Bptrader
NZDJPY menghampiri weekly qualified supplyNZDJPY kini menghampiri weekly qualified supply.Tetapi pada masa yang sama market menghampiri supply tersebut dengan kewujudan monthly momentum trendline.
Posisi sell boleh diambil tetapi saya menjangkakan ianya bersifat sementara selagi monthly momentum trendline tidak dipecahkan. Seandainya market break weekly qualified supply, saya menjangkakan market akan menuju ke weekly qualified supply yang berikutnya hasil daripada punca break monthly proven demand.
Peluang sell GBPNZDGBPNZD berjaya memecahkan daily proven demand sekaligus mewujudkan daily qualified supply. Pada masa yang sama, daily momentum trendline wujud memungkinkan market akan menuju lebih rendah lagi.
Dua level yang akan diperhatikan iaitu, reaksi market terhadap momentum trendline dan daily qualified supply. Sebarang bentuk rejection adalah petanda awal market akan menuju ke daily proven demand untuk target profit.
EURAUD dalam range kecil timeframe H1Setiap zon qualified across multitimeframe adalah zon yang terbaik untuk entry. Untuk market naik lebih tinggi, atau turun lebih rendah, ianya perlu break zon-zon yang ada.
Sebagai contoh, market kini berada dalam range timeframe H1. Jarak di antara zon qualified supply dan qualified demand timeframe H1 sekitar 20 pip. Jika market berjaya break H1 qualified supply, market dijangka tiada masalah menuju ke daily qualified demand. Jika market berjaya break H1 qualified demand, market dijangka mudah menuju ke H4 qualified demand.
GBPAUD di zon demand H4Timeframe H4
Market kini berada di dalam zon demand H4. Saya hanya berminat untuk mencari peluang sell jika market break pada zon demand H4 tersebut dengan target profit adalah zon demand H4 berikutnya.
Timeframe H1
Pada timeframe H1, wujud supply H1 yang menahan market dari menuju ke atas. Saya akan mencari peluang untuk buy sekiranya market berjaya break zon supply H1 ini dengan target profit adalah zon supply di timeframe M30.