EMAS (Perjalanan Menuju ke Paras Kegemilangan)EMAS terus melakukan lonjakan setelah berjaya BDTL. Kenaikan terkini merupakan pusingan kedua sejak harga BDTL. Sebelum melakukan pusingan kedua kenaikan, EMAS dilihat membuat pullback dan rebound di atas fibo 0.618 menandakan kekuatan kenaikan EMAS pada kali ini adalah kuat (strong uptrend).
EMAS berjaya breakout paras harga RM 250/gram yang merupakan resistancenya (kini telah menjadi support) dan fibo 1.618 pada paras harga RM 251.70/gram. Berkemungkinan selepas ini, harga akan retest dahulu di paras RBS sebelum meneruskan kenaikan. Berkemungkinan juga harga akan terus melonjak ke paras fibo 2.618 pada paras harga RM 263.85/gram.
Target yang paling ditunggu² adalah paras harga RM 280 yang merupakan ATH bagi EMAS. Adakah EMAS mampu kembali ke paras ATH nya? Mari sama² kita perhatikan. 🍿🍿🍿
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
DISCLAIMER: Penulis bukan penasihat pelaburan, penasihat kewangan atau broker berlesen. Sebarang idea-idea analisis yang dikongsikan hanya bertujuan untuk memudahkan pembelajaran semata, bukan buycall atau sellcall.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
Dealer
EMAS (Berjaya Melawan Arus Penurunan)EMAS secara overall dilihat masih dalam downtrend. Sebelum ini, EMAS dilihat berjaya melepasi MA 50 tetapi tidak mampu melepasi downtrend line. Walaubagaimanapun pada hari ini, EMAS telah melepasi MA 50 dan juga downtrend line. Adakah BDTL ini mampu membuat EMAS reversal atau sekali lagi membuat technical rebound?
Jika EMAS mampu bertahan di atas RBS (RM 230/gram - RM 233/gram), target seterusnya adalah pada harga RM 250/gram. Jika harga sekali lagi jatuh di bawah RBS (RM 230/gram - RM 233/gram), target seterusnya adalah pada harga RM 220/gram.
Nota kaki:
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
EMAS (Arus Penurunan yang Sukar Dilepasi)EMAS masih di dalam mood downtrend. Sebelum ini, EMAS berlegar² di kawasan RBS tetapi tidak mampu lagi melepasi downtrend line dan MA 50 (rujuk garisan ungu). EMAS dijangka menuju ke paras support pada RM 220/gram sebelum membuat keputusan samada ingin meneruskan penurunan atau rebound dan kembali meneruskan kenaikan.
Kejatuhan EMAS ini dikaitkan dengan pengukuhan matawang US Dolar dan US Treasury Yield yang meningkat.
Nota kaki:
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* RBS = Resistance Become Support.
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Rintangan atau bumbung harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
EMAS (Adakah Harga Mampu Melawan Arus Penurunan?)Harga EMAS berlegar² di paras SBR iaitu pada sekitar harga RM 230/gram. Adakah harga mampu memecahkan downtrend line? Jika harga mampu memecahkan downtrend line, harga berpotensi bertukar arah kepada uptrend atau sideways. Jika harga tidak mampu memecahkan downtrend line, harga berkemungkinan akan turun semula ke support sekitar harga RM 220/gram.
Nota kaki:
* SBR = Support Become Resistance.
* Uptrend = Keadaan di mana harga menaik.
* Sideways = Keadaan dimana harga bergerak mendatar.
EMAS (Dua Garisan Penting untuk Dilepasi)- EMAS masih di dalam mood downtrend.
- EMAS meneruskan penurunan sehingga ke paras RM 220/gram.
- Kemudian EMAS dilihat rebound sehingga ke paras SBR. Paras ini penting untuk dilepasi tetapi EMAS dilihat tidak berjaya untuk melepasi paras SBR ini. Jadi, kemungkinan kenaikan ini hanya technical rebound atau dead cat bounce sahaja.
- Setelah melepasi garisan SBR ini, EMAS perlu melepasi garisan downtrend line pula untuk bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sideways.
- Kemungkinan EMAS akan jatuh semula di atas new support. Setelah jatuh di paras new support, amat penting untuk dilihat samada EMAS jatuh melebihi paras new support atau cuba untuk rebound semula. Jika harga EMAS jatuh melebihi paras new support, EMAS akan meneruskan penurunan dan mencari support terbaru manakala jika harga EMAS rebound kembali, kita perlu perhatikan samada harga mampu memecahkan SBR atau tidak.
Nota kaki:
* Downtrend = Penurunan / Harga menurun.
* Rebound = Harga melantun keatas.
* SBR = Support Become Resistance. Paras harga RM 230/gram sebelum ini adalah support (lantai) terkuat untuk EMAS tetapi apabila EMAS jatuh di bawah support (lantai) ini, support (lantai) ini menjadi resistance (rintangan) pula bagi EMAS.
* Technical rebound dan dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika 'harga jatuh secara keseluruhan'.
* Uptrend = Kenaikan / Harga menaik.
* Sideways = Harga mendatar.
* New Support = Lantai baru.
EMAS (Sudah Bertemu Lantai Baru untuk Bertapak?)Idea analisis:
- EMAS masih berada dalam keadaan downtrend.
- Setelah jatuh di bawah support terkuat iaitu RM 230/gram, EMAS dilihat membuat support terbaru di paras harga RM 220/gram. Ini dikuatkan lagi dengan indikator Stochastic RSI yang membuat cross up di paras oversold.
- Adakah RM 220/gram merupakan support terakhir EMAS sebelum meneruskan perjalanan ataupun EMAS akan turun lagi mencari support terbaru?
Nota kaki:
* Stochastic RSI oversold = Line Stochastic RSI berada di bawah paras 20.00.
* Stochastic RSI cross up = Line biru bersilang ke atas line merah.
EMAS (Semakin Membimbangkan?)Emas sekarang berada di paras support terkuat iaitu pada sekitar harga RM 230/gram. Ini merupakan kali keempat emas turun ke paras ini sejak April 2020.
Pada pertengahan Julai 2020, emas telah berjaya melepasi harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai support terbaru. Kemudian, tidak lama selepas itu emas turun semula di bawah harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai resistance semula. Emas juga telah jatuh di bawah MA 200 menjadikan emas berada dalam keadaan downtrend.
Satu bentuk atau pattern yang yang menarik dapat diperhatikan dalam graf ini iaitu 'head and shoulders'. Pattern ini kebiasaannya mendorong harga untuk jatuh kebawah lagi. Adakah harga emas akan rebound semula atau akan jatuh dengan drastik?
Nota kaki:
* Support = Lantai. Kebiasaannya harga akan naik semula apabila turun sampai ke paras lantai ini.
* Resistance = Rintangan / Bumbung. Kebiasaannya harga akan turun semula apabila sampai ke paras rintangan ini.
* MA 200 = Moving Average 200. Purata pergerakan harga untuk 200 hari kebelakang. Kebiasaanya apabila harga berada di atas MA 200, harga dikira stabil dan menaik manakala apabila harga berada di bawah MA 200, harga dikira membimbangkan dan menurun.
* Downtrend = Harga menurun.
* Rebound = Melantun semula ke atas.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan dimana lantai menjadi rintangan / bumbung.
* Head and Shoulders = Kepala dan Bahu. Kebiasaanya bentuk ini menggambarkan bahawa harga akan menurun.