SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 3) Paparan 4 JamKembali kita kepada perbincangan pergerakan harga kaunter ini pada hari selasa depan (4/6/2021). Ini bukan ramalan, namun kajian ini adalah berasaskan indikator tekanan niat belian. Seperti yang dapat kita lihat 2 lilin terakhir jelas menunjukkan tekanan jualan yang tinggi, ini jelas menunjukkan harga seterusnya ialah menurun dan mencari support terdekat. Persoalannya, dimanakah support terdekat itu?
Berdasarkan carta, saya senaraikan SnR seperti dibawah:
S1: 0.755
S2: 0.72
R1: 0.79
R2: 0.835
R2: 0.845
Dinamik
SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 2) Paparan HarianSecara teknikalnya kita akan bincangkan arah tuju kenaikan dan penurunan kaunter ini, seperti yang dibincang dalam siri 1, misi mencari dasar yang kita tekankan berkaitan harga support terhampir ialah pada harga 0.72. kita andaikan kaunter ini akan mula "rebound" pada harga tersebut kemanakah halatujunya?
Berdasarkan pergerakan harga, besar kemungkinan ia akan mula melawan arus resistance yang pertama iaitu pada harga 0.835 dan kemudian mula mencari rentak, sekiranya ia berjaya memecahkan resistance EMA5 pada harga 0.93, besar kemungkinan harga akan kembali bernilai RM1 ke atas.
Secara ringkas saya senaraikan SnR seperti dibawah:
Support: 0.72
R1: 0.835
R2: 0.92
R3: 1.1
SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 1) Paparan TF MingguanSerba Dinamik nama yang asyik dibincangkan secara hangat dikalangan para trader dan pelabur. Berberapa siri kejatuhan menjadikan keyakinan untuk melabur kian pudar. Dari hari kehari penurunan mencari dasar untuk berpaut sebelum membuat pendakian dibina, dan semakin lama semakin rendah harga yang disinggahi.
Persoalannya dimanakah harga support yang ideal?
Berdasarkan carta mingguan ini dapat kita lihat, support terendah ialah kejatuhan pertama ketika IPO mula disenaraikan iaitu pada harga 0.72.
Secara logiknya, ramai yang berimpian untuk memiliki saham Serba Dinamik dan pasti ramai yang menunggu pada harga tersebut. Namun situasi sebenar ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan untuk memasukkan dana pelaburan, risau ia akan jatuh lebih rendah.
Pilihan di tangan anda, buat pilihan yang tepat.
Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Namun lebih teruk lagi, jika anda langsung tiada membuat perancangan.