Dec20
Menanti Peluang TerbaikKaunter ini jika dilihat sebenarnya masih mempunyai peluang untuk pergi lebih tinggi. Namun, satu perkara biasa bagi kaunter bergerak secara zig zag sebelum meneruskan kenaikan. Pada pemerhatian saya, ianya mungkin akan mencari EMA6 atau EMA9 sebelum melantun kembali dan meneruskan perjalanan ke atas.
Penulisan sekadar kajian sahaja.
Boleh Mula PerhatiINTA sudah boleh mula diperhatikan kerana ianya dilihat bakal menuju ke harga ianya dilahirkan dulu iaitu 0.330. Untuk short, perhati rapat kaunter ini apabila ianya berdekatan dengan garisan EMA6 dan EMA9 untuk melakukan entry. TP di rintangan terdekat terlebih dahulu sekiranya tiada jumlah dagangan yang besar dicatatkan. Sekiranya pecah, entry perlu dilakukan menggunakan teknik BOB.
Penulisan sekadar kajian sahaja.
Onak Duri Perlu DitempuhiPelbagai onak dan duri perlu dilalui oleh kaunter ini sebelum mencapai harga 50 sen. Pertamanya ianya dilihat perlu melepasi paras rintangan 0.460 sebelum mencuba untuk kembali ke paras 0.500. Berdasarkan indikator seperti yang ditunjukkan, potensi untuk kaunter ini mencuba ke paras 50 sen agak cerah.
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran.
Berlegar Di Kawasan Rintangan KuatT7GLOBAL ni bukan nak kata tak menarik, cumanya kelihatan ianya sedang mencuba memecahkan halangan yang agak kuat pada paras 0.470 ini. Kemungkinan apabila berjaya melepasi paras ini dengan jumlah dagangan yang tinggi barulah menarik untuk entry bagi yang belum masuk. Paras 0.445 juga dilihat sebagai paras sokongan kuat sekiranya tidak berjaya melepasi 0.470.
Penulisan bertujuan kajian sahaja.
Sudah On Track RasanyaSMTRACK buat masa ini berada pada paras harga 0.200 iaitu di paras rintangan bagi kaunter ini. Untuk berdagang short, jadikan paras 0.200 sebagai sokongan manakala paras 0.225 sebagai TP terdekat. Jika terus naik, kaunter ini dijangka akan menuju ke rintangan-rintangan seperti yang digariskan.
Penulisan sekadar untuk pembelajaran sahaja.
Nampak Macam Nak Ke SituTMCLIFE ni nampak gaya macam nak ke downtrendline tu cuma nya bila masa tidak lah berani saya nak cakap. Semuanya berdasarkan kajian saya yang newbie sahaja. Untuk pelaburan jangka masa panjang mungkin ianya berbaloi kerana fundamental kaunter ini juga agak baik.
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran.
KANGERMelihat pada TA, Kanger masih di dalam fasa sideways selepas membuat kenaikan tertinggi pada 22 Sept mencecah harga 33sen. Baru-baru ini Kanger melaporkan kerugian di dalam perniagaan mereka ekoran kurang permintaan terhadap produk berasaskan buloh. Kanger juga menyatakan ingin memasuki sektor glove pada sebeleum ini, dan beberapa minggu lepas, menyatakan telah mendapat sokongan daripada Kementerian Sains dan Teknologi bagi mendapatkan bekalan mengedar vaksin. Ingin saya ingatkan yang bekalan mendapatkan vaksin ini tidak mudah diperolehi dengan senang wenangnya terutama bagi organisasi private. Semestinya penghasil vaksin ini akan menjualnya pada sesebuah negara dahulu bagi kepentingan diplomat dan mengekalkan penguasaan pasaran dunia. Pada 4 dec juga, boss Kanger ini telah menjual sebanyak 150juta shares pada harga 17.5sen. Jika kanger ini terbaik, kenapa beliau menjual pegangan saham di dalam syarikat yang dibawanya dengan jumlah yang sangat besar??
MBSBMBSB melaporkan peningkatan pendapatan yang tidak begitu besar akan tetapi jumlah keuntungan selepas cukai yang sangat ketara. Ini disebabkan dari peruntukan penurunan nilai pinjaman yang rendah daripada kerajaan. Jika ini berterusan, Mbsb pada harga 62sen adalah sangat rendah kerana nilai FAV mbsb adalah pada sekitar 74sen-80sen.