Analisa & Idea Dagangan EmasAnalisa
1. Emas gagal untuk memecahkan harga di paras rintangan sekitar 1323.00
2. Mencadangkan fasa pembetulan harga sedang berlaku
3. Paras sokongan sekitar 1303.00-1305.00 menjadi tumpuan terbaik untuk membeli semula
4. Trendline di carta D1 masih lagi menunjukkan momentum belian
Idea Dagangan
1. Buy Limit di paras antara 1303.00-1305.00
2. Take Profit di paras 1341.00
3. Stop Loss di bawah paras BRN 1300.00
EMAS
Teknikal Analisis Gold 29 Oktober 2018Gold pada jumaat lalu telah memecahkan rintangan yang terdapat pada 1238.00 kemudian kembali membuat tarikan semula hinggalah tutup pada harga 1233.06 Berdasarkan analisis, selagi pasaran bergerak di atas sokongan (biru) yang terdapat pada titik 1229.00 maka ianya relevan untuk terus mengukuhkan posisi kenaikan. Kami menjangkakan ianya akan cuba mencapai sehinggalah berjaya mencecah garis rintangan yang terhampir iaitu di 1260. 00 Namun sekiranya pasaran beralih arah dan bertindak memecahkan garis sokongan 1229.00 maka pasaran bakal turun sekurang kurangnya menjejak harga 1225.00 Semoga berjaya!
Resistance Dan Support Terhampir 1. Pasaran Gold kini bergerak dalam keadaan ''Major Downtrend''.
2. Rejection yang berlaku di kawasan ''Support Become Resistance'' tersebut menyebabkan pergerakan harini menurun dan telah berjaya membentuk ''Bearish Engulfing'' di kedudukan yang betul.
3. Kapasita.com menjangkakan pasaran ini akan meneruskan perjalanan ''Downtrend'' sehingga ke kawasan paras harga ''Key Support'' yang ditanda.
4. Para pedagang dinasihatkan menggunakan ''Money Management'' yang sesuai dengan meletakkan ''Stop Loss'' dan ''Take Profit'' mengikut ''Volume'' dan ''Win Ratio'' yang bersesuaian.
Analisa & Cadangan Dagangan Emas (Swing)Analisa :
1. Harga berada di atas EMA250, memberi isyarat ruang pada belian
2. Pembetulan harga berlaku sehingga ke paras Fibonacci 23.60 namun proses lonjakan semula belum tamat di paras 100.00
3. Kenaikan harga Emas masih disokong kuat oleh garisan 'trendline' menaik jangka masa panjang
4. Sejarah trend menunjukkan harga emas mendapat permintaan baik pada awal tahun
5. Harga perlu tembus di atas 1360.00 untuk mencapai sasaran jangka masa panjang di 1400.00
Cadangan Dagangan :
1. Dip-BUY pada Emas atau melakukan BUY LIMIT pada paras harga 1307.00
2. Pandangan 'bullish' terhadap Emas akan musnah jika harga mampu kukuh di bawah paras 1204.00
3. Sasaran masa pendek-sederhana adalah di paras 1360.00 manakala sasaran jangka masa panjang di paras 1400.00