Dataprp Nampak Membuat "Bullish Divergence"Kaunter: Dataprp
Sektor: Teknologi & digital servis
Tempoh masa harian (1D) boleh dilihat pembetukan bullish divergence. Harga perlu memecahkan harga 235 dan kekal di atas 235 untuk masuk ke zon "bullish".
Sasaran harga adalah LH sebelum (sila rujuk garisan di carta) harga sekitar 265-275 menjadi sasaran terdekat.
Pada temph masa kecil ada rintangan garisan tad (garis merah jambu) 235..perlu memecahkan rintangan tersebut untuk membuat kenaikan yang baru,jika tidak berjaya memecahkan harga 235 pergerakan harga berada pada "sideways". Perhatikan pergerakan harga,cari ep di zon "bullish" dengan volum kemasukan yang padu (belian yang menarik).
Sekadar kajian bagi tujuan pembelajran semata-mata. Bukan saranan jual beli saham. Beli jual adalah tanggungjawab anda.
DATAPRP
DATAPRP penantian telah berakhir dengan Gelombang Kelima ?Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Setelah membuat keanikan luarbiasa di awal Tahun 2021 & telah membuat Gelombang Pembetulan Empat yang panjang ( 6 bulan ) dan kini di lihat seang memulakan pergerakan ke atas bagi permulaan Gelombang Kelima yang akan berakhir di Fibo Extension 100%-127% dengan Corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
DATAPRP Ada Potensi untuk merentasi EMA 100?DATAPRP dilihat mebuat kenaikan yang menarik sebanyak 8.49% pada hari ini dan mula menembusi garis EAM 200. Kaunter ini mempunyai kecenderungan untuk melepasi garis EMA 100 atau sekurang-kurangnya menyentuh EMA100. Jika betul, ia mempunyai potensi untuk membuat kenaikan.Minat belian masih ada untuk kaunter ini dan petunjuk SMI juga masih positif untuk meneruskan kenaikan.
Kawasan masuk: 1.10 - 1.16
Ambil untung: 1.225
Potong Rugi: 1.09
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
DATAPRP Membuat Corak Reversal DATAPRP dilihat membuat corak reversal yang sangat jelas setelah berada pada paras lantai dan mula membuat lantunan. Petunjuk SMI juga menunjukkan ia telah berada pada kawasan oversold dan sudah mula mengubah arah keatas.
Kawasan masuk: 1.06 -1.110
Ambil untung: 1.16
Potong Rugi: 1.05
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
Dataprp : Kajian nubis Dataprp kaunter yang mempunyai potensi untuk membuat kenaikan dari segi TA
1) Volume telah overtake volume sebelumnya
2) Stoc telah menunjukkan OS
3) Macd telah bersilang
4) CS menunjukkan engulfing
Support 1: 1.280
Support 2 : 1.185
Resistance : 1.440
Jika tidak lepas harga resistance kemungkinan akan turun ke harga support dan sideway sementara untuk mengumpul kekuatan.
Sekadar kajian dan pembelajaran semata-mata.Tiada saranan untuk membeli dan menjual. Tayor!!!
DATAPRP (Permintaan Terlalu Tinggi)Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Payment Products, 5G.
Idea analisis:
- Sudut Fundamental telah dikupas pada idea sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, hari ini DATAPRP membentuk candle Bullish Marubozu.
- DATAPRP telah LU hari ini pada harga RM 1.05 bermula jam 11.50 pagi sehingga tutup dagangan.
- Berkemungkinan DATAPRP meneruskan kenaikan pada esoknya.
- Jika DATAPRP berjaya meneruskan kenaikan, DATAPRP perlu tutup di atas MA 50.
- Jika harga tidak mampu tutup di atas MA 50, berkemungkinan rebound ini cuma technical rebound atau dead cat bounce sahaja.
- Adakah DATAPRP berjaya rebound di atas MA 200 dan di atas support 0.725 kemudian tutup di atas MA 50?
- Stochastic RSI menunjukkan bahawa DATAPRP berjaya rebound di atas support baru yang terkuat.
- Walaupun begitu, MACD memberikan signal bahawa rebound yang berlaku berkemungkinan adalah fake rebound.
Nota kaki:
* Bullish Marubozu = Candle hijau yang terbentuk tanpa bayang / wick / shadow. Keadaan dimana harga buka sama dengan harga terendah dan harga tutup sama dengan harga tertinggi.
* LU = Limit Up. Keadaan dimana harga telah sampai pada paras syiling dan tidak boleh naik lagi pada hari itu. Ini terjadi apabila banyaknya permintaan kepada sesuatu saham itu. Dengan permintaan yang tinggi ini, harga meningkat sehingga mencapai paras syiling.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika
sebelum meneruskan penurunan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DATAPRP (Berjaga-jaga)Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Payment Products.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, boleh dikatakan DATAPRP merupakan 'loss making company'. Keuntungan dan revenue (hasil) juga menurun QoQ dan YoY.
- Dari sudut teknikal, DATAPRP masih meneruskan kenaikan walaupun dikenakan UMA oleh Bursa.
- Terbaru, muncul signal sell pada indikator Parabolic SAR.
- Jika harga meneruskan kejatuhan, support yang paling perlu diperhatikan adalah pada RM 1.68. Jika harga tidak mampu bertahan dan jatuh dibawah RM 1.68, kemungkinan harga akan membuat penurunan drastik sehingga ke harga sen kembali.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YOY = Year over Year.
* UMA = Usual Market Activity.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
8338 DATAPRP : PELUANG BELI DI HARGA RENDAHVolatility : Tinggi
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 19%
Volume tertinggi pernah dicapai : 380.99 Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 4.130
Harga Terendah 30 Hari : 0.225
Ditutup pada 3.350 pada 16 Mac. Terdapat peningkatan volume berbanding hari sebelumnya tetapi dikuasai oleh seller.
Harga turun pada kadar 19% pada hari ini. Peluarng untuk beli saham ini pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini.
Terdapat Resistance dan Support yang dapat dikenal pasti berdasarkan sejarah harga sebelumnya.
R-1 : 4.130
S-1 : 2.640
Harga dijangka akan terus naik mendadak jika mampu melepasi 4.130 sekali lagi
Semoga berjaya
8338 DATAPRP : CAPAI TP-1Volatility : Tinggi (Harga mudah berubah)
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 5%
Volume tertinggi pernah dicapai : 380.99Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 3.300
Harga Terendah 30 Hari : 0.160
Ditutup pada 3.150 pada 10 Mac. Buy rate sekitar 50%. Volume terkumpul pada hari ini adalah sebanyak 63.686 Juta
Berjaya mencecah TP-1 pada hari ini.
Masih belum kelihatan rintangan yang jelas, kerana hari ini DATAPRP mencapai harga tertinggi semenjak berada di BURSA pada harga RM3.300.
Namun perlu berhati-hati kerana kelihatan volume semakin berkurang.
Semoga berjaya kepada para pelabur.
8338 DATAPRP : VOLUME BERKURANGANVolatility : Tinggi (Harga mudah berubah)
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 7%
Volume tertinggi pernah dicapai : 380.99 Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 2.050
Harga Terendah 30 Hari : 2.310
Ditutup pada 2.140 pada 5 Mac. Buy rate sekitar 45%. Terdapat pengurangan volume daripada 25 Feb~5 Mac. Minat pelabur terhadap stock semakin menurun.
Berkemungkinan harga akan cuba untuk bergerak ke paras 2.460 sebelum berlakunya pembetulan.
Jika terdapat volume melepasi 6 Juta pada hari pembukaan seterusnya beserta buyrate 53% ke atas, berkemungkinan harga akan terus naik.
KAJIAN 3: DATAPRP Mencatat Keuntungan BesarDATAPRP telah mencipta keuntungan sebanyak 1,015.15% dalam hanya 16 hari sahaja. Pada 15 Februari 2020, harga dibuka pada harga 19 sen dan ditutup pada harga RM 1.84 pada 3 Mac 2020.
Disclaimer: Idea ini hanya bertujuan untuk penggunaan pendidikan sahaja, bukan saranan untuk jual dan beli (buycall & sellcall).
DATAPRP (8338): Volume Semakin Meningkat Namun...Sectors: Technology, Penny Stocks, IT Solutions/ IT Product, Digital Services
1. Persilangan Emas bagi MACD dan EMA Cross sudah berlaku dengan volume belian yang semakin meningkat.
2. Namun kaunter ini masih dalam fasa pengumpulan.
3. Pergerakan candle hanya akan berlaku di sekitar Fasa Pengumpulan sahaja. Teori saya : MACD GOLDEN CROSS + STOCH OVERBOUGHT = SIDEWAY
4. Cadangan belian : Apabila keluar dari Fasa Pengumpulan atau belian pada TF15 jika EMA7 masih di atas EMA20 dengan volume.
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
DATAPRP BAKAL MEMULAKAN GELOMBANG KE 3 ELLIOT WAVE?Wave ke 5 terkini untuk DATAPRP Daily telah berlaku pada 3 Sep 2020 dan Wave berwarna kuning menunjukkan DATAPRP WEEKLY bakal memulakan Wave ke 5. Kini DATAPRP TF Daily ini telah menamatkan wave ke 2 (warna merah) dan bakal melangkah menuju Wave 3. Adakah ia nya benar-benar akan berlaku dan mungkin dapat mencecah FIBO 61.8% iaitu pada harga 0.330? .Sama2 kita saksikan persembahan kaunter ini. Selamat berdagang buat semua.
Penafian: Perkongsian ini adalah untuk kajian dan pembelajaran. Tiada signal BUYCALL diberikan.
DATAPRP masih bermomentum.Hampir sebulan kaunter ini sideway kecil. Momentum maish bagus.Harga berlegar sekitar 0.175-0.180
Menggunakan TA, saya menjangkakan akan berlaku kenaikan harga tetapi tidak lama.
Fundamental Analisis tidak berapa kuat untuk syarikat ini, maka kena lebih sensetif dengan pergerakan harga.
Saya cadang nak TP pada 0.22 secepat boleh.
Support seperti digariskan.
Kaunter penny, perlahan sikit lah nak gerak.
Ini bukan buycall, ini adalah untuk tujuan pembelajaran.
Saya doakan kita semua berjaya dalam saham
TAYOR
11 PENNY STOCKDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx
REFER CHART FOR DETAILS
Stocks that have price of 50 cent and below in Bursa Malaysia.
Menjadi minat retailers memandangkan harga nya relatif lebih murah berbanding stock lain,
Namun kebanyakkan penny stock ini tidak mempunyai background Fundamental yang kukuh dan
sedang mengalamai kerugian berdasarkan quarterly report.
Jika berminat, dinasihatkan untuk disiplin membuat
1- Tidak mengejar harga agar tidak tersangkut di puncak harga
2- Trading plan agar jelas kedudukan entry dan exit beserta risiko yang sanggup di terima
3- CUT LOSS, jika break support atau patah trendline
TRADE AT YOUR OWN RISK (TAYOR)
JANGAN KEJAR! DALAM KEADAAN PULLBACK DAN KEARAH BREAKOUT+++++++++++++
Sektor
+++++++++++++
- Ia dalam sektor TECHNOLOGY
- Sub sektornya DIGITAL SERVICES
.
+++++++++++++
TECHNICAL
+++++++++++++
1. SOKONGAN DI 0.170
2. HALANGAN PERTAMA DI 0.210
3. HALANGNA KEDUA DI 0.230
.
+++++++++++++
CHART PATTERN
+++++++++++++
- NONE
.
+++++++++++++
ULASAN
+++++++++++++
- Entry? Cari best entry dalam kotak di highlightkan tersebut. TRADE AT YOUR OWN RISK.
==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari MAHERSAHAM.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing. Trade what you see not what you want to see.