EMAS (Berjayakah Melantun dan Meneruskan Kenaikan?)Idea analisis :
~ Teknikal ~
- EMAS melakukan penurunan drastik dan dilihat membuat rejection di atas 2 paras sokongan:
1) Trend line support.
2) RBS pada paras harga RM 230/gram - RM 233/gram.
- Terkini, EMAS dilihat sedang rebound di atas 2 paras sokongan ini dengan 2 petunjuk:
1) Candlestick bullish harami.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Jika EMAS mampu rebound di atas 2 paras sokongan dengan 2 petanda rebound ini, harga mampu menuju ke paras resistance terbarunya pada paras harga RM 253/gram - RM 255/gram.
~ Fundamental ~
- Penurunan EMAS ini dikaitkan dengan ucapan Jerome Powell iaitu Pengerusi US Federal Reserve.
- Dalam ucapan beliau, kadar faedah kekal direndahkan sekarang iaitu sebanyak 0.25%.
- Kesannya, para pelabur akan cenderung untuk menyimpan wang mereka di dalam bank berbanding melabur ke dalam EMAS dan saham.
Nota kaki :
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Bullish Harami = 'Body' candle hijau diberanakkan atau ditelan oleh 'body' candle merah sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Bullishharami
TOPGLOV (Percubaan Membuat Pembalikan)Sektor:
- Rubber Gloves, Industrial Products, Exports, Healthcare.
Idea analisis:
- Dari sudut fundamental, TOPGLOV sangat cemerlang. Buktinya, TOPGLOV menunjukkan peningkatan yang sangat cemerlang dari sudut keuntungan selama 7 bulan QR berturut² (Jun 2019 - Disember 2020). Bulan² sebelumnya juga TOPGLOV membuat keuntungan secara konsisten.
- Dari sudut teknikal, TOPGLOV telah berada dalam keadaan downtrend sejak Oktober 2020 hingga hari ini.
- MACD juga berada di bawah paras kosong menunjukkan kurangnya momentum pembelian.
- Sebelum ini, TOPGLOV membuat reversal dengan pembentukan candlestick Bullish Harami tetapi kenaikan selepas itu hanya sementara.
- Kali ini, muncul satu lagi bentuk candlestick reversal iaitu Bullish Engulfing.
- Adakah TOPGLOV akan membuat reversal?
- Jika membuat reversal, adakah TOPGLOV mampu melepasi downtrend line?
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Bullish Harami = 'Body' candle hijau lebih kecil dan ditelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau lebih besar dan menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Reversal = Pembalikan harga daripada uptrend kepada downtrend atau daripada downtrend kepada uptrend.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Vivocom-we bakal meneruskan kenaikkan ?Vivocom-we berjaya tutup dengan candle bullish harami yang cukup syaratnya pada hari ini dengan membuat sedikit gap up setelah membuat candle merah pada hari sebelumnya. Kebiasaaannya, candle bullish harami muncul adalah satu petanda yang baik untuk sesuatu kaunter tersebut untuk terus membuat kenaikkan. Apa-apa boleh berlaku jadi sebelum masuk siapkan trading plan masing-masing dan setkan stop loss, entry price dan target price supaya mudah sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi. Apa-apapun TAYOR.
Vivocom bakal meneruskan kenaikkan?Vivocom berjaya tutup dengan candle bullish harami yang cukup syaratnya pada hari ini dengan membuat sedikit gap up setelah membuat candle merah pada hari sebelumnya. Kebiasaaannya, candle bullish harami muncul adalah satu petanda yang baik untuk sesuatu kaunter tersebut untuk terus membuat kenaikkan. Apa-apa boleh berlaku jadi sebelum masuk siapkan trading plan masing-masing dan setkan stop loss, entry price dan target price supaya mudah sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi. Apa-apapun TAYOR.