Dayang
DAYANG Telah Mencapai Harga Terendah Masa untuk Bangkit?DAYANG corak carta dilihat downtrend tapi telah mencapai paras sokongan terendah.
1. Sektor minyak dan gas dilihat mendominasi pasaran dalam beberapa hari ini jadi potensi kenaikan sekurang-kurangnya untuk jangka pendek masih ada.
2. Petunjuk indi OSEM telah mengeluarkan isyarat EP menandakan boleh beri perhatian untuk masuk.
3. Petunjuk SMI juga dilihat baru membuat golden cross di kawasan oversold.
4. Ada jurang yang bakal ditutup kemungkinan dalam masa terdekat.
5. Untuk pengesahan boleh juga perhatikan, jika ia berjaya memecah rintangan pada 0.815, potensi untuk meneruskan kenaikan tinggi.
Kawasan masuk: 0.77 - 0.795
Ambil untung: 0.86
Potong Rugi: 0.76
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
Adakah ini Cup with handle Pattern?? Oh Dayang ku.. !!DAYANG ENTERPRISE HOLDINGS BERHAD
Category : Energy - Main Market
Dengan kenaikan harga minyak dunia sehingga 60 dollar lebih ketika ini telah mendorong kenaikan harga kaunter-kaunter berkaitan industri tenaga (minyak). Pembentukan pattern with handle telah kelihatan namun begitu kekuatan pada EMA 7 masih lemah namun boleh diberi perhatian kerana telah mula mendongak ke atas.
Jika minat belian yang tinggi dari pelabur harga dijangka boleh naik ke 1.180 boleh diletakkan ke dalam Watchlist... Sekiranya harga minyak duit semakin naik, dijangka harga kaunter-kaunter berkaitan sektor minyak akan mula melakukan pergerakkan harga..
#Sekadar pembelajaran1
#Bukan Sell atau Buy call
#Sekadar Coretan Carta
DAYANGDAYANG mengumumkan bahawa ia telah menerima lanjutan kontrak daripada Sarawak Shell Berhad dan Sabah Shell Petroleum, untuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan utama. Tempoh kontrak ini dilanjutkan sehingga Jun 2021.
Kontrak ini merupakan lanjutan kepada kontrak asal yang pertama kali dianugerahkan pada bulan Ogos 2020 dan berakhir pada akhir tahun 2020. Memandangkan nilai kontrak tidak diumumkan, penganalisis Kenanga menganggarkan lanjutan kontrak ini bernilai kira-kira RM10-20 juta.
Penganalisis Kenanga juga berpendapat bahawa kontrak ini agak kecil untuk dibandingkan dengan jumlah orderbook syarikat ini yang bernilai ~RM3.6b. Pendapatan pada suku 4QFY20 yang akan datang dianggarkan lebih lemah disebabkan musim tengkujuh. Orderbook syarikat ini yang bernilai ~RM3.6b dijangka memberikan keterlihatan pendapatan sehingga sekurang-kurangnya FY23.
Harga Semasa: 1.15
Kenanga Research TP: 1.35 (naik dari 1.20 sebelum ini)
Average Analysts FV: 1.28
5141 DAYANG : Mungkin Berlaku Retracement Minggu Hadapan?Ratio : 0.6 Kaunter sangat ringan
Jika kekal di atas 1.650, berdasarkan analisis, Resistance seterusnya seperti berikut:-
R2 : 1.720
R1 : 1.680
Jika kekal di bawah 1.760, berdasarkan analisis, Support seterusnya seperti berikut :-
S1 : 1.720
S2 : 1.680
Cadangan CL pada 1.670/1.660
Dayang Breakout New HighDayang telah membuat breakout new high pada jumaat yang lalu. Adakah akan meneruskan perdakian dan membentuk pattern ascending scallop atau pun membuat pattern cup and handle? Cup sudah pun siap. Price target long swing 2.72. Sama-sama kita follow rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
5141 DAYANG : Long Term Profitable Trade?DAYANG mula naik semula selepas penurunan yang agak tinggi daripada 18 Mac hingga 21 Mei .
Berdasarkan analisis, jika tiada berita buruk, saya yakin 90% DAYANG mampu untuk mencapai TP 2.460 jika mampu melepasi 1.750 nanti.
Cuma perlu saya ingatkan, ini analisis long term.
Mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk mencapai TP tersebut.
Untuk Short Term TP1 di 1.500, TP2 di 1.560.
Berdasarkan analisis, saya yakin, DAYANG akan menyentuh harga 1.570. seterus itu akan ke bawah atau ke atas, analisis perlu dilakukan semula.
5141 DAYANG : Bila Nak Sampai RM3? Ada yang masih HOLD DAYANG sejak dulu?
Sudah berapa banyak anda loss?
Hati-hati, DAYANG masih di dalam bearish zone.
Sekurang-kurangnya perlu tutup melepasi 0.925 untuk melihat sinar kenaikan.
Jika mampu pergi melepasi 1.130, akan terus naik dengan jayanya.
Perlu HOLD atau buang? anda tentukan...
DAYANG - Henti pada sokongan terakhirDAYANG - kini telah latun pada SMA200, sokongan terakhir untuk fasa uptrend bagi syarikat tersebut.
-Mengalami koreksi yg agak lama, selepas QR1 FY19 yg agak teruk.
-Juga membentuk support pada gap stok tersebut pada 0.865
-Namun penjualan/penjual masih menguasai keadaan
-Stoch dan RSI masih lagi dalam keadaan oversold
-Baru2 ini mengumumkan kontrak baru 4 tahun untuk Roc Oil
-Kenanga, masih mengekalkan underperform untuk Dayang, dan meletakkan TP 0.8 dengan PER 9x
*monitor jika harga mampu bertahan pada sokongan SMA200
5141 DAYANG : Retracement Di Dalam Penurunan? DAYANG tidak berjaya melepasi 1.390, berkemungkinan esok akan meneruskan penurunan.
Cuba untuk melepasi 'intraday resistance' hari ini tidak berjaya.
Jika esok momentum cukup kuat untuk melepasi 1.390 berkemungkinan boleh mencapai target price sekurang-kurangnya pada 1.470.
Monitor pergerakan harga esok, cari support terkuat dan pastikan tidak melepasinya.
Jika harga DAYANG melepasi support kuat, jangan teragak-agak untuk CL.
Happy Trading.
JAUHI AMALAN PLAGIAT!
DAYANG - Reversal yang positif?Dayang Isnin lalu ini telah mencapai harga terendah pada 1.26, dan kini membuat cubaan untuk melepasi rintangan terdekat iaitu pada 1.45. Koreksi penjualan dijangkakan telah berakhir, dan akan melalu fasa kedua untuk terus rally.
Rumusan;
- Harga telah mencapai oversold untuk stochastic, dan penampakan untuk reversal telah terbentuk.
- Harga masih lagi berada d atas EMA50 dan SMA200, masih lagi sihat untuk para pelabur dan pedagan.
- Lebih baik jg harga berjaya melepasi rintangan terdekat pada 1.45 dengan volume melepasi 5 hari terakhir.
- Sentimen O&G masih lagi aktif, dengan harga brent dan WTI yang masih lagi stabil.
5141 DAYANG : Rally Berterusan?Saya menjangkakan harga DAYANG akan terus naik di dalam uptrend, tetapi sedikit masa lagi, mungkin akan berlaku retracement. Jadi para pelabur disarankan supaya FIFO (Fast In Fast Out) jika tidak membeli DAYANG pada harga rendah. Jika anda membeli di harga rendah, boleh terus HOLD untuk SWING.
Ratio: 0.7 (Ringan)
Kiraan Support dan Resistance
Jika harga kekal di atas 1.230
Resistance 1 : 1.280 (+-0.005)
Resistance 2 : 1.410 (+-0.005)
Jika buyrate mampu kekal di atas 63% dengan volume melebihi 155 Juta adalah tidak mustahil untuk 1.410 pecah dengan mudah.
Jika harga kekal di bawah 1.370
Support 1 : 1.310 (+-0.005)
Support 2 : 1.170 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock