7 Jun 2020 - Buy on Dip INARIKaunter ini dalam sektor teknologi (technology) dengan sub-sektor semikonduktor (semiconductor).
Dengan unjuran permintaan global untuk semikonduktor akan bertambah seiring dengan pembukaan semula ekonomi global dan perningkatan pemintaan alatan elektronik, dijangkakan ia akan menjadi pemacu positif untuk kaunter ini.
Dari segi analisis fundamental, rating adalah neutral. Rekod pendapatan dan keuntungan dari tahun 2017 hingga kini menunjukkan penurunan.
Kaunter ini agak berat memandangkan jumlah unit saham melebihi 1 billion unit.
Number of Share: 3.244b
P/E Ratio: 31.70
ROE (%): 13.29
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA20 dan MA50. Harga perlu melepasi rintangan di MA200 untuk meneruskan kenaikan.
Harga sedang retrace dan boleh pantau (monitor) di sokongan terdekat untuk entry buy on dip.
Sokongan: 1.490
Rintangan 1: 1.640
Rintangan 2: 1.710
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #inari #teknologi #FIAR #bod #jun20
BOD
6 Jun 2020 - EFORCE perlu hati-hati untuk entry buy on dip Kaunter ini dalam sektor teknologi (technology) dengan sub-sektor perisian (software).
Dari segi analisis fundamental, rating adalah baik dengan rekod kewangan juga positif. Cuma nilai nisbah P/E agak tinggi.
Number of Share: 615.38m
P/E Ratio: 46.23
ROE (%): 6.62
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50.
Perlu juga perhatikan pergerakan harga dan pastikan sokongan tidak pecah untuk pertimbangkan entry buy on dip.
Indikator stochastic RSI berada di paras oversold.
Sokongan: 0.480
Rintangan 1: 0.575
Rintangan 2: 0.615
Rintangan 3: 0.670
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #eforce #FIAR #jun20
6 Jun 2020 - MTAG menanti reboundKaunter ini dalam sektor produk dan perkhidmatan industri (industrial products and services).
Dari segi analisis fundamental, rating agak kurang baik.
Number of Share: 681.62m
P/E Ratio: -
ROE (%): -
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA20 dan MA50. Harga sedang retrace ke paras sokongan dan perlu rebound dekat sokongan untuk pertimbangkan entry buy on dip.
Sokongan: 0.510
Rintangan 1: 0.585
Rintangan 2: 0.635
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #mtag #FIAR #jun20
18 Mei 2020-OMESTI Menanti ReboundKaunter ini dalam sektor teknologi dengan sub-sektor Digital Services. Dijangka akan umumkan laporan suku tahun (quarter report) pada 31 Mei 2020. Antara perkhidmatan syarikat ini termasuklah e-payment solution, digital court solutions dan digital HR.
Dari segi FA, rating adalah kurang baik. Rekod keuntungan syarikat kurang memberangsangkan kerana mencatatkan kerugian dari tahun 2015-2019. Sesuai untuk short term trade.
P/E Ratio: 12.04
ROE (%): 14.15
Number of Share: 530.84m
Dari segi TA, kaunter sedang uptrend dan nampak bentuk zig zag. Harga berada diatas MA20, MA50 dan MA200.
Sokongan: 0.570
Halangan 1: 0.625
Halangan 2: 0.645
Halangan 3: 0.680
Ini bukan buycall, cuma sekadar kajian.
#FIAR #bod #teknologi #mahersaham