PERMAJU Adakah Bersedia Untuk Terus Maju?PERMAJU pada hari ini memecahkan kotak pengumpulan selama 6 bulan disokong oleh volume yg kuat. Akan tetapi, candle doji pula. Jadi kena tengok minggu depan apakah langkah seterusnya. Jika diletakkan indicator EMA, dapat dilihat Permaju telahpun berada diatas garisan EMA50 dan secara teorinya destinasi seterusnya adalah garisan EMA200 (line emas) di aras 0.265. Seterusnya jika berjaya melepasi aras EMA200, secara teorinya juga, Permaju boleh dikategorikan sebagai kaunter yang sedang melembu (sila guna terjemahan google). Aras rintangan seterusnya adalah di 0.345. Keputusan QR yang dikeluarkan pada bulan Mac yang lalu jugak sangat menarik. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
Boxpattern
SEALINK Cubaan Untuk Keluar Dari Kotak PengumpulanSEALINK kaunter sektor pengangkutan nampak menarik hari ini kerana ditutup melintasi aras garisan EMA200 disokong oleh volume yang kuat tetapi terhenti di permukaan kotak pengumpulan. Jika berjaya keluar dari aras 0.205, secara teorinya aras target untuk Sealink berdasarkan corak kotak adalah di 0.270 dan 0.335. Jika diletakkan indicator Ichimoku Cloud juga, didapati candle pada hari ini telah berjaya melepasi rintangan awan Ichimoku. Sama-sama kita kaji mengkaji dan sediakan trading plan. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran)
AEMULUS Cubaan Keluar Dari Kotak PengumpulanAEMULUS nampak menarik. Rabu lepas telah membuat cubaan untuk keluar dari kotak pengumpulan sejak Ogos 2020 dimana aras kotak adalah di 0.74. Jika dimasukkan indicator Ichimoku Cloud, candle hari Rabu telahpun berjaya keluar sedikit dari awan. Jika esok berjaya melepasi aras 0.74, secara teorinya AEMULUS akan membuat pendakian ke atas. Aras target adalah aras all time high, 0.84 dan aras target pattern kotak di 0.895. Jika berjaya memecahkan 0.895, mungkin AEMULUS akan membuat cubaan menyentuh harga RM1. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Layhong Potensi Pendakian Ke AtasLayhong semalam memecahkan kotak pengumpulan 9 bulan iaitu sejak bulan Mac 2020 yang lalu berlegar-legar didalam kotak mencari arah. Semalam Layhong memecahkan kotak pengumpulan disokong oleh volume yang kuat. Semalam juga Layhong berjaya melintasi garisan EMA200 (garisan berwarna gold) dengan solid candle. Dapat dilihat EM50 (garisan berwarna ungu) juga sedang dalam perjalanan untuk melintasi EMA200 untuk membuat golden cross. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. Aras target buat masa ini adalah di 0.520. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
NIHSIN Berjaya Meloloskan Diri Dari Kotak PengumpulanSejak dari bulan Jun 2020, NIHSIN berlegar-legar didalam kotak pengumpulan (range 0.190 - 0.260). Pada hari ni, NIHSIN berjaya keluar dengan solid candle disokong oleh volume melebihi purata. Jika NIHSIN mampu bertahan di atas aras 0.260, aras target untuk pattern kotak adalah di 0.330 dan 0.400. Kalau rajin, boleh la kaji pattern cup & handle NIHSIN. Aras target yang lebih tinggi dapat dilihat. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
GREENYB Cubaan Memecahkan Kotak dan Kembali Menguji Aras 52WHGREENYB sedang dalam kotak pengumpulan. Hari ini GREENYB menguji aras tinggi kotak di 0.200 dengan volume yang kuat. Jika esok dapat memecahkan aras 0.200, GREENYB akan meneruskan perjalanan untuk menguji aras 52 minggu tertinggi di 0.245. Jika berjaya memecahkan 0.245, secara teorinya GREENYB akan meneruskan pendakian ke aras yang lebih tinggi. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).