HIBISCS - Menghadapi rintangan seterusnyaKomen untuk carta mingguan:
1) TrendX+ - lilin masih bergerak di bawah garisan arah aliran, walaupun garisan arah aliran dah tukar ke warna hijau pada hari Selasa tetapi dagangan belum lagi tamat bagi minggu ini, bermakna ia berpeluang tukar ke warna merah pada hujung minggu ini, jadi memantau dia hari nanti
2) DDX+ - HIBISCS dah turun sejak isyarat Bear yang muncul di minggu bermula pada 23hb Mei. Pada masa ini, kenaikan dalam beberapa minggu yang lepas dianggap sebagai lantunan terlebih jual
3) MCDX+ - kelebihan banker bar semakin kuat apabila HIBISCS pecahkan garisan rintangan B pada minggu lepas diiringi volum dagangan yang agak tinggi, manakala retailer bar (turquoise) masih menguasai lebih daripada banker bar dan hot money bar.
Rintangan & Sokongan :
R : Garisan leher A
S : (d) 0.605
PENAFIAN :
Analisis di atas SEMATA-MATA untuk tujuan kajian kes, bukan NASIHAT PAKAR SAHAM. Analisis ini tidak memberikan sebarang nasihat dagangan dan beli atau jual. Dagangan saham di atas risiko anda sendiri. Menjalankan dagangan saham hanya selepas anda memahami dan menerima risiko yang terlibat.
Hibiscs
HIBISCS Memecah garis Trend Kebawah1. HIBISCS membuat kenaikan yang tinggi semalam dengan 6% menunjukkan peningkatan permintaan untuk sektor minyak dan gas.
2. Ia juga caru memecah garis trend kebawah( BODTL).
3. Pada corak lilin, ia berjaya membuka dan menutup lilin diatas garis EMA100 menunjukkan petanda positif.
4. Petunjuk indi OSEM menunjukkan isyarat garis ungu menegak dan isyarat EP telah keluar menandakan potensi untuk meneruskan kenaikan.
5. Petunjuk SMI juga baru sahaja membuat pintasan keatas garis merah menunjukkan minat belian meningkat.
Kawasan masuk: 0.77 - 0.78
Ambil untung: 0.86
Potong Rugi: 0.755
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
HIBISCS [S]: Mungkinkah akan mandi minyak tahun ini? Saya memang tak berapa gemar sektor minyak ni kerana ianya dalam sektor cyclical dan komoditi.
Cuma menarik juga untuk lihat kaunter Hibiscus Petroleum yang berada di penghujung corak ascending triangle, setelah membuat pengumpulan sejak kejatuhannya pada awal 2020.
Baru-baru ini, OPEC gagal mencapai kata sepakat untuk menambah pengeluaran minyak. Maka ketidakseimbangan ini akan menyebabkan harga minyak lebih cenderung untuk terus naik.
Harga minyak mentah juga memang sudah lama menunjukkan kenaikan sejak kejatuhan teruk akibat pandemik COVID-19 ini.
Apa pun, melihat kepada carta, HIBISCS memang dalam fasa uptrend dengan membentuk HH dan HL.
Maka, sama-sama kita perhatikan ke mana perginya HIBISCS dan kaunter-kaunter minyak yang lain.
*Penafian: Ini hanyalah kajian persendirian, bukan saranan membeli mahupun menjual.
Hibiscs : Trade Guna Trendline1. Jika dilihat pada trend besar, kaunter ini dalam downtrend.
2. Sekarang berlaku minor uptrend/pullback untuk downtrend.
3. Jika dilihat pada upper trendline, sudah 2kali gagal dipecahkan. Ini merupakan resistance terkuat. Harga berkemungkinan akan mencari upper trendline sekali lagi.
4. Harga sekarang bergerak dalam lower trendline.
5. Jika gagal memecahkan upper trendline, harga akan menyambung major trend iaitu downtrend/meneruskan penurunan.
6. Jika dilihat ada volume pula, tidak ada volume yang melebihi volume sebelum ini (pelabur baru), hanya volume yang sama sahaja.
7. Jika nak trade, boleh entry pada lower trendline dan target profit pada upper trendline
HIBISCS Ada Gap Yang Perlu DitutupHari ini Hibiscs membuat kebangkitan dengan solid candle marubozu disokong oleh volume yang kuat. Jika diletakkan indicator Ichimoku Cloud, Hibiscs telahpun berjaya keluar dari awan ichimoku menunjukkan Hibiscs mempunyai cukup kekuatan untuk mendaki ke atas. Aras rintangan terkuat adalah di 0.710 dimana aras ini adalah aras untuk menutup gap down sebelum ini. Jika berjaya, Hibiscs sangat menarik untuk diperhatirapatkan. Aras target seterusnya adalah garisan menurun berwarna biru di aras 0.900 - 0.940. Sama-sama kita perhati rapat dah sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
HIBISCS Nampak Kuat Untuk Menukar TrendHIBISCS telah memecahkan trendline pendek disokong oleh volume yang kuat. Hibiscs juga telahpun memecahkan awan Ichimoku dan ini memberikan momentum bullish yang kuat kepada Hibiscs. Jika, Hibiscs berjaya memecahkan aras 0.710, ianya sangat menarik kerana dapat menutup gap down yang besar sebelum ini. Seterusnya Hibiscs akan cuba memecahkan garisan menurun 2 tahun (line biru) untuk mengesahkan pertukaran trend dari menurun (bearish) kepada menaik (bullish). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
HIBISC : Hadapi tekanan jualan yang kuatSecara keseluruhan dalam timeframe 5 tahun, kaunter ini masih dalam keadaan uptrend + mini downtrend...
Nnamun dalam 1 tahun, boleh dikatakan sideways.
Kejatuhan pada minggu ini amat ketara, mungkin disebabkan harga minyak yang begitu merosot... namun ia bangkit semula dari paras support terdahulu.
Mampukah ia bertahan? kena tgk esoklah..
Hibiscs Sangat MenarikKaunter hibiscs ni memang kegemaran admin. Kalau tengok pada chart hibiscs ni, memang beberapa kali bertahan dan rebounce di atas trendline. Harap lepas ni tak cuba trendline lagi sebab dah empat kali cuba. Memang pantang kalau cubaan kali kelima, sebab kebarangkalian untuk bocor itu tersangatlah tinggi. Harga minyak dunia pun dah rebounce. Rasanya esok hibiscs kembali mendaki. Didalam pattern yang besar ada pattern yang kecil iaitu double bottom pattern. Garisan oren. Sama-sama follow rapat ya. Admin minggu lepas dah masuk hibiscs wc. Semoga cemerlanglah hendaknya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
Perbandingan Pergerakan Hibiscs dengan Brent dan Crude OilNampaknya sejak bulan Ogos yg lepas, harga saham Hibiscs seiring sejalan dengan turun naik Crude Oil & Brent Oil. Hibiscs belum patah trend dan dijangka akan rebounce di trendline. Ini kerana dua tiga hari ni harga minyak dunia menunjukkan akan membuat reversal. Sama-sama kita follow rapat dan sediakan trading idea. Ada peluang boleh la masuk.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
Mampukah Hibiscs Meneruskan Pendakian?Hibiscs telahpun membuat higher low yang baru dan sedang mencuba untuk membuat higher high yang baru. Tetapi adakah 1.15 merupakan higher low atau akan turun ke bawah lagi? Esok penentu kerana jumaat lepas hibiscs closed dengan candle doji. Sama-sama kita perati rapat dan sediakan trading plan ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
BRENT OIL- Minyak mentah dan kenaikan jangka masa pendek1. Minyak mentah brent berdagang pada paras 75 USD/Barrel.
2. Harga Minyak mentah dijangka berdagan dengan harga lebih tinggi kerana harga pasaran masa hadapan untuk Minyak mentah didagangkan tinggi.
3. Faktor geopolitical seperti sekatan Iran dan juga perang dagangan antara US dan China menyebabkan effek kenaikan harga Minyak mentah.
4. Arab Saudi dan negara OPEC boleh mempunyai keupayaan untuk merendahkan lagi pengeluaran minyak. mereka boleh mengawal juga pengeluaran minyak secara besar besaran kerena kos pengeluaran mereka sangat rendah berbanding negara-negara pengeluar minyak lain.
5. Harga emas masa hadapan menunjukkan keadaan masih lagi dalam fasa kebawah.
6. Faktor lain masih menunjukkan keadaan ekonomi masih lagi dalam fasa expansion tapi dalam masa yang sangat singkat.
Technical Analysis
1. Harga menghampiri paras pemecahan pada awan ichimoku.
2. Awan semakin menipis menunjukkan kebarangkalian harga yang tinggi.
3. Paras rintangan adalah sekitar 76-77 USD/barrel.
Pandangan saya mengenai Kaunter-kaunter minyak di dalam pasaran Bursa Malaysia.
1. Perubahan kaunter-kaunter minyak sangat berkait rapat dengan harga minyak dunia
2. Apabila harga minyak naik kebanyakkan saham minyak akan naik dan begitu sebaliknya.
3. Sektor yang harus di perhatikan adalah UPSTREAM dan juga downstream. Untuk Syarikat pembuatan kapal atau yard akan mengambil masa lebih banyak untuk menaik
4. Kaunter yang popular adalah seperti SAPRNG, HIBISCUS, DIALOG, PETDAG, PETCHEM, UZMA dan lain-lain.
Ada beberapa sebab mengapa saya mengambil kira harga Brent-Oil berbanding Crude Oil US. Sila tinggalkan komen untuk mengetahui lebih lanjut