LUXCHEM berusaha memecahkan downtrend1. Kaunter LUXCHEM ini dalam sektor INDUSTRIAL PRODUCTS yang terlibat dalam menghasilkan bahan kimia untuk industri glove, pembinaan, automobil dan peralatan elektrik.
2. Daripada carta dapat diperhatikan bahawa ia rebound di atas EMA200 (garisan pink) dan seterusnya telah cuba untuk memecahkan harga pada EMA50 (garisan hijau) + downtrend line. Namun apakan daya, belum cukup kekuatan mungkin untuk memecahkan RESISTANCE yang kuat dan ditutup pada 0.795.
3. SUPPORT terdekat adalah pada 0.750 iaitu pada garisan EMA200. Momentum telah mula ada pada kaunter ini dan volume juga mula masuk.
4. Jika garisan downtrend tersebut dapat “ditewaskan”, aras RESISTANCE berikutnya adalah pada 0.815 dan 0.950 (half candle). Chaiyok LUXCHEM!
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.
Terima kasih
Industry
AJIYA menukar trend?1. Kaunter AJIYA ini dalam sektor INDUSTRIAL PRODUCTS yang terlibat dalam bidang bahan-bahan pembinaan.
2. Daripada carta dapat diperhatikan bahawa ia telah memecahkan garisan downtrend (garisan lurus hitam) sejak 2015 dan kini mula gagah mendaki. Harga juga berada di atas EMA50 dan di atas middle Bollinger Band(BB).
3. SUPPORT terdekat adalah pada 0.535 dan RESISTANCE berikut adalah pada 0.605 dan 0.635.
4. Jika dilihat dalam TF 30 minit, harga telah berada dalam zon overbought dan momentum juga telah maksima. Kemungkinan harga akan melakukan correction sebelum memulakan pendakian baru.
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.
Terima kasih
ATAIMS kembali bertenaga 1. Kaunter ATAIMS ini dalam sektor INDUSTRIAL PRODUCTS yang terlibat dalam bidang semikonduktor.
2. Momentum dan minat pembelian telah mula kembali kepada kaunter ini. Dapat dilihat persilangan garis biru ke merah pada indikator dalam carta.
3. Jika dilihat dalam TF 30 minit, harga telah membina SUPPORT pada 2.00 dan berada di atas middle Bollinger Band (BB). Ini ada petunjuk bahawa harga mempunyai kekuatan untuk terus mendaki.
4. Aras RESISTANCE seterusnya adalah pada 2.1 dan 2.2 iaitu berdekatan EMA50 (garisan hijau). Jika harga dapat bertahan pada aras ini, kaunter ini mempunyai kekuatan untuk terbang ke ufuk langit.
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.
Terima kasih