DOLPHIN Baru Bersilang MA 5 11DOLPHIN dilihat menarik apabila Moving Average 5 dan 11 bersilang. Petanda yang baik bagi pedagang jangka pendek. Ia sedang berada pada paras sokongan yang kuat pada garis trend sokongan. Boleh perhatikan jika ia boleh memecah garis trend rintangan untuk meneruskan kenaikan. Ia sedang mencari MA100.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
DOLPHIN
Dolphin-Ikan ni nk berlumba-lumba dah ke?DOLPHIN (5265)
DOLPHIN INTERNATIONAL BERHAD
Category : Industrial Products & Services - Main Market
Pergerakan harga menunjukan ada momentum positif untuk harga bergerak lebih tinggi disokong dengan indicator EMA7 telah bersilang dan telah berada di atas EMA50. Secara teorinya harga mampu untuk bergerak lebih jauh.
Paras Rintangan terhampir : 0.125
Paras Sokongan terhampir :0.11 (Kemungkinan RBO jika harga kekal diatas nilai ini)
#Sekadar pembelajaran
#Bukan Sell atau Buy call
#Sekadar Coretan Carta
Tinggalkan komen yang membantu atau memberikan semangat. Bersama kita kuasai pasaran.
DOLPHIN - PABILA MA20 MENYENTUH MA50Ibarat bunga api roket dicucuh lighter......shhhiiiiuuuuuuutttttttt kebooom
12 PENNY STOCKDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx
REFER CHART FOR DETAILS
Stocks that have price of 50 cent and below in Bursa Malaysia.
Menjadi minat retailers memandangkan harga nya relatif lebih murah berbanding stock lain,
Namun kebanyakkan penny stock ini tidak mempunyai background Fundamental yang kukuh dan
sedang mengalamai kerugian berdasarkan quarterly report.
Jika berminat, dinasihatkan untuk disiplin membuat
1- Tidak mengejar harga agar tidak tersangkut di puncak harga
2- Trading plan agar jelas kedudukan entry dan exit beserta risiko yang sanggup di terima
3- CUT LOSS, jika break support atau patah trendline
TRADE AT YOUR OWN RISK (TAYOR)
Dolphin sedang cuba memecahkan rintanganDOLPHIN telah membentuk pattern cup and handle. Sekarang sedang cuba memecahkan neckline setelah gagal beberapa kali. Diharapnya beliau mendapat kekuatan super saiyan secepat mungkin.haha. RBS- 130. R 190/250. Sekadar kajian dan pembelajaran. Sediakan trading plan masing2. TAYOR.
DOLPHIN Cubaan Memecahkan Neckline untuk Pattern Cup & HandleDOLPHIN telahpun memecahkan garisan menurun 4 tahun (sejak dilahirkan) pada bulan julai yang lalu. Kemudian mula membuat pendakian menaik tetapi agak perlahan. Daripada chart pattern semasa, DOLPHIN sedang membentuk patterrn cup & handle di mana neckline adalah di aras 0.130. Dapat dilihat pada chart aras 0.130 memang kuat dimana telah berlaku beberapakali penolakan (rejection) candle disitu. Oleh itu, jika DOLPHIN mampu untuk memecahkan aras 0.130 ini, secara teorinya DOLPHIN akan mempunyai cukup kekuatan dan momentum untuk mendaki ke aras yang lebih tinggi. Aras target adalah di 0.250. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
REVIEW DOLPHIN (5265) LANDED ATAS TRENDLINE (15/08/2020@09:54pm)DOLPHIN INTERNATIONAL BERHAD (5265)
SECTOR: INDUSTRIAL PRODUCTS & SERVICES
TOTAL SHARE ISSUE: 244,200,000
PUBLIC FLOAT %: 43.25%
SYARIAH: YES
Harga DOLPHIN gagal memecahkan resistance 0.135 (3yrs Resistance) pada minggu ini dan telah retrace ke area trendline 0.085 yang juga bersamaan dengan EMA50. Aggressive traders boleh mencuba harga area trendline (bocor trendline CL). Conventional traders boleh tunggu reversal signal. MACD telah melakukan death cross pada 13/08/2020 dalam keadaan bullish (atas line 0).
SILA KAJI FA @ CANSLIM SENDIRI... 😁😁😁
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
DOLPHIN (5265) CUBA TEMBUSI PARAS 3YRS SBR (05/08/2020@10:40pm)DOLPHIN INTERNATIONAL BERHAD (5265)
SECTOR: INDUSTRIAL PRODUCTS & SERVICES
TOTAL SHARE ISSUE: 244,200,000
PUBLIC FLOAT %: 43.25%
SYARIAH: YES
Hari ini (05/08/2020), harga DOLPHIN telah mencecah paras RM0.135 yang merupakan paras SBR sejak 3 tahun yang lalu. Paras ini merupakan halangan yang agak keras untuk ditembusi jika dilihat dari sejarah yang lalu. Harga berpeluang cerah untuk bergerak lebih tinggi jika berjaya menembusi halangan tersebut dengan jumlah volume yang kuat. Garis-garis pada chart boleh dijadikan panduan untuk mengukur risk & reward ratio sendiri.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
DOLPHIN Teruskan RenanganSelepas 2 hari ditutup dengan candle doji, harini kelihatan volume yang banyak serta minat belian terhadap DOLPHIN.
Harga tertinggi harini pada pada RM0.135.
Pada pandangan saya, akan meneruskan momentum menaik sehingga RM0.18.
DOLPHIN Bakal Terbang Lebih TinggiMinggu lepas, adjusted price berlaku pada saham Dolphin akibat penerbitan Right Issue.
Ramai yang panik akan keadaan ini. Ramai juga yang tidak tahu ini adalah peluang terbaik untuk Dolphin melonjak lebih tinggi.
Hari ini, Dolphin baru sahaja memecahkan resistance @ RM0.115. Mampukah DOLPHIN terbang lebih tinggi?