GRANFLO 9 JUN 2021Pada Selasa yang lalu, Granflo baharu sahaja menembusi rintangan 0.655 yang agak kuat. Walau bagaimanapun, hari ini ada jualan dan belian besar yang berlaku dan telah menutup harga pasaran pada tanda harga 0.655. Ini lah yang dinamakan sebagai RBS. Yang pasti game dia hari ini main perasaan juga ya.
Kita perhatikan volume pada esok hari bagaimana.
Resistance : RM 0. 695
Support : RM 0.655, S2 : RM 0.625
Semasa : RM 0.655
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
GRANFLO
GRANFLO: Menuju Kearas Harga Tertinggi 52W (UPDATE)Tahniah bagi yang telah mendapat keuntungan. Seperti yang kita bincangkan melalui tulisan yang lalu, granflo berada di hujung pennant dan kini berjaya menembusi garisan trend menurun dan mencanak tinggi. Namun kemanakah halatujunya selepas ini? Kebarangkalian untuk harga akan bergerak mencari support terdekat dan menandakan sedikit penurunan sebelum naik kembali.
SnR saya senaraikan seperti di bawah:
Support: 0.665
R2: 0.685
R3: 0.73
GRANFLO Bakal Mencuba Untuk Breakout?Sektor: Teknologi, IT Solutions / IT Produk, Perkhidmatan Digital
Analisa Fundamental
-Market Cap: 383 Juta
-Number of Shares: 603 Juta
-Perolehan : RM15.476 Juta
-Keuntungan sebelum cukai: RM461,000
-Keuntungan bersih: RM 78,000
-Merupakan syarikat yang konsisten membuat keuntungan walaupun sedikit kecuali pada tahun 2016.
- GRANFLO turut konsisten memberikan dividen kecuali pada tahun 2016, 2019 dan 2020.
Analisis Teknikal
Ciri-ciri pembentukan corak segi tiga ini ialah harga bergerak atas garisan selari manakala garisan bawah menunjukkan harga saham dalam keadaan menaik.
Kebiasaannya harga saham akan membuat breakout setelah membentuk corak ini. Breakout ini boleh berlaku ke atas atau ke bawah.
Merupakan continuation pattern yang akan meneruskan pergerakan sedia ada.
Psikologi pedagang melihat ini sebagai paten bullish.
Rumusan Carta GRANFLO
1. GRANFLO sedang melakukan uptrend. Setelah berjaya bertahan di atas garisan sokongan berkemungkinan akan menguji paras halangan pada RM0.66
Pergerakan akan menjadi menarik sekiranya berjaya memecahkan paras halangan pada harga RM0.660
2. Momentum RSI melebih 50 menunjukkan momentum belian yang semakin meningkat.
2. Indicator MACD di paras positif setelah melakukan Golden Cross.
Bagaimana mengawal risiko dengan sebaiknya?
1. Buy on weakness: Boleh menunggu dan melihat samada harga saham GRANFLO mampu bertahan di garisan sokongan atau tidak.
2. Buy on Breakout: menanti sehingga mampu melakukan breakout halangan pada RM0.66 beserta volum minat belian yang melebih hari sebelumnya.
Ingat jangan membeli di garisan halangan. Garisan halangan adalah masa untuk mejual. Membelilah di support untuk meminimakan risiko.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
GRANFLO: Menuju Kearas Harga Tertinggi 52WMelalui lukisan garisan trend, kaunter ini kini berada pada penghujung "pennant" dan dalam usaha untuk memecahkan garisan downtrend. Akur dengan garisan fibonaci dapat kita lihat juga persilangan garisan trend menandakan Support dan Resistance yang terkuat pada harga 0.635. Sekiranya harga dibuka lebih tinggi minggu hadapan, maka kebarangkalian adalah tinggi untuk menuju ke harga 52W tertinggi. Sama sama kita nantikan.
SnR saya sertakan di bawah:
Support: 0.635
R1: 0.660
R2: 0.685
R3: 0.73
GRANFLO (Dua Pilihan Jalan)Sektor:
- Technology, IT Product, Digital Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) GRANFLO dilihat uptrend sepanjang lima quarter berturut² pada Mei 2018 sehingga Mei 2019. Kemudian keuntungan dan hasil (revenue) menurun dan bergerak sideways. Pada quarter yang terbaru, GRANFLO telah mencipta keuntungan tertinggi. Keuntungan GRANFLO meningkat QoQ dan YoY. Walaupun begitu, hasil (revenue) menurun QoQ sebanyak -5.24% dan YoY sebanyak -26.27%.
- Dari sudut Teknikal, GRANFLO dilihat baru sahaja breakout bollinger squeeze.
- Kemudian, GRANFLO menurun tetapi volume penjualan tidak melebihi separuh volume pembelian sebelum ini.
- GRANFLO dilihat rebound di atas mid bb sebelum meneruskan kenaikan semula.
- Terkini, GRANFLO dilihat seperti ingin rebound sekali lagi apabila berada lama di paras harga RM 0.545.
- Dua signal berbeza ditunjukkan oleh MACD dan Stochastic RSI.
1) MACD cross down di atas paras 0 menunjukkan GRANFLO masih uptrend tetapi harga mungkin membuat correction terlebih dahulu. Mungkin harga akan pullback sehingga ke atas mid BB sebelum rebound semula.
2) Stochastic RSI cross up menunjukkan harga sedang reversal atau rebound.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Correction = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang terbentuk apabila harga mula merapat yang menyebabkan bollinger bands juga merapat.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
0056 GRANFLO : FRESH BREAKOUT DENGAN VOLUMEVolatility : Tinggi
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 2%
Volume tertinggi pernah dicapai (30 Hari) : 300.71 Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 0.700
Harga Terendah 30 Hari : 0.300
Ditutup pada 0.685 pada 18 Mac 12.30 tgh hari. Buy rate sekitar 56%. Volume meningkat secara mendadak hari ini berbanding hari sebelumnya.
Harga BREAKOUT harga tertinggi sebelumnya. Dijangka akan terus naik selama beberapa hari.
Antara Support dan Resistance yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:-
R-1 : 0.700
SBR-1 : 0.555
Moga dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang tepat di dalam pelaburan. Semoga berjaya
Kajian Pelaburan Singkat Dengan Granflo Menggunakan EMA9Jika dilihat pada carta dan batang-batang lilin Granflo, dapat dilihat lilin-lilin kecil sedang mengesahkan aras sokongan didalam kotak seperti didalam carta. Harga juga membuat pantulan di garisan EMA9. Sekadar kajian, kemanakah aras tuju Granflo untuk jangkamasa singkat, adakah turun mencari kaki marubozu hijau di aras 0.350 atau kembali menguji kepala marubozu merah di aras 0.620? Sama-sama kita kaji mengkaji. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).