ITRONIC sedang membuat pembalikan menaik ke Gelombang Subkecil 3Sektor : Teknologi
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Setelah gelombang Kecil 2 Pembetulan bercorak "Expanded Flat" ( ABC ) yang besar & panjang telah berakhir & ketika ini sedang mula membuat kenaikan ke gelombang Kecil 3 "impulse" di tahap fibo 100%
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
ITRONIC
Itronic: Dalam range kotak. Kita tegok esok semoga terbangSebatang lemang dah ada dengan volume yang melimpah ruah. T1 juga pernah cecah lagi tinggi dari lemang dan tutup dalam kawasan candle lemang within 30%. Harga masih bertahan dalam range ini hingga hari ke 3. Kawasan pengumpulan sebelom ini juga memang lama berbulan2. sepatutnya jika T5 break lemang maka momentum utk naik tinggi adalah cerah.
Hanya sekadar ilmu yg diperolehi dari Youtube. Dari youtube kita belajar, kita kongsikan dengan orang lain juga.
Bukan buy call tapi sekadar pendapat peribadi sahaja
ITRONIC dijangka akan membuat kejutan Sektor : Teknologi
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Setelah gelombang Subkecil 4 Pembetulan Segitiga Penyusutan yang panjang (Triangle ABCDE ) berakhir & ketika menunggu utk memulakan kenaikan ke gelombang Subkecil lima /Gelombang Kecil 3 di tahap fibo 127.2%-161.8%
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 38.2%,61.8%, 100% & 127%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 127.2%-161% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan mesra: Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
ITRONIC: Breakout Down Trend LineSektor: Teknologi, Elektronik, Peralatan Teknologi, Stok Penny
Analisis Fundamental
-Market Cap: 52 juta
-Number of Shares: 250 juta
-Ini menunjukkan bahawa harga saham ITRONIC mudah dimanipulasikan.
- ITRONIC merupakan syarikat yang mengalami kerugian. Tidak sesuai untuk dipegang untuk jangka masa yang panjang.
Analisis Teknikal
Antara perkara yang dapat diperhatikan daripada carta:
1. Melakukan Breakout Down Trend Line (BODTL) beserta volum
2. MACD melakukan persilangan emas menandakan munculnya signal belian.
3. RSI juga telah mula mendongak.
4. Dijangka akan menguji pada paras fibo 0.236 (RM0.305) sekiranya berjaya melepasi paras MA 20 dan MA 200.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukanlah cadangan belian mahupun jualan.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
ITRONIC (Kembali Beraksi)Sektor:
- Technology, Electronic, Technology Equipment.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, ITRONIC dilihat lebih konsisten mencipta kerugian berbanding keuntungan. Di dalam 10 quarter terbaru ini, ITRONIC membuat keuntungan hanya sekali. Hasil (revenue) pula meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 80.04% dan 12.88%.
- Dari sudut Teknikal, ITRONIC masih di atas MA 200 menunjukkan ITRONIC dalam keadaan uptrend untuk long term.
- Pada 23 Februari 2021, ITRONIC mula menaik dengan drastik kemudian ITRONIC menurun dan bermain di kawasan fibo 0.382. ITRONIC juga membentuk downtrend line ketika ini.
- Terkini, ITRONIC telah BDTL. Histogram MACD juga menunjukkan signal momentum pembelian semakin meningkat dan stochastic RSI juga telah cross up di paras oversold memberi petunjuk bahawa harga mula rebound atau reversal di support terkuat.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu kekal di
atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga
akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.