HPMT (Mencipta Pencapaian Terbaru Setelah Berjaya Pecahkan Cup)Sektor:
- Industrial Materials, Components & Equipment, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, HPMT dilihat membuat keuntungan dan hasil (revenue) secara konsisten. Kentungan meningkat YoY sebanyak 5.9% manakala hasil (revenue) menurun YoY sebanyak -8.62%. HPMT juga menawarkan dividen dan kelihatan dividen yang diberikan meningkat sebanyak 2.26 untuk tahun 2021 (1.38 sen sesaham) berbanding tahun 2020 (1.24 sen sesaham).
- Dari sudut Teknikal, HPMT dilihat telah breakout ATH dan cup and handle pattern dengan volume yang sangat signifikan. Harga juga dibuka gap up ketika ini.
- Jika mengikut teori cup and handle pattern, HPMT berpotensi menuju ke RM 0.895 dengan keutungan sebanyak 53.82%.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Freshbreakout
0056 GRANFLO : FRESH BREAKOUT DENGAN VOLUMEVolatility : Tinggi
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 2%
Volume tertinggi pernah dicapai (30 Hari) : 300.71 Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 0.700
Harga Terendah 30 Hari : 0.300
Ditutup pada 0.685 pada 18 Mac 12.30 tgh hari. Buy rate sekitar 56%. Volume meningkat secara mendadak hari ini berbanding hari sebelumnya.
Harga BREAKOUT harga tertinggi sebelumnya. Dijangka akan terus naik selama beberapa hari.
Antara Support dan Resistance yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:-
R-1 : 0.700
SBR-1 : 0.555
Moga dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang tepat di dalam pelaburan. Semoga berjaya