SERBADK menunjukkan dinamik dengan melepasi paras tertinggi1. Hari ini kita menyaksikan sektor minyak & gas menguasai leaderboard analisa sektor iSaham.
2. Salah satu saham yang kuat dalam sektor ini ialah SERBADK dimana saham ini berjaya membuat kenaikan ke paras tertinggi sepanjang masa.
3. Saham ini sesuai dirujuk untuk fast in fast out (4-10 bid), dan mid term (target price: RM4.45, potensi kenaikan lebih kurang 22%).
4. Antara pemegang saham terbesar saham ini ialah KWAP (nilai lebih kurang 520 juta) dan EPF (nilai lebih kurang 316.9 juta - pembelian bersih dalam masa 30 hari lepas ialah lebih kurang 22 juta) dan State Financial Secretary Sarawak.
5. Salah satu saham yang harus terus dipantau selagi harga minyak berada kedudukan stabil & uptrend .
Di Luar Analisis Teknikal
EG INDUSTRIES BHD melepasi potensi target keduaSaham EG pada sesi pagi telah membuat kenaikan melebihi target potensi kedua 0.570, harga semasa 0.570. Kami letakkan potensi target ketiga 0.590 iaitu pada garisan sma200. Support terdekat kini ialah pada harga 0.555.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
FPGROUP hit potensi target pertama awal pagiSaham FPGROUP kami telah kongsikan pada 17/7/2018 ketika harganya 0.340, hari ini saham ini telah berjaya hit potensi target kami iaitu pada harga 0.380. TAHNIAH kepada sesiapa yang mengikutinya. Saham FPGROUP masih lagi dalam keadaan uptrend, pastikan anda membeli ketika pullback untuk lebih selamat. Terima kasih.
XAUUSD - Apa arah tuju jangka masa panjangXAUUSD trend primary masih lagi bullish (carta bulanan) dan trend secondary adalah bearish ( carta mingguan)
Mengikut carta mingguan, Gold sudah melengkapkan perkiraan impulsive pada 2016 dengan kehadiran bullish candle (3 askar putih)
Skrg gold membentuk corak flat biasa ABC
Kitaran sekarang adalah kitaran corrective wave, pada wave 3 (wave panjang) dan wave besar C.
Dengan sentimen perang matawang dan dagangan antara China dan US dan juga peningkatan kadar faedah pada masa hadapan mengukuhkan nilai dollar dan pada masa yg sama mengheret penurunan pada harga Gold
Saiz posisi jika ingin Long Gold atau TP short adalah pada paras
1138-1150
Perhatikan struktur pada tf kecil
FKLI Short - Paras tengkuk kritikalUpdate kajian terdahulu
Seperti jangkaan kajian terdahulu FKLI akan melakukan rebound untuk mencuba neckline pada zone 1760-1780 (BRN 1800)
Kawasan neckline juga adalah bersamaan dengan kawasan fibo 50-61.8
Signal reversal jika terdapat price action "engulfing" atau "rejection" pada kwsn yg dinyatakan
Paras index juga sudah pada ekstrem lebih belian
Sentimen
Sentimen perang dagangan bertaut kembali dengan US menuduh China tidak adil dalam dagangan sebelum ini dan China membalas semula dengan keras bahawa kenyataan US adalah palsu dan keterlaluan.
Perang dagangan antara US dan EU juga hangat dgn bakal tarif terhadap sektor automotif yg bakal dikenakan
Kenaikan mata wang safe haven JPY dan CHF juga memberi isyarat bahawa kemungkinan akan ada penurunan pada pasaran ekuiti (risk off mode)
Perhatikan pada pasaran hadapan index global
Sambungan Analisa GBPUSDHari ni akan berlaku sesi pembetulan pasaran bagi sambungan analisa GBPUSD semalam. Saya masih fokus untuk mengambil posisi jangka pendek dengan melihat tindak balas harga apabila sesi pembetulan pasaran siap di aras rintangan@resistance yang bertindih dengan aras fibonacci retracement.
Analisa NZDUSDSaya akan fokus kepada sesi jangka pendek bagi ,atawang NZDUSD ini pada hari ini selepas sesi pembetulan pasaran siap seperti di dalam carta. Saya akan menunggu di aras rintangan@resistance untuk melakukan penjualan dengan tidak balas harga bertindih dengan fibonacci retracement 50-78.6%.
Analisa AUDUSDmelihat pada tindakan harga pada rajah 1 jam. harga telah membuat stuktur pasaran lebih rendah dari sebelomnya menandakan pasaran bergerak menurun. strategy saya masih kepada penjualan pair AUDUSD ini dengan mengambil posisi jangka pendek@short. Saya menunggu perluang terbaik untuk membuat penjualan pada sesi pembetulan pasaran setelah harga melakukan lantunan dia kawasan sokongan@support. Saya menunggu di aras ringtangan@resistance zone yang mungkin akan bertindih dengan fakta fibonacci retracement semasa sesi pembetulan pasaran.
EURUSD SEMAKIN MENURUN DI BAWAH ARAS 1.1650Mata wang euro terus menurun berbanding dolar AS pada sesi dagangan Eropah, dengan penurunan intrahari yang kukuh diteruskan ke aras 1.1612. Pasangan EURUSD mengalami tekanan jualan yang ketara apabila Indeks Dolar AS bergerak ke aras dagangan tinggi bulanan yang baru. Penjual akan cuba melepasi aras 1.1600, manakala pembeli akan cuba menstabilkan harga kembali ke atas aras 1.1650
Pasangan EURUSD bearis dengan kukuh sementara didagangkan di bawah aras 1.1650, sokongan yang penting kini ditemui pada aras 1.1600 dan 1.1540
Jika pasangan EURUSD bergerak di atas aras 1.1650, rintangan teknikal yang penting terletak pada aras 1.1674 dan 1.1691
USDJPY MULA BERGERAK MENJAUHI 112.80Dolar AS meningkat ke aras tinggi dagangan bulanan yang baru berbanding yen Jepun semasa sesi dagangan Eropah, mencapai 112.80. USDJPY kini mula bergerak menjauhi aras 112.80 dan kita mungkin melihat pembetulan ke zon sokongan 112.30. Penjual akan menyasarkan aras di bawah 112.30, manakala pembeli akan terus menaikkan harga ke aras 113.40
Pasangan USDJPY kini bulis dengan kukuh sementara didagangkan di atas aras 112.00, rintangan yang penting kini ditemui pada aras 112.80 dan 113.40
Jika pasangan USDJPY jatuh di bawah aras 112.30, penjual mungkin akan menguji ke aras sokongan 112.00 dan 111.39
INFLASI PENGGUNA AS MENJADI TUMPUAN PADA HARI KHAMISData ekonomi kembali menjadi tumpuan pada hari Khamis, dengan laporan dari Eropah dan Amerika Syarikat menjadi tajuk utama berita yang baru. Pelabur juga akan mendapat sedikit rangsangan bagi spekulasi dasar monetari dalam bentuk minit mesyuarat ECB dan jurucakap Rezab Persekutuan.
Kerajaan Jerman akan memulakan sesi dengan anggaran akhir inflasi pengguna bulan Julai. Indeks harga pengguna (CPI) diunjurkan meningkat 0.1% bulan ke bulan dan 2.1% secara tahunan. Indeks harga pengguna terharmoni (HICP) diunjurkan berkembang 2.1% berbanding 12 bulan terdahulu.
Perancis juga akan mengeluarkan bacaan CPI akhir bagi bulan Jun pada pukul 6.45 pagi GMT. Kadar inflasi CPI terharmoni EU diramalkan berkembang 2.4% secara tahunan.
Beralih ke Brussels, agensi statistik Suruhanjaya Eropah akan melaporkan pengeluaran industri pada pukul 9.00 pagi GMT. Pengeluaran merentasi kilang di Zon Eropah mungkin meningkat 1.2% pada bulan Mei selepas penurunan 0.9% bulan sebelumnya. Bacaan itu memberikan kadar pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.1%.
Pada pukul 11.30 pagi GMT, Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengeluarkan minit mesyuarat bagi mesyuarat dasar terbaru, yang mana kenyataan rasmi mendedahkan rancangan untuk menurunkan program rangsangan mereka.
Sesi Amerika Utara akan bermula dengan pelbagai perkembangan, paling penting antara semua itu ialah bacaan CPI AS. Inflasi pengguna di ekonomi terbesar di dunia itu mungkin meningkat 0.2% bagi bulan Jun dan 2.9% secara tahunan. Inflasi teras yang tidak menyertakan kos makanan dan tenaga diunjurkan meningkat 2.3% tahun ke tahun.
Pada masa yang sama laporan CPI dikeluarkan, Jabatan Buruh akan mendedahkan bacaan tuntutan pengangguran mingguan. Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan faedah pengangguran buat pertama kali mungkin menurun sebanyak 6,000 hingga 225,000 pada minggu berakhir pada 3 Julai.
Ahli Federal Open Market Committee (FOMC), Neel Kashkari dijadualkan akan menyampaikan ucapan pada pukul 12:30 tengah hari GMT.
EUR/USD
Mata wang Eropah menurun pada hari Rabu, apabila EUR/USD merosot hampir 80 pip dari aras tinggi intrahari. Pasangan ini sekarang berada pada 1.1678. Kadar pertukaran euro-dolar berada dalam keadaan lemah setakat ini apabila harga bertahan di bawah 1.1700. Jika tindakan harga menembusi aras ini, rintangan berhampiran mungkin ditemui pada 1.1725
USD/CAD
Dolar Kanada mengalami kerugian baru pada hari Rabu walaupun selepas bank pusat di Ottawa mengundi untuk meningkatkan kadar faedah bagi kali keempat dalam masa 12 bulan. USD/CAD kini didagangkan di atas 1.3200 buat kali pertama dalam masa seminggu selepas mengambil lebih daripada 150 pip selepas aras rendah intrahari 1.3068 pada hari Rabu.
GBP/USD
GBP merupakan satu lagi mangsa dolar pada hari Rabu, apabila pasangan ini melepasi aras di bawah 1.3200 buat kali pertama sejak awal bulan Julai. Pada masa ini GBP/USD didagangkan di atas aras 1.3200, namun sentimen negatif sekitar Brexit boleh menyebabkan pasangan ini terdedah kepada kerugian selanjutnya dalam jangka masa pendek.
USDJPY MENURUN SELEPAS KEGAGALAN TEKNIKALDolar AS mula menurun berbanding mata wang yen Jepun selepas pembeli gagal melepasi aras di atas aras tinggi bulanan yang penting pada bulan Mei, pada 111.39, pada hari Selasa. Pasangan USDJPY kini kembali ke aras sokongan 110.80, apabila penjual intrahari menguji ke aras tinggi-akhir julat dagangan pasangan ini sebelum ini. Pembeli akan cuba menuntut semula halangan 111.00, manakala penjual akan cuba menurunkan harga di bawah aras sokongan penting pada 110.80
Pasangan USDJPY hanya bulis sementara didagangkan di atas aras 110.80, rintangan yang penting kini ditemui pada aras 111.00 dan 111.39
Jika pasangan USDJPY bergerak di bawah aras 110.80, penjual akan digalakkan untuk menguji aras sokongan 110.45 dan 110.25
EURUSD CUBA UNTUK PULIH SEMULA DI ATAS ARAS 1.1724Mata wang euro cuba untuk pulih semula di atas rintangan penting berbanding dolar AS pada hari Rabu, selepas pasangan ini menurun seketika di bawah aras 1.1700 semalam. Sejak itu pasangan EURUSD bergerak kembali di atas aras rintangan yang kritikal pada 1.1724 dan menemui rintangan daripada rantau 1.1750. Pembeli akan terus mencuba untuk mengembalikan harga ke aras rintangan 1.1791, manakala penjual akan cuba menahan harga di bawah aras 1.1724 sekali lagi.
Pasangan EURUSD bulis intrahari sementara didagangkan di atas aras 1.1724, rintangan yang penting kini ditemui pada aras 1.1762 dan 1.1790
Jika pasangan EURUSD menurun di bawah aras 1.1724, sokongan teknikal yang penting ditemui pada aras 1.1700 dan 1.1674
Tariff lagi - Kesan kepada USDJPY tidak semudah dijangkaPagi ini Pasaran dikejutkan dengan berita Amerika menambah senarai barangan China yang bakal dikenakan tariff berjumlah $200 billion. Tema pasaran berubah dari Risk On trade kepada risk off trade. Saham dan USDJPY jatuh. Ini perkara biasa bila pasaran kewangan tidak menentu.
Perkara yang memburukkan ekonomi China, AUDUSD akan mendapat kesan negatif, kerana ekonomi Australia dan China saling berkait. Yang sukar ialah untuk mengagak hala tuju USDJPY. Ada tiga kemungkinan, kesan Tariff terbaru ini mempengaruhi USDJPY.
Yang pertama, tarif boleh melemahkan ekonomi China, maka seharusnya Yuan menjadi lemah. USDCNY naik dan USDJPY akan mengikut. Ringgit pun sama.
Yang kedua, China mungkin bertindak balas dengan melemahkan Yuan. Dengan ini kesan tariff dapatdikurangkan. USDCNY akan naik dan USDJPY akan mengikut. Ringgit dan matawang Asia laihnnya akan menurut trend ini.
Idea ini dibincangkan lebih awal dalam group News Analysis by ASAS. Jumpa disana. Yang ketiga, saya ceritakan nanti....
SINGKAT US30 Dow Jones Segitiga Wave 4 atau permulaan kembara keDow Jones kemungkinan sekarang dalam fasa pembikinan sama ada triangle a-b-c-d-e -0.09% wave 4 atau permulaan pengiraan wave bearish 1 dan skrg corrective wave 2.
Dominant engulfing yang terjadi pada bulan februari menunjukkan volatility yg tinggi
Ada 2 kemungkinan berdasarkan kiraan wave
- Pengiraan pada impulsive wave masih belum tamat. Kemungkinan DJIA 0.58% akan naik semula membentuk double top atau new high. Apa 0.43% yg perlu diperhatikan adalah divergence pada indikator secara teknikal atau pada data ekonomi (economic indicator) secara fundamental dengan "price asset". Jika kenaikan berlaku tetapi tiada tanda2 positif pada earning atau ekonomi kemungkinan kenaikan adalah "artificial" dan toppish reversal kemungkinan berlaku. Jika kenaikan pada DJIA 0.58% berlaku dijangka double top atau pada 27000 max 30000
- Pengiraan wave bearish bermula & skrg pada corrective wave 2 ( abc atau kompleks) dgn hrga masih berlegar pada retracement fibonacci 61.8-72
Risiko pada pasaran ekuiti
Trade war dan kenaikan drastik minyak mentah antara katalis untuk kenaikan inflasi.
Federal reserve sudah mengumumkan yg kenaikan interest rate akan berlaku pada masa hadapan secara berkala dan berdasarkan pada data inflasi dan juga program quantitave easing juga sudah ditamatkan dan bermaksud Fed reserve sudah mula langkah utk mengetatkan dasar monetari
Apa 0.43% yang perlu dibimbangkan adalah kadar kenaikan inflasi sama ada perlahan atau pantas. Jika kadar inflasi naik dgn pesat, ini akan mempengaruhi kadar kenaikan interest rate.
Borrowing cost akan menjadi lebih mahal dan ini akan menambahkan lagi risiko dalam pasaran.
GBPUSD HANYA BULIS INTRAHARI DI ATAS ARAS 1.3255Paun British menurun dengan ketara berbanding dolar AS, mencecah 1.3188 selepas Setiausaha Asing British, Boris Johnson meletakkan jawatan daripada parti Konservatif sebagai protes terhadap pelan Brexit lembut Perdana Menteri Therese May. Pasangan GBPUSD menunjukkan kenaikan sebelum berita perletakan jawatan Boris Johnson, meningkat kepada 1.3361. Penjual Sterling perlu menahan harga di bawah aras 1.3205 untuk jualan intrahari selanjutnya, manakala pembeli akan cuba menstabilkan harga di atas aras 1.3255
Pasangan GBPUSD hanya bulis sementara didagangkan di atas aras 1.3255, rintangan yang penting ditemui pada aras 1.3313 dan 1.3361
Jika pasangan GBPUSD didagangkan di bawah 1.3205 untuk tempoh yang berterusan, jualan ke aras 1.3142 dan 1.3101 boleh berlaku
USDJPY KINI BULIS INTRAHARI DI ATAS ARAS 110.80Dolar AS akhirnya melepasi julat dagangan jangka pendek terbaru berbanding yen Jepun antara aras 110.25 dan 110.80, bergerak semula di atas aras rintangan 111.00 yang penting. Pasangan USDJPY didorong oleh kembalinya sentimen dagangan berisiko dan pergerakan kukuh yang meningkat dalam harga pasaran ekuiti global. Pembeli akan cuba mencari kenaikan seterusnya di atas aras 111.00, manakala penjual akan cuba menurunkan semula harga di bawah 110.80
Pasangan USDJPY bulis dengan kukuh sementara didagangkan di atas aras 110.80, rintangan yang penting ditemui pada aras 111.40 dan 112.20
Jika pasangan USDJPY bergerak di bawah aras 110.80, penjual mungkin akan menguji aras sokongan 110.45 dan 110.25
GBPUSD BERTERUSAN BULIS DI ATAS ARAS 1.3300Paun British terus didagangkan ke aras rintangan 1.3300 berbanding dolar AS, selepas satu lagi harga penutup mingguan yang bulis. Paun British juga menerima rangsangan daripada rancangan Perdana Menteri UK, Therese May untuk perjanjian Brexit yang lembut yang telah didedahkan pada hujung minggu. Bulis GBPUSD kini perlu menahan harga di atas aras 1.3300 untuk kenaikan selanjutnya, manakala penjual akan mencari penolakan di sekitar kawasan teknikal yang penting ini.
Pasangan GBPUSD bulis dengan kukuh sementara didagangkan di atas aras 1.3300, rintangan yang penting ditemui pada aras 1.3373 dan 1.3400
Jika pasangan GBPUSD gagal sekitar aras 1.3300, penjual mungkin akan menguji aras sokongan 1.3255 dan 1.3205