GRANFLO Bakal Mencuba Untuk Breakout?Sektor: Teknologi, IT Solutions / IT Produk, Perkhidmatan Digital
Analisa Fundamental
-Market Cap: 383 Juta
-Number of Shares: 603 Juta
-Perolehan : RM15.476 Juta
-Keuntungan sebelum cukai: RM461,000
-Keuntungan bersih: RM 78,000
-Merupakan syarikat yang konsisten membuat keuntungan walaupun sedikit kecuali pada tahun 2016.
- GRANFLO turut konsisten memberikan dividen kecuali pada tahun 2016, 2019 dan 2020.
Analisis Teknikal
Ciri-ciri pembentukan corak segi tiga ini ialah harga bergerak atas garisan selari manakala garisan bawah menunjukkan harga saham dalam keadaan menaik.
Kebiasaannya harga saham akan membuat breakout setelah membentuk corak ini. Breakout ini boleh berlaku ke atas atau ke bawah.
Merupakan continuation pattern yang akan meneruskan pergerakan sedia ada.
Psikologi pedagang melihat ini sebagai paten bullish.
Rumusan Carta GRANFLO
1. GRANFLO sedang melakukan uptrend. Setelah berjaya bertahan di atas garisan sokongan berkemungkinan akan menguji paras halangan pada RM0.66
Pergerakan akan menjadi menarik sekiranya berjaya memecahkan paras halangan pada harga RM0.660
2. Momentum RSI melebih 50 menunjukkan momentum belian yang semakin meningkat.
2. Indicator MACD di paras positif setelah melakukan Golden Cross.
Bagaimana mengawal risiko dengan sebaiknya?
1. Buy on weakness: Boleh menunggu dan melihat samada harga saham GRANFLO mampu bertahan di garisan sokongan atau tidak.
2. Buy on Breakout: menanti sehingga mampu melakukan breakout halangan pada RM0.66 beserta volum minat belian yang melebih hari sebelumnya.
Ingat jangan membeli di garisan halangan. Garisan halangan adalah masa untuk mejual. Membelilah di support untuk meminimakan risiko.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR