Di Luar Analisis Teknikal
Tariff 6 july - hati-hati, Data Ekonomi tergangguSecara amnya akhir-akhir ini kita dapat data ekonomi yang baik dari Amerika dan Eropah. Data yang elok ini juga mungkin disebabkan oleh Tariff 6 julai yang diumumkan sebelum ini. Usahawan sudah tentu akan membeli stok lebih banyak dari biasa sebelum cukai yang lebih tinggi dikenakan.
Permintaan akan naik mendadak sebelum cukai dikenakan. Selepas Cukai dikenakan, kita akan lihat permintaan terhadap barangan terbabit akan menurun mendadak.
Perkara ini akan beri kesan kepada data ekonomi dan hala tuju matawang seterusnya
Tarif Bermula, apakah selepas ini? Ketidakpastian dalam Pasaran!Minggu lepas, tariff keatas $34 billion dollar Amerika barangan yang diimport dari China bermula dan China telah membalas dengan mengenakan tariff keatas $34 billion barangan yang dibawa masuk dari Amerika. Minggu ini tiada perbincangan antara Amerika dan China dalam jadual rasmi kerajaan masing-masing.
Persoalannya sekarang, Trump telah mengugut akan mengenakan tariff ketas barangan dari China yang lain jika China membalas Tariff yang Amerika buat. Tahun lepas, Amerika mengimport $505.6 billion dari China berbanding China mengimport sebanyak $130.4 billion dari Amerika,
Matematik ini agak mudah. oleh kerana Amerika mengimport lebih banyak, China tidak akan dapat membalas keatas setiap tariff yang dikenakan oleh Trump. China mungkin melemahkan matawangnya berbanding dollar untuk melawan kesan Tarif dari Amerika..
Perhatikan USDCNY selalu, kerana ia proxy kepada pergerakan USDJPY dan matawang Asia lain seperti Ringgit, USDMYR
Untuk pasaran saham, ketidakpastian ini akan menggangu trend pasaran
USDCNH - perang matawang seterusnya??Rejection berlaku pada upper channel di kawasan extreme overbought pada carta harian bersamaan kawasan supply fibo retracement 61.8-72
61.8 - 6.69802
72 - 6.77432
Dijangka USD akan melemah berbanding Chinese Renminbi/Yuan menuju kawasan demand sekitar support/kawasan demand 6.5 untuk yg terdekat
Chinese Yuan
- Gabenor PBOC Yi Gang menyatakan akan menstabilkan mata wang Yuan dan berjanji tidak akan menggunakan matawang sebagai senjata dlm konflik dagangan yg semakin hangat tercetus
USD
- 10 year treasury yield masih lagi melakukan penurunan dijangka menuju arah 2.75 dan 2.65 yg terdekat. Penurunan yield akan turut mengheret USD turun
"Currency weakening" adalah salah satu cara mudah untuk mengurangkan nilai defisit
Proxy utk CNH/CNY
AUD
JPY
www.bloomberg.com
BULIS GBPUSD PERLU MEMPERTAHANKAN ARAS 1.3255Paun British mula mengembalikan keuntungan berbanding dolar AS, apabila harga kembali menurun ke aras sokongan yang penting pada 1.3205. Pasangan GBPUSD mula menurun dari aras 1.3273, apabila indeks dolar AS kukuh susulan pengumuman Minit Mesyuarat FOMC. Bulis kini perlu menuntut semula aras 1.3255 untuk kenaikan seterusnya, manakala penjual akan cuba mempertahankan harga di bawah aras sokongan yang penting pada 1.3205
Pasangan GBPUSD kekal bulis sementara didagangkan di atas aras 1.3205, rintangan yang penting kini ditemui pada aras 1.3273 dan 1.3313
Jika pasangan GBPUSD didagangkan di bawah aras 1.3205, sokongan teknikal yang penting ditemui pada aras 1.3170 dan 1.3142
BULIS EURUSD PERLU MELEPASI ARAS 1.1719Mata wang euro kembali menurun ke aras sokongan yang penting selepas gagal memastikan harga di atas aras 1.1700. Bulis EURUSD kini perlu menggerakkan harga di atas aras rintangan 1.1719 untuk memastikan momentum bulis jangka pendek yang terbaru dapat menghidupkan pasangan ini. Pergerakan arah kukuh yang seterusnya dalam EURUSD mungkin berlaku selepas pengumuman laporan kerja bulanan AS yang penting pada hari ini.
Pasangan EURUSD hanya bulis intrahari sementara didagangkan di atas aras 1.1719, rintangan yang penting ditemui pada aras 1.1750 dan 1.1780
Jika pasangan EURUSD bergerak di bawah aras 1.1674, penurunan selanjutnya ke aras sokongan 1.1648 dan 1.1600 boleh berlaku.
Arah GBPJPY Mengikut perkiraan wave, GBPJPY berada dalam pembetulan ABC (bentuk flat) setelah impulsive wave 5 berakhir pada 143.195
Wave B berakhir pada "retracement" fibonacci 88.6 (143.775) dan sekarang adalah pergerakan utk wave C
Jangkaan wave C akan berakhir adalah pada supply zone berikut
- 147.25 (Resistant 148) - Berlaku jika wave C "truncated"
- 149.4 (Resistant 150) - Berlaku jika wave C "extended"
Carta mingguan juga menujukkan strucutre buy telah berubah kepada sell namun hrga membuat pemantulan pada "neckline" head & shoulder dan dijangka pemantulan adalah hanya rebound
sebelum harga mencari low yg baru
Dari segi fundamental GBP secara jangka panjang adalah lemah berdasarkan sentimen brexit dan kesan pasca brexit yg akan menyebabkan perubahan dlm dagangan & imigresen antara EU dan UK.
JPY sebagai safe haven asset kelas pertama adalah pilihan di saat ketidaktentuan dengan sentimen "Trade War" dan kemungkinan kenaikan kadar faedah pada masa hadapan
Tariff yg dikenakan akan menaikkan kadar inflasi dan secara tidak langsung akan memberi kesan pada bank pusat dalam menentukan kadar faedah di masa hadapan
Pelaburan asing bond utk jepun juga semakin berkurang dan pelaburan asing di jepun meningkat menunjukkan dana sudah masuk ke safe haven dan bakal menguatkan lg Japanese Yen
GBPUSD MASIH BULIS DI ATAS ARAS 1.3205Paun British telah meningkat ke aras tinggi dagangan bulanan yang baru berbanding dolar AS, mencapai 1.3248 apabila sentimen dagangan sekitar pasangan GBPUSD masih terus meningkat. Pasangan GBPUSD menunjukkan harga penutup harian bulis di atas aras 1.3205, dengan harga kekal di atas harga pembukaan mingguan. Sekarang pedagang GBPUSD menunggu ucapan yang dijadualkan daripada Gabenor Bank of England, Mark Carney pada pagi ini dan kemudiannya pengumuman laporan kerja ADP AS
Pasangan GBPUSD kekal bulis intrahari sementara didagangkan di atas aras 1.3205, rintangan yang penting ditemui pada aras 1.3248 dan 1.3300
Jika pasangan GBPUSD bergerak di bawah aras 1.3205, sokongan teknikal yang penting ditemui pada aras 1.3194 dan 1.3170
EURUSD MENUNGGU UNTUK MELEPASI SOKONGAN ATAU RINTANGAN SECARA TEEuro terus mengalami kesulitan dengan aras rintangan 1.1674 berbanding dolar AS, dengan pasangan ini pada masa ini terperangkap dalam julat dagangan yang semakin sempit. Penjual EURUSD juga gagal untuk melepasi aras 1.1618 pada hari Rabu, selepas pasangan ini ditolak dengan kukuh daripada aras 1.1681. Sekarang pedagang akan menunggu pelepasan yang dapat bertahan daripada julat harga 1.1618 hingga 1.1681, sebelum pengumuman data ekonomi tingkat teratas daripada ekonomi Amerika Syarikat.
Pasangan EURUSD hanya bulis intrahari sementara didagangkan di atas aras 1.1681, rintangan yang penting kekal pada 1.1700 dan 1.1724
Jika pasangan EURUSD bergerak di bawah aras 1.1618, sokongan teknikal yang penting ditemui pada aras 1.1600 dan 1.1553
USD/JPY - pasangan itu terus jatuhPagi ini, pasangan itu jatuh ke tahap 110.28, meneruskan penurunan semalam. Sekarang pasangan berjaya memecah dan menyatukan di bawah tahap support pada awal minggu lalu. Kami menjangkakan pasangan itu akan meneruskan pergerakan menurun ke tahap support 109.95. Jika tidak, pasangan itu boleh menyatukan di atas tahap 111.14 dan bergerak ke atas tanda 111.40
Tahap resistance semasa berada pada markah 110.60, 111.10, 111.50
Tahap support adalah sekitar markah 109,95, 109,75, 109,35
USDCNY jatuh, USDJPY mungkin akan ikut kebawah samaMinggu lepas kecoh tentang kenaikan mendadak USDCNY. Kita tidak pasti jika ia disengajakan oleh Central Bank China (PBoC) kerana USDCNY boleh jatuh jika ekonomi China menjadi lemah akibat perang perdagangan.
Kita juga tidak boleh menolak kemungkinan ianya memang disengajakan oleh PBoC. Apapun, pergerakan USDCNY ini dijangka akan mempengaruhi matawang USDJPY, dan matawang asia lain termasuk Ringgit.
Bond german DE10Y menghalang EURUSD dari terus naikSemalam menyaksikan kenaikan mendadak EURUSD pada sebelah petang dan malam waktu Malaysia. Ia berikutan krisis politik German berkenaan pendatang asing berjaya diselesaikan,
Tetapi pasaran Bond german DE10Y pula menyaksikan kejatuhan Yield (kejatuhan interest rate) berterusan. Ia menyekat trend menaik EURUSD. Secara keseluruhannya, EURUSD juga masih menunggu kesan Trade War yang masih lagi menjadi topik utama pasaran ketika ini.
Idea ini dibincangkan secara spontan di telegram group News Analysis by ASAS.
Pasaran Kewangan Perlu Petunjuk BaruPasaran saham adalah jenis aset terbaik untuk memberitahu kita keadaan ekonomi dunia sudah stabil ataupun belum. Analisa teknikal menunjukkan pasaran saham Dow Jones sedang mencari "bottom", kita sudah ada pattern 1, 2 dan 3 atau Head and Shoulders atau QM. Pattern ini tidak sama tapi ia menunjukkan yang trend menurun Dow Jones mungkin sedang hendak berakhir.
Tetapi analisa Fundamental, kita masih menunggu apakah trade war akan menjadi lebih buruk. Pada 6 Julai nanti, Tariff akan dikenakan keatas barang China yang hendak masuk ke Amerika bernilai $34 billion. Trump sedang mengkaji untuk mengenakan Tariff keatas $430 billion jumlah keseluruhan barangan China.
Jika perkara ini tidak diselesaikan, paras sokongan di nombor 2 dalam carta akan pecah kebawah.
FKLI Segitiga Wave 4 FKLI sedang membentuk segitiga wave 4 (a-b-c-d-e), secara compression. Jangkaan trend masih lagi ke bawah ke paras 1611 untuk yang terdekat dan 1541 berdasarkan carta mingguan
Sell posisi
SL 1686 1700
TP 1611 1541
Tariff perang dagangan yg kedua antara China & US akan bermula pada 6/7/2018. Jika ianya berlaku market dijangka market akan bertukar ke Risk Off mode dan ini akan memberi sentimen yg kurang baik untuk pasaran saham kerana inflasi dijangka akan meningkat dan "specialized goods" akan menjadi lebih mahal.
Hati hati kemungkinan ada Gap USDCAD esok. Oil punHarga minyak atau oil sedang meningkat kerana Amerika mengenakan tekanan politik agar tiada sesiapa membeli minyak dari iran. Tetapi hujung minggu ini, Trump berkata Saudi Arabia akan meningkatkan pengeluaran minyak nya mungkin sehingga 2 juta tong sehari, 1 juta tong lebih dari yang diumumkan Saudi Arabia sebelum perjumpaan OPEC.
Berhati-hatilah kemungkinan USDCAD akan menaik atau oil akan menurun esok..
Kesan Trade War - Kenaikan USDCNY pengaruhi USDJPYMelemahkan matawang langkah dipilih mengatasi Tariff yang dikenakan Amerika.
Minggu lepas menyaksikan kenaikan mendadak USDCNY. China juga diberitakan sedang bersiap sedia untuk perang perdagangan habis-habisan. Kesan Trade War yang menyebabkan Yuan menjadi lemah ini sama ada disengajakan atau tidak oleh China, menyebabkan USDJPY dan dollar secara amnya menjadi kuat minggu lepas sebelum hari Jumaat.
Keadaaan ini dijangka berterusan sekiranya tiada kata sepakat antara China atau Amerika sebelum Tariff ke atas China dijangka bermula pada 6 Julai nanti.
USDJPY dipengaruhi oleh USDCNY, bukan nya US YieldPerang Perdagangan berlanjutan kepada perang matawang
Perhatikan kenaikan USDCNY sejak dua minggu lepas. Kita tidak pasti samaada Yuan menjadi lemah kerana ugutan Tariff oleh Trump atau disengajakan oleh Kerajaan China. Minggu lepas Kerajaan China diberitakan sedang bersiap sedia dengan perang perdagangan habis-habisan. Kenaikan USDCNY inilah yang menyebabkan USDJPY juga menaik secara keseluruhannya minggu lepas dan kemungkinan besar trend ini berterusan jika Trump masih bercakap tentang Tariff
Kami mengharapkan pemecahan tahapPada masa ini, kami berharap lilin dapat diperbaiki di atas tahap support 1.1630 atau melantun semula dari tahap.
Titik stokastik kepada pembelian dan MACD muncul dari badan histogram.
Jika lilin tidak akan ditetapkan di atas tahap support , kami menjangkakan harga akan bergerak ke tahap 1.1520
EURUSD MASIH BEARIS DI BAWAH ARAS 1.1600Mata wang euro kekal di bawah tekanan berbanding dolar AS pada hari Jumaat, dengan pasangan EURUSD masih didagangkan dengan baik di bawah sokongan teknikal yang penting. Pasangan EURUSD telah melakukan banyak percubaan yang gagal ke aras rintangan 1.1600 dan berisiko semakin menurun ke aras sokongan 1.1507
Pedagang kini melihat pada data Inflasi zon Eropah yang penting dan pergerakan arah seterusnya sekitar aras 95.00 pada indeks dolar AS.
Pasangan EURUSD bearis dengan kukuh sementara didagangkan di bawah aras 1.1600, sokongan intrahari yang penting ditemui pada aras 1.1550 dan 1.1507
Jika pembeli EURUSD mengembalikan harga di atas aras 1.1600, harga boleh dibetulkan semula ke aras 1.1620 dan 1.1644
GBPUSD LEBIH KE ARAH MENURUN DI BAWAH ARAS 1.3101Paun British terus didagangkan menurun berbanding dolar AS pada hari Jumaat, sebelum data KDNK yang penting dikeluarkan daripada ekonomi United Kingdom.
Pasangan GBPUSD telah ditolak dengan kukuh dari aras 1.3101 dan didagangkan berhampiran purata bergerak 100 minggu yang penting. Penjual Sterling akan cuba mencari kerugian selanjutnya di bawah aras 1.3065, manakala pembeli akan cuba sekali lagi untuk menggerakkan harga di atas aras penting 1.3101
Pasangan GBPUSD bearis dengan kukuh sementara didagangkan di bawah aras 1.3101, sokongan yang penting pada masa ini ditemui pada aras 1.3065 dan 1.3000
Jika pasangan GBPUSD didagangkan di atas aras 1.3101, rintangan teknikal yang penting ditemui pada 1.3115 dan 1.3142
NZDJPY SellJPY (5) NZD (7)
Merujuk kedudukan matwang JPY dan NZD hari ini masih lagi memihak kepada JPY (kuat) dan NZD (lemah) secara keseluruhan.
Kegagalan harga tinggi 29/6 menembusi harga tertinggi 28/6 jelas menunjukkan NZD gagal menguat.
Jika harga menembusi 75.10 maka ia akan meneruskan perjalanan Buy.
JIka gagal ia akan kembali 74.65 seterus ke 74.38.
Amerika Sekat Beli Minyak Iran, Sejarah 2012 berulangPentadbiran Trump mengumumkan sesiapa yang membeli minyak dari Iran bermula awal November nanti akan dikenakan sekatan ekonomi. Ini bermaksud akan berlaku kekurangan supply dan beri tekanan kearah kenaikan harga. Harga minyak US mungkin sampai ke paras 80 atau 90 USD setong.Ini analisa jangka pendek.
Pembeli minyak terbesar Iran menurut data pada 2011 ialah China, European Union, Jepun dan India. Sekatan dikenakan kepada sesiapa yang membeli minyak Iran ketika itu kerana Iran dikatakan sedang membuat senjata Nuklear. Kemudian Amerika memberi kelonggaran kepada EU, Jepun dan India, kecuali China. Selepas kelonggaran atau waiver diberikan, harga minyak yang dijangka naik ke paras 150 ketika itu, mula turun.
Kami jangkakan perkara serupa akan berulang, kelonggaran akan diberikan kepada negra-negara besar tersebut kecuali China. Jika ini berlaku, maka bersedialah untuk menjual Oil.
Kami berpendapat Amerika sedang menggunakan kuasa politiknya untuk menekan negara-negara pengguna minyak ini membeli minyak dari Amerika. Pengeluaran Minyak Amerika dijangka meningkat di masa hadapan. Sekiranya ada berita tentang China atau eropah membeli minyak dari Amerika, maka harga minyak boleh turun.
Faham kan betul-betul, untuk jangka singkat, harga minyak boleh naik lebih tinggi lagi tapi untuk jangkapanjang, kami jangkakan harga minyak akan turun.
Kami akan berada di Traders Fair Hotel Intercontinental pada Sabtu ini. Jumpa disana.