Breakout
MMC - breakout di atas MA 200Boleh rujuk semula link di bawah ini untuk melihat contoh-contoh carta yang bergerak selepas breakout dari MA 200.
Dan jangkaan MMC juga akan bergerak lebih kurang sama.
Minggu pertama selepas cuti rayaDengan kenaikan mendadak pada hari isnin lepas, ada carta yang meneruskan kenaikan dan ada yang naik kejap lepas tu turun semula.
Untuk minggu depan, boleh fokus kepada carta yang harga tutup mingguan lebih tinggi dari EMA 8 dan buat pelan dagangan sekitar tinggi dan rendah minggu ini.
atau
cari carta yang naik tinggi Isnin lepas dan fokus pada harga tertinggi yang dia naik untuk entri breakout terbaru.
atau
tunggu sehingga indeks berhenti turun dan muncul big candle
atau
tambah ilmu dan belajar dengan pakar bertauliah (ini lebih afdal).
Semoga terhibur
Perhatikan harga dan aras MA/EMA 200 di cartaSejak Januari, carta kita banyak yang sudah naik tinggi melepasi aras MA/EMA 200.
Saya mengambil contoh carta WIKA dari Indonesia untuk membayangkan pergerakan harga yang mungkin terjadi di carta-carta kita akan datang.
Sebagai rujukan, boleh lihat semula video lama di bawah.
PRESS METAL - sambungan terkiniBergantung pada cara kita memandang, ada pelbagai corak yang boleh di lukis antaranya, segitiga, bendera atau cawan ajaib.
Apa saja corak yang kita bayangkan, harga terkini sudah menembus ke atas dan jangkaan mungkin meneruskan kenaikan lagi.
Itu pun kalau tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh masa terdekat.
Sambung kemudian.
Melihat peluang selepas breakout ke atas garis MA/EMA 200Tempohari kita sudah melihat kepentingan garis ma/ema 200 dan fokus membuat penyaring.
Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara berdagang dan bentuk yang selalu muncul selepas breakout ma/ema 200.
Sebagai perbandingan, saya gunakan penyaring di tradingview untuk melihat carta-carta di negara lain dan melihat adakah mereka juga berkongsi bentuk yang sama selepas breakout.
Fokus pada garisan melintangSambung lagi siri breakout..memang nak bagi habis, tapi tak habis2 pulak.
Garisan melintang mungkin nampak mudah, tetapi ianya sangat berkuasa untuk menentukan samada harga hendak naik atau turun.
Seperti alat bantu yang lain, garisan melintang bukanlah penentu naik atau turunnya sesuatu harga, tetapi ianya mampu memberikan kita gambaran awal sambil bersiap-sedia membuat pelan dagangan.
Mula dan tamatnya trend menaikHari ini kita berkongsi lihat bagaimana carta SUPERMAX memulakan trend menaik pada awal Jan 2018 sehinggalah trendnya tamat pda Jul 2018.
Memang betul kata orang, berkahwin biar satu. Jaga lah dan belailah dengan peuh kasih sayang.
# ade jugak yang berkahwin memang satu, bercinta biar ramai..terpulang..
Belajar melihat carta yang sudah naikSetiap carta yang naik pasti ada ciri-ciri atau sifat-sifat yang hampir sama.
Walaupun setiap carta itu tidaklah bergerak sama dengan yang lain, tetapi, sebelum berlakunya kenaikan atau menuju fasa menaik, pasti menunjukkan persamaan yang sangat jelas.
Hari ini kita belajar melihat sejarah kenaikan carta dan cuba mencari titik persamaan antara mereka.
Dengan maklumat yang ada, kita sudah boleh fokus pada area-area yang sepatutnya kita fokus.
Dan ianya pasti membantu jika kita hendak membuat penyaring yang lebih mantap.
Ada masa kita lihat carta yang nak buat fasa menurun pula.
Bermain dengan garisanAntara peralatan lukisan yang sesuai digunapakai untuk mencari potensi entri adalah garis tren menurun (downtrendline).
Penggunaannya sangat mudah, tetapi perlukan pergerakan harga yang sesuai.
Boleh rujuk pada video nanti.
Potensi lebih baik jika harga bergerak dalam tren menaik atau menurun dan kurang sesuai jika harga masih tido lena (melintang).
Semoga terhibur.
Breakout dalam tempoh masa berbezaKalau siri breakout lepas, kita hanya melihat pada carta harian, konsep yang sama juga terpakai pada carta-carta bagi tempoh masa berbeza.
Sebagai contoh, saya gunakan carta 5 minit IWCITY untuk melihat adakah konsep yang kita pelajari dulu wujud di situ.
Semoga terhibur.
Carta naik dan bantuan indikatorSiri terakhir untuk cerita breakout.
Kali ini kita gunakan bantuan alat penunjuk untuk menambahkan keyakinan yang carta dalam fasa menaik.
Antara penunjuk yang sesuai di gunakan adalah
1. Garis purata 200 (MA200) - jika harga berada keseluruhannya di atas MA200, carta dianggap bullish
2. Awan Ichimoku - jika harga berada keseluruhannya di atas awan, carta dianggap bullish
3. MACD - jika garis MACD dan Signal berada di atas 0, carta dianggap bullish
Jika kesemuanya menunjukkan isyarat bullish, kita hanya perlu mencari setup untuk membeli.
Sabar menantikan setup muncul juga satu stratergi yang sangat baik.
Carta yang naik pasti ada struktur tinggi rendahSambungan siri breakout.
Carta dalam tren menaik pasti ada siri tinggi rendah, yang mana tinggi semakin tinggi dan rendah semakin tinggi.
Kita akan anggap carta tersebut masih dalam tren menaik sehinggalah struktur nya telah berubah menajdi tinggi semakin rendah, dan rendah lagi rendah.
Ruang kosong dan beza volume ketika breakoutSambungan siri breakout.
Secara visual, harga mudah naik bila sebelah kirinya kosong. Menunjukkan tiada sebarang tenakan jualan berlaku.
Dan juga, perbezaan jumlah volum yang didagangkan juga sangatlah berbeza berbanding sebelumnya.
Dari ciri-ciri ini, boleh disimpulkan yang carta berkemungkinan sedang menuju fasa menaik.
Ciri-ciri breakout ketika harga sedang menaikKita sambung lagi siri breakout.
Kali ini kita meihat 3 ciri penting yang selalunya ada ketika harga sedang menaik
1. Harga naik lagi tinggi dari harga tertinggi
- nampak jelas lilin hari ini naik lagi tinggi dari yang sebelumnya.
2. Harga tutup di atas harga tertinggi sebelumnya
- ini adalah ciri yang paling penting.
- Tutup di atas harga tertinggi sebelumnya memberikan signal positif.
3. Sambung kenaikan
- Mengesahkan signal yang muncul
Akan bersambung lagi jika diberikan kesempatan.