TM: Mampukah Mencapai Jangkaan Corak Carta?TM adalah salah satu daripada saham syarikat yang pautan kerajaan (Government Link Company). Ia adalah satu kaunter GLC yang paling sihat pada ketika ini yang terdapat dalam Bursa Malaysia. Ini disebabkan bisnes mereka berada dalam sektor yang trend berbanding GLC dalam sektor yang lain.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. Faktor utama adalah kerana terdapat banyak benda baru yang menanti dalam teknologi, seperti kedatangan teknologi 5G dan permulaan era baru Pengkalan Data Berpusat (Data Centric). Ini membina lebih banyak ruang untuk naik (upside) kepada TM.
2. Jumaat yang lepas, Perdana Menteri telah melancarkan MyDigital di mana TM memainkan peranan penting dalam agenda baru negara.
3. TM satu-satunya syarikat tempatan yang terlibat menyediakan prasarana 'Servis Cloud Provider' yang dilantik bersama-sama Microsoft, Amazon dan Google.
4. Pelancaran MyDigital ini akan merancakkan proses pendigitalan secara besar-besaran dan proses ini akan berjalan menyeluruh menjelang tahun 2030.
5. Jadi, ini dilihat ada banyak lagi ruang untuk harga saham TM meneruskan kenaikan menjelang peluang jangka masa panjang yang ada kira-kira 10 tahun ke hadapan.
6. Dari segi prestasi Qr juga, TM menunjukkan peningkatan yang baik pada 3 QR terakhir sejak mencatat kerugian 51juta pada Q4 19:
Q1 20 mencatat keuntungan 153juta, 6% daripada 2.56Billion pendapatan
Q2 20 mencatat keuntungan 275juta, 10.6% daripada 2.59Billion pendapatan
Q3 20 mencatat keuntungan 329juta, 12.2% daripada 2.69Billion pendapatan
ANALISA TEKNIKAL
1. Dapat dilihat pada pergerakan Harga TM, sejak ia berjaya memanjat ke atas MA200 pada Jun 2019, ia sudah berjaya terus kekal dia atas MA200, MA50 dan MA20 untuk mengekalkan momentum uptrend.
2. Sebanyak 3 kali Dinamik Support diuji (Anak panah kuning) namun ia berjaya kekal untuk berada di atas MA200 menunjukkan Dinamik Support MA200 dianggap support yang kuat ketika ini.
3. Sejak harga mula jatuh di bawah MA200 pada Oktober 2017, ia telah jatuh dan membentuk kawah pada kedalaman 63.55%. Kini TM berjaya memanjat semula pada Harga asal sekitar 5.89.
4. Dengan pembentukan semi parabolik yang telah lengkap, dijangka TM akan berjaya meneruskan momentum dengan disokong oleh beberapa pemangkin faktor MyDigital.
5. Dengan menggunakan jangkaan corak carta (chart pattern), ia dijangka mampu mendaki setinggi kedalaman kejatuhan 63.55%.
6. Jika dilhat anggaran Sasaran Harga melalui chart pattern ia mampu mencapai sekitar 8.23, bersamaan 63.55%.
7. Dari segi volume, secara perbandingan, Pembeli lebih ramai menguasai pasaran berbanding penjual, menunjukkan momentum uptrend agak kukuh.
8. Kini, RSI Stoch sudah berada dalam zon oversold, kemungkinan bersedia membuat satu lagi pusingan kenaikan.
Khairul Hafiz