Evergreen habis Subwave 1 of Wave 3Sebelum ni salah kira, ingat dah habis cycle subwave 1 , rupanya harini dia buat batang merah pengakhiran subwave 1.
Kalau dah macam tu besar sell, lambat lagi kot nak naik untuk mulakan subwave 3.
Kita delist dulu dari watchlist. MA dah susun cantik semula kita tengok dia balik.
Evergreen
EVERGREEN Kajian Semula ( Dengan itu kajian semalam terbatal)Semalam saya ada pos kajian EVERGREEN .
Harini saya kaji semula di carta minggu, Evergreen ni dah hampir menuju ke destinasi terakhir iaitu main wave 5.
Sekarang ia sudah menuju ke SUBWAVE 4, Nak masuk tunggu timing yang sesuai, apabila ia pullback ke RBS atau MA 20 atau MA 50. Lagi cantik kalau serentak di RBS dan di MA 20/50.
Dengan itu kajian saya yang sebelum ini terbatal.
Hanya kajian EW saya untuk rujukan di masa hadapan. Tayor
EVERGRN mahu buat new 52-week high?Indicator-indicator menunjukkan signal untuk beli bila harga siang tadi melepasi 0.440
Esok boleh EP dengan harga sekitar 0.440
TP mengikut garis yang saya buat, saya target untuk capai 0.500
Support panjang adalah pada 0.400 atau patah trendline yang dilukis. Tapi trendline tu curam, jadi take it easy
ini bukan buy call, hanya untuk tujuan kajian dan pembelajaran.
Saya doakan kita semua untung dalam saham.
TAYOR
Evergreen Menarik Untuk DiperhatikanEvergreen berpotensi untuk surf Bollinger Band. Strong Resistance di 0.315 manakala strong support di 0.275. Indicator TCT Meg Pro menunjukkan hot money telahpun masuk semalam. Begitu juga dengan indicator TCT Rocket Pro menunjukkan Evergreen bermula membuat Bullish Directional Movement. Sama-sama kita follow rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).