IFCAMSC ANALISA Gelombang Ellliot PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT
CARA MUDAH ASAS PERMULAAN PENGIRAAN GELOMBANG ELLIOT
1. Buka Chart Trading View
2. Pilih Kaunter
3. Buka “Time Frame” Mingguan (Weekly)
4. Kenal Pasti Struktur Pergerakan Harga Pasaran (High & Low- HH -LL)
5. Kenal Pasti Corak Struktur Pergerakan Harga Pasaran
6. Kenal Pasti Arah Pergerakan Harga Pasaran ( Uptrend @ Downtrend)
7. Kenal Pasti & tandakan Harga Tertinggi & terendah di Chart
8. Selepas itu buka “Time Frame” Harian -Daily
9. Sila Guna Alat “Lanjutan Fib Berdasarkan arah Aliran ( Fibonacci Extension )
10. Klik Alat Fibo Extension
i. Pertama - klik pada Harga terendah (LL),
ii. Kedua – Klik pada Harga Tertinggi (HH)
iii. Ketiga – Klik pada Harga rendah (HL)
11. Fibonacci extension akan memberikan tahap aras sebagai panduan sahaja
12. Pengiraan untuk gelombang satu adalah dengan mengenal pasti corak yang kerap berlaku iaitu Pepenjuru Awal ( Leading Diagonal )
13. Peraturan nya adalah seperti IDEA Pendidikan Terdahulu :
14.
15.
16.
17.
18.
19. Sila rujuk Video ini & selalu mengikuti saya utk Video PENDIDIKAN EW akan datang
20. Semoga Bermanfaat kepada Semua
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Ifcamsc
IFCAMSC Cubaan Membuat ReversalIFCAMSC pada hari ini ditutup dengan candle pattern morning star. Secara teorinya, candle pattern ini merupakan reversal candle yang agak kuat. IFCAMSC juga rebounce di channel line. Selain itu, hari ini juga rebounce diatas garisan EMA200 (garisan berwarna gold). Menarik nampaknya. Aras target adalah garisan DTL yang berwarna pink. Jika berjaya dipecahkan, Ifcamsc akan mengubah trend dari menurun kepada menaik. Aras rintangan kuat jika berjaya memecahkan garisan DTL adalah di 0.500. Jika berjaya juga pecah 0.500, nanti kami post trading idea Ifcamsc yang baru. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
IFCAMSC Kembali Menarik MinatIFCAMSC kembali menjadi kaunter syariah dan chart pattern juga nampak menarik. Hari ini berjaya memecahkan awan ichimoku disokong oleh volume yang melebihi purata. Aras target ada di 0.500. Jika berjaya memecahkan 0.500, Ifcamsc berpotensi pergi lebih jauh kerana 0.500 merupakan aras rintangan yang sangat kuat. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
0023 IFCAMSC : Momentum Penurunan? IFCAMSC turun dengan momentum yang cukup kuat walaupun di awalnya kenaikan disertai volume.
Berdasarkan analisis, sy lihat penurunan akan diteruskan pada sebelah pagi.
Tapi untuk sebelah petang tidak pasti kerana masih terdapat kekuatan BULL di dalam IFCAMSC.
Jadi kemungkinan untuk naik masih ada.
Melainkan penurunan melepasi 0.410.
Monitor peluang jika berlaku kenaikan.
HAPPY TRADING
Jauhi Amalan Plagiat
IFCA - Juga nampak ada sinarIFCA - hari ni telah break 'wedge' pattern, dan masih menuju kepada rintangan terdekat pada 0.445.
Jika harga masih berjaya tutup atas 0.43, follow up rally continuation dijangkakan akan berlaku seterusnya.
Volume pada harini juga nampak tinggi daripada hari2 sebelumnya.
-Stochastic juga hampir cross
-Key EMA & SMA juga masih lagi positif
0023 IFCAMSC - Melepasi Downtrend Line?Seperti mana yang anda lihat, kelihatan IFCAMSC berjaya menembusi downtrend line.
Namu perlu berhati-hati supaya tidak terbeli dipuncak. Kelihatan seperti tidak jauh sebelum berlakunya retracement kerana telah berada di luar upper BB.
0023 IFCAMSC
Ratio: 3.5 (Sederhana)
Jika harga kekal di atas 0.285
TP1 : 0.295
TP2 : 0.335
Jika buy rate kekal di atas 60% dengan volume sekurang-kurangnya sebanyak 15 Juta, saya yakin mampu memecahkan harga syiling 0.335 dan meneruskan kenaikan.
Jika harga kekal di bawah 0.305
Supp1 : 0.290
Supp2 : 0.255
Di bahagian support, boleh monitor sama ada akan rebounce atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Supp2, sy cadangkan CL segera.
Penafian : Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.