KNM (MYX:7164) Potensi untung sebanyak 21% ?Dalam carta ini, kaunter saham KNM telah jatuh dan bertemu paras sokongan di RM0.350 .
Walaubagaimanapun, dengan adanya isyarat beli dari RSI yang telah merangkak keluar dari peringkat oversold, MACD yang bakal bertukar ke positif dengan momentum jual yang semakin berkurangan, Parabolik SAR yang telah negative sekian lama dan bakal tukar positif apabila trend berubah, berserta dengan corak pengumpulan candlestick di atas paras sokongan tersebut, kesemua indikasi menunjukkan bahawa harga kaunter berkemungkinan akan cuba melambung ke paras rintangan RM0.435 , iaitu TP pertama kaunter ini.
Justeru, kalian boleh cuba masuk dengan entry berikut:
Beli : Antara RM0.355 - 0.370
Stop loss : RM0.340
TP : Antara RM0.435 - 0.475
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
Buysignal
GETS (MYX:5079) Potensi profit sebanyak 62% ?Kalian dapat lihat bahawa harga kaunter ini telah melambung dari paras sokongan merah (RM0.135) sejak beberapa hari ini, dan membentuk paras sokongan berganda (double bottom).
Dari aspek teknikal, Parabolik SAR telah menunjukkan indikasi beli, RSI kekal meningkat dari paras oversold, dan MACD telah bertukar ke indikasi positif.
Dengan kesemua indikasi menghala positif dan paras sokongan kekal kuat di RM0.135, saya jangka bahawa momentum yang berterusan akan menyokong harga kaunter sehingga ke paras rintangan biru (RM0.200) sebelum meneruskan momentumnya ke paras rintangan hijau (RM0.255) .
Justeru, kalian boleh cuba masuk dengan entry berikut:
Beli : Di antara 0.145-0.165
Stop loss : 0.130
Jual untung (TP) : 0.255
Sekiranya kalian buat kalkulasi nisbah risiko-rezeki, kalian akan dapati bahawa nisbah tersebut berada di antara 1.30x ke 3.17x; jelas menunjukkan bahawa dagangan ini berbaloi dicuba.