ACME: Perhati rapatACME sekarang berada di atas middle BB
RSI dan Stocashatic juga menunjukkan momentum
Kelihatan seperti garisan MACD hampir-hampir hendak menyilang ke atas garisan signal.
Mungkinkah ACME akan naik lagi esok?
Ini bukan buycall. Sama-sama kita kaji.
Muhammad Safwan Romli, RPh
MPharm (UK)
Dec20
Keras Macam KonkritSCNWOLF pada hari ini sekali lagi masih belum berjaya menembusi paras rintangan 0.240 yang keras macam konkrit. Ini adalah kali ketiga ianya mencuba bagi memecahkan rintangan tersebut namun masih belum berjaya. Ada potensi untuk ianya kembali mencuba untuk memecahkannya dan menuju ke paras 0.265 sekiranya berjaya.
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran sahaja.
Mesti lah OnnnzzzOMESTI pada hari ini ditutup pada paras harga 0.505 iaitu di paras rintangan bagi memecahkan minor downtrendline. Sekiranya berjaya pecah, kemungkinan besar akan mencari 0.555 seterusnya 0.600. Paras sokongan dilihat berada pada paras 0.480 dan boleh juga menjadikan garisan EMA6 & EMA9 sebagai paras sokongan untuk short term.
Penulisan sekadar kajian dan oembelajaran.
Terlalu Banyak Volume MerahACME jika diperhatikan agak kurang menarik untuk didagangkan buat waktu ini kerana kehadiran volume menjual yang sangat besar pada chart tersebut. Ianya memerlukan beberapa volume hijau panjang untuk memungkinkan pergerakannya ke atas. Walaubagaimanapun, untuk short ada kemungkinaan ianya akan naik ke paras berdekatan 0.570 jika ada demand yang tinggi.
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
7 Dec 2020: TOPGLOV masih di mod penurunanPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
TOPGLOV
1. Harga naik secara parbolic dan mencapai harga tertinggi 52 mingguan pada RM9.77, dan mula penurunan.
2. Penurunan disokong oleh zon fibo 50.0% (RM6.05) dan mula melantun naik.
3. Harga membentuk harga tertinggi berkembar pada RM9.77 dan mula menurun lagi.
4. Harga semasa berada di atas EMA jangka Panjang. Perlu memerhati samasa ada sokongan EMA dapat menyokong harga.
5. Sokongan jangka Panjang adalah pada RM4.30.
7 Dec 2020: Frontken masih dalam zon konsolidasiPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Frontken
1. Harga naik secara bentuk V setelah mencapai harga terendah 52 mingguan (RM0.985).
2. Harga berjaya mencapai harga tertinggi 52 mingguan (RM3.95) dalam masa yang singkat.
3. Harga semasa masih di dalam zon konsolidasi RM3.26 – RM3.95, selama 6 bulan.
7 Dec 2020: EG dalam mod kenaikanPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
EG
1. Harga naik secara parabolic sehingga 52 mingguan tertinggi RM0.825, dan mula penurunan yang mendadak.
2. Penurunan disokong oleh zon fibo 61.8% (RM0.435) dan EMA jangka Panjang.
3. Harga semasa mula naik dan berada di atas kesemua EMAs dan cuba mengatasi zon fibo 38.2% (RM0.585). Hari ini membentuk kandle marubozu bearish, perlu berwas-was.
7 Dec 2020: Edgenta mesti mengatasi rintangan RM2PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Edgenta
1. Harga ditolak oleh EMA jangka Panjang dan mula penurunan.
2. Harga menyentuh 52 mingguan terendah pada RM1.84 dan mula melantun naik.
3. Harga semasa disokong oleh EMA jangka pendek, serdang mencuba mengatasi EMA jangka sederhana dan zon fibo 23.6% (RM2.00).
Hengyuan [S] 4 Dec 20 : Kenaikan parabolic1. Kenaikan yang dibuat oleh Hengyuan agak parabolic dan cepat
2. Breakout chart pattern seakan-akan double bottom dan hampir mencapai target dalam masa yang singkat
3. Berhati-hati dan tengok arah pergerakan
4. Sekiranya membuat pullback dan membuat support, ada peluang
5. Kenaikan yang telah banyak pastinya memerlukan rehat sementara
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"