Boxrange
Pentamaster - 2 corak bayanganBuat masa ini saya nampak seakan corak segitiga kaki menaik dan boleh juga corak kotak melintang.
Kalau berpandukan corak, pelan cadangan boleh dibuat selepas corak ditembusi.
Dalam masa yang sama, selagi corak belum lengkap, kita masih boleh mengambil risiko untuk membuat pelan dagangan entri di sokongan dan keluar di rintangan.
Corak bendera atau kotak melintangCarta Duopharma Biotech (dulu CCMDBIO) sedang berehat sebentar selpas kenaikan mendadak seujurs laporan kewangan terakhir bagi tahun 2018 dikeluarkan.
Memandangkan jarak tinggi dan rendah kotak yang muncul tidak lah begitu jauh, maka lebih sesuai menunggu harga tembus ke atas kotak untuk sebarang potensi beli.
Jika corak kotak atau bendera tidak menjadi, boleh bersedia untuk menunggu corak lain muncul pula.