Corak Harmonic
Ayam CCK membentuk Regular Bearish Divergence?Apa itu (Regular) Bearish Divergence ?
Pergerakan trend sesuatu saham yang membentuk Regular Bearish Divergence dijangka akan berlakunya perubahan trend. Hal ini demikian disebabkan keadaan sesuatu saham itu dilihat kehilangan momentum untuk meneruskan pergerakan uptrend.
Walaupun berlakunya kenaikan harha yang lebih tinggi dalam sesuatu saham, namun minat belian semakin kehilangan momentum. Ini ditunjukkan melalui oscillator.
Kita akan melihat saham CCK daripada beberapa perkara:
1. Pembentukan pada chart apabila higher high terbentuk.
Harga CCK dijangka akan berpotensi untuk bergerak ke bawah disebabkan momentum belian yang semakin lemah telah berlaku. Saham CCK bergerak ke atas sehingga membentuk higher high namun sebaliknya pula berlaku di oscillator.
2. Indicator RSI dan MACD yang membentuk higher low telah menunjukkan momentum belian yang semakin lemah telah berlaku. Walaupun berlaku kenaikan harga pada carta namun momentum tersebut dilihat tidak mampu menolak indicator RSI dan MACD untuk menaik melebihi paras sebelum ini.
3. MACD setelah melakukan dead cross dan kini berada di paras negatif.
Berkemungkinan besar CCK akan kembali mencari garisan sokongan atau mencari tapak yang baharu untuk pergerakan selepas ini. Masa yang akan menentukan
*Fakta menarik: CCK merupakan salah satu saham yang bagus untuk dilabur kerana daripada menternak ayam sehingga ke penjualan ayam di pasaraya dilakukan oleh CCK sendiri. Mereka dapat memaksimumkan keuntungan. Ini dibuktikan dengan QR CCK sejak sebelum ini.
Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan regular bearish divergence dalam carta.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa Malaysia.
Jaga risiko, jaga support sebaiknya
ADVENTA bangkit atau?1) ADVENTA yang baru sahaja menguji di kawasan fibo 50% kelihatan sudah pun berjaya merentasi garis fibo pada 61.80% dengan kekuatan volume belian
2) untuk meneruskan kenaikan kepada harga sasaran pada kawasan D (3.040) perlu merentasi halangan pada garis B
corak carta : fibo, ABCD, sokongan dan rintangan
Sektor : Perkhidmatan Perubatan & Peralatan Penjagaan Kesihatan,
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
FREIGHT sudah habis atau?1) berpandukan pada corak AB=CD,FREIGHT kelihatan sudah pun mencapai sasaran pada 2.065
2) harga terkini masih menguji di garisan B, untuk meneruskan kenaikan, harga perlu membuat harga yang tinggi dari kawasan D
corak carta : ABCD, sokongan dan rintangan
Sektor : Perdagangan & Perkhidmatan,Pengangkutan & Perkhidmatan Logistik, Penghantaran Barang, Pergudangan
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
PCCS kembali?1) pccs bangkit semula selepas melawat kawasan emas fibo (C)
2) kebangkitan diiringi dengan volume belian yang kuat
3) untuk meneruskan kepada kawasan D, pccs perlu mengharungi kawasan B
corak carta : FIBO, ABCD
Sektor : Produk Pengguna, Pakaian, Barangan Peribadi
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Perabot jugak1D
Untuk kajian dan rujukan akan datang.
For study purpose and reference.
See Money Take Money 🤑💵 #tayor0509