Lanjutan henjutan hujung bulan MAY lepas.Dalam minggu terakhir bulan MAY yang lepas, kita dihidangkan dengan henjutan kenaikan harga dan volum.
Minggu ini selepas cuti raya, nampak reaksi market agak baik.
Nota : Menunggu tanpa buat apa-apa sambil menantikan setup juga satu strategi berdagang yang baik.
Kitaran
Hujan emas di negara orang !Walau hujan batu di negara sendiripun, bila market dah bagi peluang, kenalah bijak mengambil !
Diberi peluang tapi tak ambil sebaiknya, kita rugi !
Marah dan komplen memanjang juga tidak menghasilkan keuntungan !
Tengok carta dan baca cerita disebalik syarikat adalah lebih bermanfaat dari tak buat ape2 !
Sedikit perubahan minat untuk stock sarung tanganTidak seperti carta-carta lain yang memang mesra pembeli, carta-carta melibatkan sarung tangan berjemaah bersama-sama turun.
Tapi hari ini nampak seakan ada pertambahan minat belian untuk geng sarung tangan.
Boleh dijadikan senarai lihat minggu hadapan.
Pusingan carta (chart cycle)Setiap yang naik, akan jatuh dan yang jatuh akan naik.
Dalam setiap kenaikan atau kejatuhan, akan ada ciri2 tertentu yang selalu berulang-ulang.
Sekiranya kita mampu kenalpasti ciri2 tersebut, sangat membantu ketika membuat analisa lanjut setiap carta yang diminati.
Semoga terhibur.