Dradli
KLCI carta menarik untuk reversalSaya menjangkakan KLCI akan membuat reversal dan memecah rintangan untuk naik sehingga 1690. Ini adalah berdasarkan pattern W atau double bottom dan pada hari ini, KLCI berada di rintangan neckline. Jika KLCI dapat memecah rintangan, jangkaan akan naik sehingga 1687 @ 1690 jika dibundarkan.
PCCS PCCS telah mengalami penolakkan harga kerana lapuran QR yang tidak memberangsangkan. Walaubagaimanapun harga masih di atas sokongan mingguan. Perhatikan sama ada penjualan berterusan atau membuat pembalikan arah menaik. Candle menunjukkan pembentukan doji dengan body yang kecil yang berkemungkinan akan membuat pembalikan.
Contoh Zecon menggunakan Fibonacci Extension.Contoh Zecon menggunakan Fibonacci Extension.
Jika fibonacci extension digunakan, harga boleh meningkat kepada nisbah 1.00 iaitu RM0.515 dan boleh meningkat kepada nisbah 1.618 iaitu pada harga RM0.625. Ini adalah jangkaan menggunakan Fibonacci extension dan bergantung kepada permintaan saham Zecon. Carta menggunakan TF mingguan. Menurut kepada indikator teknikal harga entri adalah pada RM0.30 dan boleh meletak CL menurut kaedah masing-masing seperti ATR. Kontra tidak galakkan.
Fibonachi RetracementFibonacci retracement (0.23, 0.382, 0.500, 0.618, 0.786)
Contoh Fibonacci retracement adalah apabila sesuatu saham itu mula membuat pembalikan selepas uptrend. Pembalikan harga yang menurun boleh dijangka berdasarkan Fibonacci retracement. Sila lihat nisbah Fibonachi yang di sebelah kiri carta dan perhatikan pergerakan harga seperti mematuhi nisbah Fibonacci itu.