JetsonKaunter MYX:JETSON mempunyai Gap di antara 0.15-0.16, 0.33-0.335, 0.465-0.48, 0.76-0.765, 0.785-0.79, 0.80-0.81, 0.815-0.82..
Stochastic berada di kawasan overbought dan Momentom MYX:JETSON baru sahaja bermula, kemungkinan besar akan teruskan kenaikan tutup gap di 0.465-0.48 sebelum sideway beberapa hari.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
JETSON
Jetson Banyak Shark Doo Doo Masuk? Volum Mencanak!Kaunter: Jetson
Sektor: Industri Produk & Auto Parts
Jetson trending harga berjaya 'breakout dengan volum' memecah harga 220-225.
Dijangka akan mencari resitance gann seterusnya sekitar harga 255-280.
Kaunter secara keseluruhan sedang dalam fasa menaik:
-berada di atas mid BB (ma20)
-berada di atas ema 50
-berada di atas ema 100
swing short term ok, swing long term tunggu bo atas sma 200 dulu, harga masih di bawah sma200.
-stochrsi biru bersilang ke atas merah (bullish)
Sekadar kajian tujuan pembelajaran sahaja. Bukan buycall. Tayor
JETSON Pelan Dagangan Gelombang Minit ((1)) menaik Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang memulakan mendaki di gelombang minit ((i)) dalam Gelombang Minor 3 dengan momentum yang kuat dan dijangka akan membuat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Minit ((i)) sebagai sasaran di tahap fibo extension 227.2%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
JETSON Berada Pada Permulaan Gelombang 4 ?JETSON dilihat pada corak gelombang dilihat berada pada permulaan gelombang keempat. Bagaimana pun corak lilin yang dihasilkan pada sesi dagangan kelmarin menunjukkan minat jualan juga tinggi kemungkinan untuk ia membuat sedikit penurunan juga ada. Boleh jadikan garis trend keatas yang dibuat sebagai paras sokongan terdekat. Jika ia berjaya melepasi garis hijau, potensi untuk naik juga tinggi. Petunjuk SMI menunjukkan persilangan telah berlaku tetapi masih berbelah bahagi. Boleh perhatikan dahulu atau boleh test entry jika berani.
Kawasan masuk: 0.34 - 0.35
Ambil untung: 0.425
Potong Rugi: 0.330
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
JETSON (Jet Isi Minyak di Lapangan Segitiga Sebelum Berlepas)Sektor :
- Construction, Auto Parts, Industrial Products & Services, Penny Stocks (Sumber: iSaham)
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Idea analisis ini meninjau pergerakan harga JETSON dalam timeframe 2 jam.
- Dalam timeframe daily, JETSON masih di atas MA 200 menandakan JETSON masih lagi uptrend untuk longterm.
- JETSON sekarang dilihat sedang melengkapkan bullish symmetrical triangle sebelum meneruskan kenaikan.
- Terdapat 5 bucu symmetrical triangle ini. JETSON baru selesai melengkapkan tiga bucu dan sekarang harga dijangka akan membuat bucu keempat.
- Terdapat tiga target bucu keempat ini:
1) RM 0.450 yang merupakan horizontal resistance JETSON,
2) RM 0.460 yang merupakan paras 100% fibonacci extension dan
3) RM 0.485 yang merupakan horizontal resistance bagi JETSON.
- Setelah lengkap bucu keempat ini, JETSON akan membuat penurunan pula bagi melengkapkan bucu kelima sebelum meneruskan kenaikan.
------------ Elliott Wave ------------
- Setelah melengkapkan major wave 3 dengan kenaikan sebanyak 361.8% (3.618 kali ganda) major wave 1, sekarang JETSON dilihat sedang bermain di dalam major wave 4 dengan membentuk contracting triangle (A-B-C-D-E).
- JETSON dilihat sedang melengkapkan minor wave D.
- JETSON perlu melengkapkan zigzag (A-B-C) bagi melengkapkan minor wave D ini dan sekarang JETSON berada di perakhiran wave zigzag iaitu sub minor wave C.
- Terdapat tiga target sub minor wave C yang juga merupakan minor wave D ini:
1) RM 0.450,
2) RM 0.460 yang merupakan 100% (1 kali ganda) minor wave A. Ini bertepatan dengan formula A=C yang bermaksud panjang minor wave C bersamaan dengan minor wave A dan
3) 0.485.
- Terdapat dua invalidation level yang ditanda bermakna sepanjang pembentukan minor wave D ini, harga mestilah tidak bergerak melebihi dua paras ini. Jika tidak, kiraan wave sedia ada ini akan terbatal.
- Garisan selari berwarna kelabu juga boleh dijadikan guideline bagi JETSON dimana harga perlu kekal berada di dalam garisan selari ini.
- Jika harga naik melebihi upper boundaries garisan selari ini, berkemungkinan corrective wave telah selesai dan harga sedang membuat major wave 3. Kiraan alternatif ini akan dimuatkan di bahagian komen bagi memudahkan lagi kefahaman pembaca.
Analisis Fundamental :
- JETSON tidak konsisten dalam membuat keuntungan dan terkini, JETSON telah membuat kerugian dalam tiga quarters berturut².
- Perolehan (revenue) JETSON juga tidak memberangsangkan dan dalam tiga quarters terkini, revenue JETSON menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan dan revenue JETSON meningkat YoY masing² sebanyak 42.35% dan 33.7%.
- iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings' menandakan saham JETSON ini tidak sesuai dibeli untuk mereka yang baru mengenali dunia saham dan masih tidak mahir dalam cutloss.
Nota Kaki :
------------ Umum ------------
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
------------ Elliott Wave ------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.
🎈 Semoga Bermanfaat 🎈
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
JETSON Menarik Meniti Pada Garis EMA 100JETSON dilihat masih menarik walaupun agak lama berada pada paras sokongan EMA100. Kemungkinan untuk ia membuat kenaikan masih ada. Petunjuk SMI menunjukkan masih ada minat belian terhadap kaunter ini.
Kawasan masuk: 0.36 - 0.37
Ambil untung: 0.4 - 0.43
Potong Rugi: 0.355
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
Jetson Kaunter BerpotensiKaunter: Jetson
Sektor: Pembinaan/ Industri Produk & servis
GBS Intraday Indicator:
1. Candle rehat atas EMA 50. Potensi rebound atas line Ema 50
2. Macd line biru sudah bersentuh dengan line signal merah. Menunggu masa sahaja untuk persilangan emas berlaku.
MACD BB squeeze.
3. Stochrsi line biru atas signal merah, petanda positif akan membuat kenaikan.
4. Rsi area 48 sedikit lagi untuk capai rsi 50 (positif momentum).
5. Candle rehat atas fast ema line kuning & merah. Line merah perlu bersilang ke atas line kuning seterusnya mmembentuk susunan traffic light (ride the trend).
Tunggu hingga patah trend, ketiga-tiga fast ema menunduk atau candle jatuh di bawah line fast ema hijau untuk keluar.
Halangan terdekat : 40 sen, halangan kedua 43 sen, halangan tad: 47.5 sen
Sokongan terdekat: 37 sen. sokongan 2: 34 sen
Sekadar kajian. Bukan buycall. Tayor
JETSON Membuat SidewayJETSON dilihat cuba membuat sideway. Paras sokongan dilihat pada 0.375 manakala paras rintangan pada 0.485. Perlu berhati-hati juga sebab pendapatan suku tahunan tidak berapa stabil.
Kawasan masuk: 0.375 - 0.4
Ambil untung: 0.46 - 0.485
Potong Rugi: 0.37
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli . Sila berdagang atas risiko sendiri.
JETSON pelan dagangan minggu hadapan Analisa Teknikal Gelombang Elliot
Gelombang besar lima baru memulakan pergerakkan menaik ke atas Setelah Gelombang besar 4 pembetulan corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) berakhir & kini sedang meneruskan Gelombang Kecil 2 corak Zigzag ABC di dalam Gelombang besar 5 bagi sasaran Gelombang 5 akan berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8% - 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Risiko Pemotong Gelombang kerap berlaku di Fibo 38.2% - 50%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Jetson : Adakah sedia untuk berlepas?Kajian TA kaunter Jetson
1. Kaunter ini dalam fasa retracement
2. Semua indikator masih belum ada petanda untuk melakukan reversal
3. Jika stochastic berjaya bersilang maka akan ada petanda untuk melakukan kenaikan
4. Tempat selamat untuk menunggu adalah pada harga 0.340 iaitu ( ema50 )
5. Bila volume sudah kering petanda untuk melakukan kenaikan.
6. Boleh pantau dari segi candlestick, vol dan juga indikator lain
Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli & menjual. Berdagang atas tanggungjawab sendiri
TAYOR
Jetson Membuat Cup & Handle! Jetson TF 1 Day sangat cantik membentuk cup & handle perlu memecahkan rintangan pada leher cawan 290
Sekiranya mampu membuat BO harga 29 sen ia dilihat mampu untuk membuat kenaikan sehingga 41 sen.
* CS berada cantik atas EMA 7
* CS berada di atas tiga garisan lampu isyarat yang tersusun iaitu
Merah EMA 7
Kuning EMA 21
Merah EMA 50 (penanda kaunter uptrend)
* CS berada di atas sma 200 (menunjukkan kaunter 'strong Uptrend')
RSI di sekitar 70 masih mempu memebuat kenaikan
Macd masih cantik untuk TF 1 hr dan TF 1 day
Walaubagaimana pun masih perlu memasang bebererapa indicators untuk memudahkan pemahaman.
Ini adalah sekadar pandagan saya sahasa bukan buy call. Harap maklum pihak kami
tidak bertangungjawab di atas kerugian atau keuntungan daari mana mana kaunter perkongsian.