NOTION - Dalam Downtrend?Pemerhatian:
a) Harga cuba menembusi R3 pada 14/5 tetapi gagal. Jika dilihat sebelah kiri, harga juga gagal untuk menembusi R3.
b) Harga bergerak secara Sideway sebelum ia Gap Down dan didagang antara RTS dan R1. Ia dapat 'close the gap' pada 11/6 tetapi ditutup rendah.
c) Harga juga berada dalam Downtrend dengan posisi terkini harga dibawah 40MA dan 20/40MA sudah tutup.
Rumusan:
- Berdasarkan pemerhatian, harga kini berada dalam Downtrend dan berkemungkinan akan turun hingga ke RTS.
- Kebarangkalian harga boleh turun lagi sehingga 27.5sen (Harga paling rendah bagi tempoh 6 bulan).
- Jika harga keluar dari Trendline, kemungkinan ia akan membuat pergerakan Sideway. Dari situ, kita akan membuat analisa lebih lanjut.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
Jun20
Berjaya mantain EMA atas 200.Stok ini dah nak mula naik sejak Jumaat lepas. Naik agak tinggi.
Signal sudah muncul dari mata kasar. MACD RSI sudah nampak signal rebound.
Paras 0.24 halangan terbaru.
POWERWELL dilanda tekanan jualan, apakah arah selanjutnya?Analisa 20 jun 20
Harga naik tinggi pada 19 jun disokong dengan volume
yang besar. Menjelang penutupan Bursa waktu petang,
banyak tekanan jualan menyebabkan harga ditutup rendah,
di bawah separuh candle. Jika dilihat di sebelah kiri
carta pada hujung april 20 dan pertengahan Mei 20, terdapat
paras rintangan lama. Kemungkinan pembeli saham yang tersangkut
di waktu ini menggunakan peluang untuk keluar dengan untung/kerugian
yang sedikit, menyebabkan tekanan jualan yang besar pada 19 jun 20
Jika tekanan jualan belum habis diserap, harga mungkin akan jatuh lagi.
Tunggu pembentukan candle dan volume seterusnya untuk menjangka arah tuju
saham.
SEKTOR PERLADANGAN - Pertumbuhan Sejajar Dengan Harga FCPOPosting ini mengenai sub-sektor "perladangan kelapa sawit".
Pemerhatian:
a) Analisa Minyak Sawit Mentah (rujuk posting saya "PASARAN MINYAK SAWIT MENTAH - Harga Bersedia untuk bergerak?". Link dibawah.)
b) Pada waktu penulisan, harga mempunyai formasi yang sama:
- Harga cuba menembusi R1 tetapi gagal.
- Harga turun kembali dengan sebahagian tutup antara 20/40MA. Majoriti tutup diatas RTS.
- Volume yang semakin rendah.
Rumusan:
- Harga bergerak seiring dengan pasaran harga minyak sawit mentah.
- Jika harga ingin untuk meneruskan pendakian, ia perlu tutup atas 20MA DAN melepasi R1 dengan volume yang menaik sebelum membuat pullback diatas R1.
- Bagi Swing trader, kini terdapat peluang untuk trade dengan TP antara 11-22% bergantung kepada kaunter.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
PASARAN MINYAK SAWIT MENTAH - Harga Bersedia untuk bergerak?Pemerhatian:
a) Kejatuhan harga minyak sawit mentah disebabkan beberapa faktor seperti:
- penularan wabak Covid-19
- kejatuhan harga minyak mentah dunia
- ketegangan politik antara Malaysia dan India.
b) Pada carta mingguan, harga berada dalam Downtrend sehingga bertemu sokongan pada 1932 sebelum memulakan pendakian.
c) Pada carta harian pula, harga bergerak secara Sideway awal bulan Jun (2310-2400) sebelum menembusi Rintangan dan tutup pada Rintangan seterusnya (2471).
Rumusan:
- Cara wabak Covid-19 ditangani akan memberi impak kepada pergerakkan harga FCPO.
- Harga FCPO perlu menembusi 2471 dengan volume yang tinggi untuk meneruskan pendakian.
- Zon untuk harga bergerak secara Sideways adalah samada pada 2400-2471 atau 2471-2575.
- Harga dijangka akan bergerak pada range yang sedemikian untuk beberapa bulan (anggaran hingga Oktober) sebelum meneruskan pendakian.
RGTECH - Pullback Dah Siap?Pemerhatian:
a) Corak carta sama dengan Powerwell iaitu:
- Harga bergerak secara Sideway dari hujung Apr'20. 20/40MA membuat landasan.
- Harga menyentuh 40MA namun masih mampu bangun dan tidak menembusi S1.
- Harga melonjak naik hingga menembusi R2 dengan volume yang tinggi (10/6), namun turun semula hingga menyentuh 40MA selang beberapa hari.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga tidak berubah dengan volume yang rendah.
- Jika harga tutup tinggi dengan volume yang menaik, kita boleh katakan Pullback sudah siap dan bersedia untuk mara.
- Jika harga gagal tutup tinggi dan menembusi R1, kemungkinan pasaran akan bergerak secara Sideway untuk seketika atau mungkin turun bawah lagi.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
Klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda mengenai saham ini diruang komen dibawah.
PWRWELL - Pullback Yang (Tidak) Menjadi?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideway dari hujung Apr'20. 20/40MA membuat landasan.
b) Harga hampir menyentuh 40MA namun masih mampu bangun; jika ia tidak menembusi S1.
c) Harga melonjak naik hingga menembusi R2 dengan volume yang tinggi (9/6), namun turun semula hingga menyentuh 40MA selang beberapa hari.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga membentuk UT dengan volume yang tinggi. Jika harga tutup tinggi (atas RTS) seperti beberapa jam yang lalu, kita boleh katakan Pullback sudah siap dan bersedia untuk mara.
- Jika harga gagal tutup tinggi, kemungkinan pasaran akan bergerak secara Sideway untuk beberapa bar lagi sebelum mara ATAU mungkin turun bawah lagi.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
ada kemungkinan untuk buat kenaikan?candle semasa merah.. namun stoch masih lagi di bawah..
mungkin akan retrace lagi sikit sebelum buat kenaikan..
RRR tak cantik mana.. boleh tunggu candle hijau utk entry..
parabolic sar di atas lagi dan masih belum ada signal utk entry/buy..
boleh monitor dahulu..
#bukan buycall
SERNKOU mungkin buat pullbackAnalisa 19 jun 20 2pm
kenaikan saham dari 10 hingga 17 jun, disokong oleh
volume belian yang kuat. Pada 18 jun, saham ditutup
dengan harga lebih rendah dari hari sebelumnya. Walaupun
volume adalah tinggi, harga tidak di tutup tinggi.
Ini menunjukkan kemungkinan tekanan jualan.
kemungkinan saham akan buat pullback.