FBMKLCI (Nyawa-Nyawa Ikan)FBMKLCI hari ini ditutup pada paras RM 1573.51 dengan penyusutan sebanyak -2.22% berbanding harga ditutup semalam. FBMKLCI dijangka menuju ke 'support area' pada paras RM 1560 - RM 1570. Jika harga tembus atau jatuh melebihi paras 'support area' ini, harga berkemungkinan akan menuju ke support seterusnya pada paras RM 1450.
MA 200 juga perlu diperhatikan. FBMKLCI sekarang masih uptrend untuk long term kerana harga masih berada di atas MA 200 tetapi penurunan terendah hari ni telah menyentuh MA 200. Adakah FBMKLCI mampu bertahan di atas MA 200?
Nota kaki:
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
EMAS
EMAS (Arus Penurunan yang Sukar Dilepasi)EMAS masih di dalam mood downtrend. Sebelum ini, EMAS berlegar² di kawasan RBS tetapi tidak mampu lagi melepasi downtrend line dan MA 50 (rujuk garisan ungu). EMAS dijangka menuju ke paras support pada RM 220/gram sebelum membuat keputusan samada ingin meneruskan penurunan atau rebound dan kembali meneruskan kenaikan.
Kejatuhan EMAS ini dikaitkan dengan pengukuhan matawang US Dolar dan US Treasury Yield yang meningkat.
Nota kaki:
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* RBS = Resistance Become Support.
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Rintangan atau bumbung harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
EMAS (Adakah Harga Mampu Melawan Arus Penurunan?)Harga EMAS berlegar² di paras SBR iaitu pada sekitar harga RM 230/gram. Adakah harga mampu memecahkan downtrend line? Jika harga mampu memecahkan downtrend line, harga berpotensi bertukar arah kepada uptrend atau sideways. Jika harga tidak mampu memecahkan downtrend line, harga berkemungkinan akan turun semula ke support sekitar harga RM 220/gram.
Nota kaki:
* SBR = Support Become Resistance.
* Uptrend = Keadaan di mana harga menaik.
* Sideways = Keadaan dimana harga bergerak mendatar.
EMAS (Dua Garisan Penting untuk Dilepasi)- EMAS masih di dalam mood downtrend.
- EMAS meneruskan penurunan sehingga ke paras RM 220/gram.
- Kemudian EMAS dilihat rebound sehingga ke paras SBR. Paras ini penting untuk dilepasi tetapi EMAS dilihat tidak berjaya untuk melepasi paras SBR ini. Jadi, kemungkinan kenaikan ini hanya technical rebound atau dead cat bounce sahaja.
- Setelah melepasi garisan SBR ini, EMAS perlu melepasi garisan downtrend line pula untuk bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sideways.
- Kemungkinan EMAS akan jatuh semula di atas new support. Setelah jatuh di paras new support, amat penting untuk dilihat samada EMAS jatuh melebihi paras new support atau cuba untuk rebound semula. Jika harga EMAS jatuh melebihi paras new support, EMAS akan meneruskan penurunan dan mencari support terbaru manakala jika harga EMAS rebound kembali, kita perlu perhatikan samada harga mampu memecahkan SBR atau tidak.
Nota kaki:
* Downtrend = Penurunan / Harga menurun.
* Rebound = Harga melantun keatas.
* SBR = Support Become Resistance. Paras harga RM 230/gram sebelum ini adalah support (lantai) terkuat untuk EMAS tetapi apabila EMAS jatuh di bawah support (lantai) ini, support (lantai) ini menjadi resistance (rintangan) pula bagi EMAS.
* Technical rebound dan dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika 'harga jatuh secara keseluruhan'.
* Uptrend = Kenaikan / Harga menaik.
* Sideways = Harga mendatar.
* New Support = Lantai baru.
EMAS (Sudah Bertemu Lantai Baru untuk Bertapak?)Idea analisis:
- EMAS masih berada dalam keadaan downtrend.
- Setelah jatuh di bawah support terkuat iaitu RM 230/gram, EMAS dilihat membuat support terbaru di paras harga RM 220/gram. Ini dikuatkan lagi dengan indikator Stochastic RSI yang membuat cross up di paras oversold.
- Adakah RM 220/gram merupakan support terakhir EMAS sebelum meneruskan perjalanan ataupun EMAS akan turun lagi mencari support terbaru?
Nota kaki:
* Stochastic RSI oversold = Line Stochastic RSI berada di bawah paras 20.00.
* Stochastic RSI cross up = Line biru bersilang ke atas line merah.
EMAS (Percubaan Memecahkan Arus Penurunan)Emas rebound diatas support terkuat iaitu pada harga RM 230/gram. Tiga hari harga emas bermain di kawasan support terkuat ini dan pada hari ni, emas dilihat cuba untuk rebound dan meneruskan kenaikan. Adakah harga emas akan meneruskan kenaikan sehingga ke RM 250/gram atau meneruskan kenaikan sementara kemudian turun kebawah harga RM 230/gram? Sama² perhatikan samada harga mampu memecahkan downtrend line atau sebaliknya.
Nota kaki:
* Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang descending triangle, boleh klik pautan di bawah 👇
EMAS (Semakin Membimbangkan?)Emas sekarang berada di paras support terkuat iaitu pada sekitar harga RM 230/gram. Ini merupakan kali keempat emas turun ke paras ini sejak April 2020.
Pada pertengahan Julai 2020, emas telah berjaya melepasi harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai support terbaru. Kemudian, tidak lama selepas itu emas turun semula di bawah harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai resistance semula. Emas juga telah jatuh di bawah MA 200 menjadikan emas berada dalam keadaan downtrend.
Satu bentuk atau pattern yang yang menarik dapat diperhatikan dalam graf ini iaitu 'head and shoulders'. Pattern ini kebiasaannya mendorong harga untuk jatuh kebawah lagi. Adakah harga emas akan rebound semula atau akan jatuh dengan drastik?
Nota kaki:
* Support = Lantai. Kebiasaannya harga akan naik semula apabila turun sampai ke paras lantai ini.
* Resistance = Rintangan / Bumbung. Kebiasaannya harga akan turun semula apabila sampai ke paras rintangan ini.
* MA 200 = Moving Average 200. Purata pergerakan harga untuk 200 hari kebelakang. Kebiasaanya apabila harga berada di atas MA 200, harga dikira stabil dan menaik manakala apabila harga berada di bawah MA 200, harga dikira membimbangkan dan menurun.
* Downtrend = Harga menurun.
* Rebound = Melantun semula ke atas.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan dimana lantai menjadi rintangan / bumbung.
* Head and Shoulders = Kepala dan Bahu. Kebiasaanya bentuk ini menggambarkan bahawa harga akan menurun.
NICE-WA masih berlegar dalam kotak1. Warrant kepada kaunter emas NICE dalam sektor CONSUMER PRODUCTS. Tarikh maturity pada 22 Jan 2024 .
2. Kenaikan tertinggi harga adalah pada 7 Ogos 2020 di mana pada ketika itu harga emas mencecah 2075 USD. Namun setelah itu rebah ke bawah.
3. Kelihatan harga masih berlegar-legar dalam kotak (warna purple) antara 0.200 ke 0.250. Walaupun harga emas terciduk atau meningkat naik, harga kaunter ini masih berlegar dalam linkungan tersebut. Selain itu, kaunter ini masih dalam DOWNTREND.
4. Jika harga dapat memecahkan 0.250 dan harga emas dunia kembali ke paras melebihi 1900 USD ke atas, boleh la sediakan SNR bagi kaunter ini.
Nota:
1. Sekadar pembelajaran.
Terima kasih
GOLD (Misteri RnR 1775)- Baru baru ni, emas menurun dengan drastik setelah terkeluar daripada lingkungan accumulation (pengumpulan).
- Sebelum ini, emas bertahan di support 1800 selama 3 hari.
- Dua candle hijau di atas support 1800 memberikan petanda palsu untuk emas rebound.
- Emas kemudian jatuh lagi dan membuat support baru pada 1775.
- Emas berehat sebentar kemudian muncul satu candle hijau yang besar menelan dua candle merah.
- Adakah ini dikira Fresh Rebound atau hanya Fake Rebound?
Nota:
*support = lantai / RnR.
*fresh rebound = Harga mula melambung naik.
*fake rebound = Harga nampak seperti melambung naik tetapi tidak (petunjuk palsu).
EMAS (Singgah di RNR untuk teruskan atau batalkan perjalanan?)Harga emas dunia sekarang masih dalam mood accumulation tetapi semalam ia telah terkeluar daripada area acculumation dan bermain di area sokongan/support kedua.
Jika harga emas jatuh lalu memecahkan sokongan/support kedua, mungkin harga akan semakin jatuh.
Adakah emas hanya singgah di sokongan/support kedua atau memecahkannya?
Emas - Terpaksa Recount. Kenaikan sudah tamat!Kemaskini Emas:
Dengan penguatan US Dollar, kenaikan Emas mungkin bakal terhenti.
Admin telah menukar kiraan gelombang kerana kiraan sebegini lebih tepat.
Wujud corak 'pennant' / 'triangle' dan ada pendapat dalam analisis Elliott Wave bahawa 'triangle' tidak berada di posisi gelombang kedua.
Sekiranya kemungkinan ini diambil kira, Emas sudah menyiapkan 3 gelombang korektif dan kita bakal menyaksikan penurunan harga yang lebih banyak.
Abang Doji.
Hujan EMAS di Negeri Sendiri!Dengan harga komoditi emas yang melonjak naik akibat kelemahan matawang USD, kaunter-kaunter di pasaran Bursa yang berkaitan dengan Emas turut melonjak ke atas.
Selain sektor kesihatan, sektor ini mendapat minat yang tinggi pada minggu dagangan yang lepas.
Adakah minggu hadapan kita akan saksikan lebih banyak kenaikan?
Idea Dagangan Untuk Posisi Jualan Emas+ Harga Emas sedang melakukan pembetulan harga setelah melakukan terjunan berturut-turut pada minggu-minggu lepas
+ 'Pullback' kemungkinan akan berlaku di paras-paras Fibonacci Retracement di carta D1
+ Untuk TF yang lebih kecil H4, terdapat isyarat jualan pada petunjuk RSI dan Stochastic yang berada di paras 'Over Bought'
+ Jualan pada harga semasa atau tunggu di paras FR 38.20 atau 23.60
+ Take Profit di paras 100 dan 161.80
+ Stop Loss jika harga menembusi paras 0 atau paras tertinggi pada 9 Mac