
Chart : carta / graf yang merekodkan pergerakan harga sesuatu instrumen (saham, forex, komoditi dsb)
Candle stick: batang lilin - suatu cara untuk merekod pergerakan harga Buka, Tutup, Harga Tertinggi dan Harga Terendah pada sela masa yang pilih.
Chart pattern - pergerakan harga membentuk corak tertentu pada carta. Antaranya corak segi tiga, dan corak bendera. Melalui chart pattern, keadaan psikologi pasaran boleh ditentukan.
Candle stick pattern - kombinasi dua atau lebih candlestick, yang melambangkan psikologi keadaan pasaran
Timeframe / TF : sela masa untuk sesebuah carta. Antara yang popular, sela masa 1 hari (harian), 1 minggu (mingguan) dan 1 bulan (bulanan). untuk traders jangka masa pendek, time frame 30 minit, 1 jam dan 4 jam merupakan kebiasaan.
Short term, Medium term, Long Term - merujuk kepada jangka masa - terpulang kepada time frame carta yang anda gunakan
Secara peribadi, saya selesa dengan anggaran lebih kurang 10 candlestick ke hadapan.
Short term
Carta 1 jam - jangkaan 10 jam kehadapan
Carta 4 jam - jangkaan 40 jam kehadapan
Carta Harian - jangkaan 10 hari kehadapan
Medium term
Carta Mingguan - jangkaan 10 minggu kehadapan
Long term
Carta Bulanan - jangkaan 10 bulan kehadapan
Jika ada terma lain yang saya tertinggal, sila komen dibawah ye. Terima kasih!
USDCHF.... Menukar arah!!! SINGKATUSD / CHF berundur dengan ketara dari paras tertinggi dalam bulan, mendekati 0.9850
Franc franc naik ke papan atas keengganan risiko.
USD / CHF turun lebih daripada lima puluh pips dari tahap tertinggi satu bulan yang dicapai pada hari ini pada 0.9927. Semasa sesi Amerika di bawah 0.9862 dan ia melayang di sekeliling rendah, memegang nada lemah yang teguh.
Franc Swiss adalah antara penggiat tertinggi pada Selasa di tengah-tengah penghindaran risiko. Permintaan aset selamat juga meningkatkan emas, JPY, dan bon. Penurunan dalam hasil AS menyumbang kepada kelemahan dolar AS. Greenback mempercepatkan slaid berikutan laporan Pembuatan ISM. Indeks masuk pada 49.1 pada bulan Ogos turun dari 51.2, di bawah jangkaan. Juga, ketegangan perang perdagangan mengekalkan dolar pada hari ini. FX:USDCHF
Knm-wb..Berjaga-jaga adalah lebih baik. Knm wb sudahpun berada di suport 160.dan sedang menuju support 140. Sekiranya 160 mampu bertahan di fibonacci 50%.maka untuk ia kembali menyerlah adalah cerah. Namun jik sebaliknya, maka melepaskanya adalah lebih baik pada pandagan saya..
Artikel Penyebab Pemangkin EmosiSETTING MINDA
Mind Set merupakan salah satu perkara yang paling mempergaruhi
corak trading seorang trader.Ia juga merupakan pemangkin
kepada Emosi serta mempegaruhi money management seorang trader.Apa yang kita setting pada FOREX akan menjadi pemacu kita untuk menjadikan kita sebagai trader high risk,medium,semi medium risk or low risk.
jika seorang trader telah setting mindanya untuk mendapatkan sekurangnya 100% sebulan profit dari trading akan memaksa dirinya menjadi trader high risk dan jika beliau mengunakan startegi 10-20% itu tidak akan memadai buat beliau dan akan menyebabkan beliau mengandakan saiz lot untuk mencapai target yang telah ditetapkan didalam minda beliau...sedar tak sedar disebabkan Mind Setting beliau maka dia telah dikuasai oleh emosi.
andaikata pula ada seoarang trader ni menetapkan low risk sekitar 5-10% permonth ia akan mendorong trader itu lebih santai untuk trading.tanpa dorongan kuat dari emosi dan target didalam minda.Trader itu akan dilihat lebih santai dalam karya trading.
untuk trader macam saya,trading ini adalah long term.kita tak akan lihat berapa ribu peratus kita dapat buat dalam masa singkat tetapi apa yang kita perlukan adalah untuk kekal lama dan konsisten dalam dunia trading itu.sesuaikan dengan kemampuan kita.berpijak dibumi yang nyata.kita tahu trading ini adalah salah satu bidang profesional.lakukanlah secara profesional.
HIDUPLAH DENGAN REALITI BUKANLAH DENGAN FANTASI.
1 SEPTEMBER 2019: KAREX macam mane ni?PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5247 KAREX
1. Sekarang harga dekat support yg kuat.
2. Tunggu confirmation utk technical rebound.
3. Kalau harga jatuh lagi, cutloss sebab akan samapi ke next support.
Overall: KAREX fundamental baik. Potential long-term!
31 AUGUST 2019: DRB-HICOM kali kedua bagi masuk!PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
1618 DRB-HICOM
1. Technical rebound sebab confirmed hammer dekat short-term downtrend.
2. RSI mungkin akan repeat pattern yang dulu.
3. Berpotensi besar untuk naik ke new high sebab fundamental bagus juga!
Overall: Proton X70 dah beri kenaikan banyak bgi saham ni!! Adakah Proton X50 dapat bawa saham ni ke KLCI index?
25 AUGUST 2019: SENTORIA triple-bottom!!PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5213 SENTORIA
1. Uptrend dah bermula bersama short-term rebound.
2. Volume steady bersama bullish pattern.
3. Triple-bottom yg sangat menarik! Bullish pattern ini!!
Overall: Berkemungkinan besar untuk naik sampai RM0.29!
18 AUGUST 2019: TEKSENG pullbacks yang cantik!!PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
7200 TEKSENG
1. Pullbacks sedang berlaku dalam weekly chart!
2. Pastikan ema tidak dipatah untuk uptrend! Kalau dipatah then cabut!
3. Accumulasi yang cantik pada weekly chart, berpotensi untuk terbang bersama volume yang cantik.
Siri Pine Script - warnakan aras tertentu di oscillatorSambung lagi sebab takda carta yang menarik untuk dibualkan.
Dalam oscillator selalunya terbahagi kepada beberapa aras sebagai penunjuk samada harga berada dalam kekuatan, kelemahan, terlebih beli dan terlebih jual.
Hari ini kita lihat bagaimana membuat skrip untuk mewarnakan aras-aras tersebut.
Semoga terhibur.
15 AUGUST 2019: YTLLAND boleh monitor utk rebound!PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
2577 YTLLAND
1. Counter ni masih downtrend, tapi candles semakin cantik dengan volume.
2. Bermula enter slowly ketika ema downtrend dilepasi!
3. MACD dah nak bertukar laluan ke positive, ready to enter!
Overall: Berkemungkinan besar untuk naik, tunggu masa yang tepat!
15 AUGUST 2019: XINHWA technical rebound dah!!!PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5267 XINHWA
1. Counter ni masih downtrend tetapi harga naik hari ini dengan volume besar! Berkemungkinan tukar trend kalau ema dapat dilepasi!
2. RSI tukar ke neutral zone! Steady dah
3. MACD dah nak bertukar laluan ke positive, ready to enter!
Overall: Berkemungkinan besar untuk naik! AS EXPECTED PREVIOSLY!
15 AUGUST 2019: HTPADU awas!!!!! PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5028 HTPADU
1. Shooting star berlaku selepas harga naik, tanda retracement!
2. Volume besar bersama shooting star, hati-hati!
3. MACD masih cantik tapi jangan enter dulu, tunggu confirmation atau pullback.
Overall: Risky counter ni!
14 AUGUST 2019: NAIM counter uptrend ni!PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5073 NAIM
1. Uptrend formasi berpotensi sampai RM1.00.
2. Volume steady bersama bullish pattern.
3. MACD dah nak bertukar laluan ke positive, ready to enter!
Overall: Berkemungkinan besar untuk naik!
14 AUGUST 2019: DATASONIC mungkin retrace sebelum terbang!PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5216 DATASONIC
1. Volume besar dengan uptrend, mungkin akan retrace sedikit sebelum ia terbang ke arah RM1.00
2. Harga mungkin akan menjadi shooting star pattern.
3. RSI telah overbought! Hati-hati!
8 AUGUST 2019: MAYBANK rebound dah??PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
1155 MALAYAN BANKING
1. Downtrend line telah putus, tunggu candle seterusnya untuk conformation.
2. Harga mungkin dapat bergerak ke RM8.875 sekira downtrend tu telah diputus!
3. MACD bertukar laluan ke positive, bersama RSI oversold!
Overall: Long-term memang tak de masalah!! Confirm untung!!