CELGENE CORP BERPOTENSI UNTUK PERGERAKAN BULLISHCelgene Corp telah melanjutkan bias bullish yang ditunjukkan pada peringkat awal di dalam pattern “Bullish Harami”. Akibatnya, pergerakan ke atas didahului dengan garisan MA biru yang mewakili garisan MA 20-hari menyeberangi garisan merah MA 50-hari ke atas. Hal ini memberi pandangan positif, di mana ia memberi petunjuk bahawa terdapat lebih banyak lagi aktiviti membeli dalam sesi-sesi yang akan datang. Tambahan lagi, signal ke atas MACD dan bacaan di atas paras 50 mata yang ditunjukkan pada indicator RSI 14-hari menyokong pandangan kami dalam menjangkakan kenaikan harga yang berterusan.
Global
DOW MELANTUN DI ATAS SOKONGAN 200-HARI GARISAN MADow Jones melantun sebagai tanda unjuran gerakan positif semenjak pembentukan corak "Bullish Harami", yang menunjukkan peralihan pergerakan daripada arah bawah ke atas. Dari perspektif teknikal, perkara ini adalah isyarat penting yang menunjukkan bahawa sentimen pasaran bertambah baik, terutama sekali apabila isyarat positif ini muncul tepat di atas garis sokongan utama 200 hari merah MA. Perhatikan bahawa "Golden Crossover" juga boleh dilihat pada penanda "Slow Stochastic". Hal ini menunjukkan momentum mula berkumpul, menguatkan lagi pandangan positif kami.
Secara teknikalnya, kita melihat garis MA merah 200 hari sebagai penanda aras penting di mana indeks melantun untuk menamatkan sentiment lemah yang membawa Dow turun sekitar 5% dari paras teringi 27,000 pts sebelumnya.
Sokongan segera pada 26,278 pts diiukti oleh seokongan kedua 25,500 pts. Dalam masa yang sama, rintangan kuat kelihatan pada aras 27,000 pts.