Di Luar Analisis Teknikal
Update H4 GBPY. Saya masih bias short term bullishSelagi candle tidak close di bawah 142.75. saya masih bias untuk market membuat pullback untuk ke sell entry zone yang ditandakan.
Pergerakan jangkaan adalah berdasarkan anak panah dalam gambar. Walaubagaimana pun, Posisi countertrend ini adalah berisiko tinggi.
konfluens kenaikan ini adalah kerana rejection di zone buy
Entry
Instant Buy atau setara 144.45
SL 143.00
carimin - Dagangan KotakTeori T4 adalah satu perkiraan dimana "big player" atau pedagangan besar akan menggunakan margin account bagi membuat belian yang besar. Daripada perkiraan ini, Tempoh bayaran balik/ pulangan modal pinjaman daripada broker adalah untuk tempoh 4 hari. Jika dilihat harga yang telah ditolak pada hari ke-3. Ini boleh ditafsirkan, pedagang besar ini telah membuat untung sebelum tempoh modal pinjaman patut dipulangkan pada hari ke-4. 2 Keadaan yang akan berlaku esok:
1. Meneruskan kenaikan - sekiranya big player masih mahu menolak harga keatas.
2. Akan mengalami kejatuhan- sekiranya big player telah menjual kesemua saham pada hari ini ( dengan kentungan)..
jadi, pedagang teknikal harus berhati-hati dan tidak menyerahkan 100% kepada lukisan carta. Perlu mempunyai pengetahuan risiko-risiko yang bakal dihadapi. Volume Price Action pada hari esok bakal menunjukkan hala tuju sebenar saham ini.
Cawan telah lengkap, Pemeganag Cawan masih belum pastiPerhatikan permaju, Cawan dah lengkap dan harga pada rintangan tinggi. Arah tuju harga Permaju masih lagi didalam keadaan samar dan tidak menentu.. Swing trader mesti tahu keadaan chart secara keseluhan bagi mengelakkan tersangkut pada kaunter yang "Kurang Enak" dari segi FA ini.
FBMKLCI : Tariff Man dan Inverted Yield Curve1. FBMKLCI dilihat cuba utk kekal sedaya upaya utk kekal di atas garisan trend.
2. Persoalan utama adalah bukan arah tuju FBMKLCI seterusnya tetapi adalah sampai bila FBMKLCI mampu utk kekal di atas garisan trend.
3. Ramai pengamal analisis berpendapat bahawa index cenderung utk turun secara 'free fall' sekiranya gagal kekal di atas garisan trend.
4. Pendapat ini disokong dengan sentimen global yg bearish sekarang.
5. Apabila Trump 'tweet' bahawa dia adalah 'Tariff Man'. Pasaran menganggap ini adalah penunjuk bahawa gencatan perang perdagangan yg diumumkan sebelum ini adalah sia sia.
6. Yield Curve Inverted. Ini membawa maksud bahawa yield short term treasury bond lebih tinggi dari daripada long term treasury bond. Ini terjadi apabila pelabur bond menjual short term treasury beramai-ramai sehingga yield naik lebih tinggi dari long term treasury bond. Bagi pakar ekonomi, mereka menggunakan yield curve utk meramal 'recession' di pasaran Amerika Syarikat.
7. Menjadi kebiasaan, FBMKLCI amat terdedah kepada risiko turun naik pasaran Amerika Syarikat dan 2 sentimen yg sy sebutkan di atas ini menunjukkan sentimen bearish di pasaran Amerika Syarikat.
8. Ini adalah pendapat peribadi dan anda berhak utk tidak bersetuju dengan apa yg ditulis. Renung-renungkan dan selamat beramal.
S&P 500 hampiri tahap rintangan. Bakal naik atau turun?Indeks US S&P 500 dalam up trend untuk minggu ini & dan sedang menghampirin rintangan bulan Mac, Jun dan Nov 2018 . Kalau tahap rintangan ini pecah maka indeks mungkin akan meningkat ke paras 2900 mata . Jika tidak, ia akan ditolak seperti bulan biasa dan turun semula.
ETH berada dalam trend menurunBuat masa ini, pakar pakar pun tidak dapat agak masa depan alts. Kebanyakan matawang kripto mengalamai kerugian sehingga lebih 90% daripada ATH. Kita sedang menunggu pelabur besar kembali melabur kuat dalam BTC dan kripto lain supaya dapat melihat ketinggian pada akhir tahun 2017.
EUR/CAD Potensi Triple TopSaya melihat EURCAD berpotensi untuk membuat triple top pada Zone TP2.
Ini bagaimanapun memerlukan confirmation pada 1 dec 2018 untuk melihat dimana candle monthly ini akan CLOSE.
Analisis awal ini adalah daripada rejection candle yg berlaku di Zon TP1 diikuti candle November yang bullish yg dijangkan membentuk Bullish Engulfing.
Analisi ini akan terbatal apabila price close di bawah Zone TP1. Jika terbatal saya melihat peluang sell SEMENTARA untul ke previous low candle Pinbar FEB 2017
OPCOM (0035), D1 - Fasa pengumpulan?Opcom seperti masih dalam fasa pengumpulan
tetapi, berhati-hati jika ia membuat diving board
salah satu kegemaran jerung, untuk shake out retailer
antara kaunter yang selalu melakukan diving board adalah INARI
selepas fasa pengumpulan, akan membuat kejatuhan, kemudian, selang beberapa hari, naik ke aras sama semula, dan terus membuat kenaikan
jika anda berminat, boleh membuat belian pada 0.7 dan 0.65
iaitu harga pada aras sokongan
QR opcom juga melonjak dan baik
selain, "political-linked" kaunter
harga sekarang berapa pada zon SND atau penawaran dan permintaan
dimana, beruang dan seladang akan bertarung
Mungkin turun, mungkin membuat mangkuk
hanya masa menentukan
jika anda pilih untuk PANJANG
sila buat beberapa tick untuk SL
KLCI - masih di dalam segitiga bermudaKLCI akhirnya hijau pada hari ini
setelah merah berturut-turut walaupun Nikkei dan DJI hijau
akhirnya, KLCI mengikuti jejak langkah boss
walaubagaimanapun, masih ingat KLCI masih bermain dalam segi tiga?
kemana arah tuju?
atas atau bawah?
corak lebih kepada BULLISH
tetapi,
perlu menunggu confirmation, dan, berhati-hati selagi tiada tanda-tanda yang jelas
dan, bulan ini kebanyakan QR diumumkan
kaunter Syariah dan non syariah juga di update
yang paling ditunggu, adakah pertukaran kaunter yang mewakili indeks?
DJI - G20 Summit - Trump vs ChinaAdakah DJI hanya correction atau pertukaran trend?
Kita akan saksikan sendiri minggu ini
terutama dalam sentiment terkini, G20 Summit
Adakah kemelut trade war akan berakhir? atau, masih tidak dapat diselesaikan
dengan, Trump keras kepala, dan china tidak mahu mengalah
berita terbaru, trump enggan jumpa putin, dan cancel meeting bersama putin
dari segi teknikal,
DJI masih dianggap selamat, selagi belum memecahkan tembok sokongan
tetapi, perli diingat bahawa masih terlalu awal untuk kekal positif, perlu sentiasa berhati-hati selagi masih tidak membentuk HH yang baru
25000-25500 adalah zon perlawanan antara beruang dan seladang
Siapakah akan menang?
USDJPY Analisa SND, Peluang SELLAnalisa SND sebenarnya lebih simple daripada chart pattern and fibo. Saya nampak peluang utk sell. Maka saya sell dengan R:R target 1:3
Analisa terbatal jika price candle close melebihi level stoploss..
Penafian:
Pelaburan forex adalah berisiko tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk sesetengah individu. Sebelum membuat keputusan untuk melabur, anda perlulah membuat pertimbangan dari segi matlamat, objektif dan tahap risiko pelaburan anda. Pelaburan ini boleh berlaku kerugian, oleh itu jangan laburkan duit yang anda tidak mampu mengalami kerugian 100%. Anda harus sedar dengan semua risiko yang disebut diatas. Dapatkan nasihat pakar/profesional jika perlu.
MRCB, tidak menarik Seperti yang dijangka, MRCB meneruskan permainannya dalam jangkaan terancang saya. Walaupun MRCB menerima pampasan bernilai 1.x billion, ianya belum cukup untuk mengembalikan kepercayaan pelabur kepada MRCB dengan memecahkan harga 88 sen dalam masa terdekat. Buat masa ini, monitor dahulu MRCB rapat-rapat.
Rujuk idea saya sebelum ini terhadap MRCB.
GBPJPY Mengintai Peluang SellSaya merasakan kenaikan ini hanyalah bersifat sementara, kerana GBPJPY sedang me'respect' channel downtrend WEEKLY.
Saya tidak akan buy sementara price naik keatas kerana possibility price tidak naik dan terus melakukan kejatuhan mungkin berlaku. Jadi untuk meminima kan risk. Saya akan akan meletakkan limit order di agressive dan conservative level. dimana ianya adala konfluens dengan fibo level, candlestick pattern dan market structure.
NGGB : Laporan Kewangan Suku Tahunan Pertama
Nextgreen Global Berhad adalah syarikat yg terlibat dalam lima segmen utama, iaitu percetakan dan penerbitan, pembangunan hartanah dan pengurusan, perkilangan menggunakan teknologi hijau, pembinaan am dan pegangan pelaburan.
1. Pada hari ini, laporan kewangan Q1 telah dikeluarkan. NGGB telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM52000, 101% lebih tinggi daripada Q1 tahun sebelumnya tetapi lebih rendah berbanding keuntungan RM1 093 000 dicatatkan pada suku sebelumnya.
2. Harga juga berjaya untuk kekal di atas garisan trend dan menunjukkan masih di dalam trend menaik.
3. Terdapat corak segi tiga yg terbentuk pada carta harian di mana garisan trend di atas bertindak sebagai paras rintangan dan garisan trend di bawah sebagai paras sokongan.
4. Kita boleh melihat bagaimana reaksi pasaran terhadap laporan kewangan yg dikeluarkan pada sesi dagangan esok. Jika sentimen bullish masih tinggi dan harga berjaya melepasi garisan trend di atas, NGGB berpotensi utk meneruskan kenaikkan.
5. Jika pasaran menganggap berita yg dikeluarkan sebagai sentimen negatif, garisan trend di bawah adalah paras sokongan. Jika harga turun menembusi garisan trend, NGGB cenderung utk jatuh lagi rendah.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.