CHEETHMYX:CHEETAH
Gap Dibawah harga semasa
Tiada
Gap Di atas harga semasa
0.115-0.12, 0.16-0.18, 0.45-0.455, 0.465-0.47, 0.54-0.545, 0.615-0.625, 0.69-0.695
Stochastic berada di kawasan oversold dan RSI menunjukkan trend menurun.
Kaunter MYX:CHEETAH belum menunjukkan ubah trend untuk sideway.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
CHEETAH
Cheetah dalam perhatian awal Ogos ini Sektor : Produk pengguna
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang besar 4 pembetulan corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) berakhir & kini di dalam fasa akan akhir utk gelombang (E) gelombang besar 4 sebelum meneruskan Gelombang Kecil 1 di dalam Gelombang besar 5 bagi sasaran Gelombang 5 akan berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 38.2%, 61.8% &100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Risiko Pemotong Gelombang kerap berlaku di Fibo 38.2% - 50%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
CHEETAH (Mencari Rentak Lama)Sektor:
- Trading & Services, Apparels, Personal Goods, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, CHEETAH dilihat tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Walaupun begitu, keuntungan CHEETAH meningkat YoY sebanyak 40.29%. Hasil (revenue) pula dalam trend sideways (mendatar). Revenue CHEETAH menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -368% dan -56.6%.
- Dari sudut Teknikal, CHEETAH sebelum ini dilihat kerap membuat pullback sehingga ke MA 20 sebelum rebound dan membuat higher high.
- Terbaru, CHEETAH membuat pullback sekali lagi tetapi kali ini, CHEETAH breakdown MA 20.
- MA 20 dilihat merupakan dinamic support yang terkuat CHEETAH. Oleh sebab itu apabila support terkuat ini pecah, harga dilihat membuat penurunan drastik sehingga jatuh di bawah MA 50 menjadikan CHEETAH downtrend untuk mid term.
- Penurunan ini juga didorong oleh signal 'weak bearish divergence' yang ditunjukkan oleh indikator stochastic RSI.
- Ketika penurunan drastik ini berlaku, muncul 2 signal reversal:
1) Candle bullish engulfing.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menunjukkan CHEETAH berkemungkinan akan reversal di paras support terkuat.
- Walaubagaimanapun, terdapat 2 resistance yang perlu dilepasi oleh CHEETAH bagi memastikan CHEETAH meneruskan kenaikan seperti sebelum ini:
1) MA 50 untuk menjadikan CHEETAH uptrend untuk midterm.
2) MA 20 untuk kembali meneruskan kenaikan seperti sebelum ini.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sideways.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI mendatar.
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.