GCB
GCB - CokelatGCB, jika dilihat FAV 18 Jun adalah pada harga 3.4 dan telah dicapai pada 6 Aug sebanyak 28.99% di dalam masa 49hari. Sektor cokelat dilihat kurang mengalami impak krisis ekonomi lepas walaupun pkp dilakukan. GCB mendapat impak positif walaupun mco dilakukan dengan melihat peningkatan pada jumlah keuntungan dan jualan. FAV seterusnya bagi GCB adalah pada RM4.36 dengan keuntungan sebanyak 28% jangkaan di dalam masa 2-3bulan.
GCB (5102) - ALL-TIME HIGH STOCK (14/08/2020@11:33AM)GUAN CHONG BERHAD (5102)
SECTOR: CONSUMER PRODUCTS & SERVICES
SUB-SECTOR: FOOD & BEVERAGES
TOTAL SHARE ISSUE: 1,025,329,334
PUBLIC FLOAT %: 20.77% (812,348,832)
SYARIAH: YES
Guan Chong Berhad adalah syarikat yang berpangkalan di Malaysia yang menjalankan perniagaan pemegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan. Syarikat mempunyai tiga segmen: Malaysia, Singapura dan Indonesia. Anak syarikat Syarikat terlibat dalam menghasilkan bahan makanan yang berasal dari koko; pembuatan, pemasaran dan promosi produk berkaitan koko; aktiviti pemasaran dan promosi produk dan coklat yang berkaitan dengan coklat; membeli dan mengedar bahan makanan yang berasal dari koko, dan pegangan pelaburan. Anak syarikat Syarikat termasuk Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn. Bhd., GCB Foods Sdn. Bhd., GCB Marketing Sdn. Bhd., GCB Speciality Chocolates Sdn. Bhd., GCB America, Inc, Cocoarich Sdn. Bhd. Dan GCB Oversea Holdings Corporation.
GCB merupakan syarikat yang konsisten mencatatkan keuntungan yang semakin meningkat jika dirujuk pada setiap QR yang dilaporkan. Harga juga kembali mencatatkan peningkatan dan berjaya mencapai paras All-Time High (harga selepas adjustment kerana memberi bonus issue & free warrant pada 04/11/2019).
Paras tertinggi pernah dicapai sebelum adjustment ada pada RM5.03 (21/10/2019).
Pendapatan GCB tidak terjejas walaupun dunia dilanda wabak COVID-19 pada masa ini. Dividend Yield adalah pada paras 1.42%.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyouownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
GCB - Masih menunggu pengakhiran koreksi [NS]GCB - Masih menunggu pengakhiran koreksi
GCB harini membentuk lilin 'spinning top'. Harga dijangka akan berlegar sekitar 2.6-2.7, sehingga sentimen market pulih.
Baru melalui 3 hari penjualan dengan volume yang agak signifikan.
Masi lagi dalam watchlist, syarikat GCB mempunyai nilai P/E yang rendah pasti menjadi tumpuan di kalangan pelabur.
Tambahan dengan QoQ, dan YoY yang sentiasa menaik - hampir memenuhi semua kriteria CANSLIM.
Sedikit info - GCB mengeluarkan
(1) bahan utama makanan koko yang diperolehi
(2) pembuatan, pemasaran dan promosi produk berkaitan koko
(3) aktiviti pemasaran dan promosi produk berkaitan coklat
(4) membeli dan mengedarkan bahan makanan koko yang diperolehi
(5) pegangan pelaburan
GCB juga merupakan syarikat ke-empat terbesar untuk pengisaran koko.