Kab
KAB Boleh Monitor untuk BreakoutKAB dilihat mempunyai volume yang sangat besar pada sesi dagangan terakhir minggu lepas. Petunjuk SMI juga masih menarik yang menunjukkan belian meningkat. Boleh perhatikan jika ia menembusi rintangan pada 0.440, ia akan meneruskan kenaikan. Pada gelombang Elliot ia dilihat sudah habis membuat penurunan dan mula membuat gelombang pertama.
Kawasan masuk: 0.405 - 0.44
Ambil untung: 0.495
Potong Rugi: 0.39
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
KAB Membuat Terjunan PandalelaKAB dilihat terus menerus membuat terjunan yang dalam sedalam-dalamnya sejak beberapa hari lalu. Terdapat gap pada 0.575 dan 0.58 yang perlu ditutup terlebih dahulu sebelum membuat lantunan semula. Paras sokongan pertama pada 0.575 dan paras sokongan kedua pada 0.545. Paras rintangan pula nun jauh disana yang mana akan cover loss korang semua.
Kawasan masuk: 0.57 - 0.585
Ambil untung: 0.805
Potong Rugi: 0.53
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
KAB Menghampiri Paras Sokongan Paling KuatKAB dilihat mempunyai tekanan jualan yang sangat kuat sejak 26 Julai yang lalu. Setakat hari ini ia dilihat masih belum reda. Ia juga telah memotong garisan EMA 100 dan EMA 200 yang menunjukkan perubahan arah trend kebawah untuk kaunter ini. Walaupun dilihat masih berpotensi meneruskan penurunan, boleh perhatikan juga paras sokongan yang kuat pada 0.610 sebagai S1 dan 0.580 sebagai S2. Manakala paras rintangan dilihat sangat jauh diatas. Boleh jadikan panduan paras sokongan yang dinyatakan sebagai panduan untuk membuat Beli pada Dasar (Buy On Dip) atau (Buy On Support.)
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
PENDIDIKAN - CORAK PATEN DALAM SATU KITARAN GELOMBANG ELLIOT - PENDIDIKAN CORAK GELOMBANG ELLIOT
CORAK PATEN DALAM KITARAN GELOMBANG ELLIOT
Ini adalah corak-corak paten yang kerap berlaku di dalam satu kitaran Gelombang Elliot.
1. Gelombang besar Satu Impuls - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345)-3-3-3-3-3
2. Gelombang Besar Dua Pembetulan - Corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) @ Kombo berganda WXY -
3. Gelombang Besar Tiga Impuls - diadalamnya terdapat juga Gelombang Kecil & Subkecil impuls - corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di gelombang kecil
/Subkecil 2 dan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di Gelombang Kecil/Subkecil 4.
4. Gelombang Besar 4 pembetulan - kekerapan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & terdapat beberapa kes corak Rata (Flat ABC -3-3-5)
5. Gelombang besar Lima Impuls - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345)-3-3-3-3-3.
6. Gelombang Besar A Pembetulan - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345).-3-3-3-3-3.
7. Gelombang Besar B - Corak Zigzag ABC -3-3-3.
8. Gelombang Besar C - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345).3-3-3-3-3
Nota Peringatan Penting :
*Setiap terjadinya Corak Paten Gelombang Pembetulan maka selepas itu akan berlakunya Gelombang Impuls iaitu menaik.
*Peraturan pengantian (Rules of Alternation) kerap berlaku di Setiap Gelombang kecil/besar 2 & 4 iaitu jika gelombang kecil/besar 2 Corak paten “Mudah@Simple” atau tempoh masanya pendek , maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi corak paten “Sukar@kompleks” atau tempoh masa pengundurannya menjadi panjang & lama dari gelombang kecil/besar 2. Ianya akan berlaku sebalik bergantian samaada gelombang kecil/besar 2 ‘Sukar@kompleks” maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi “mudah@simple”. ini adalah kejadian semula jadi.
*Bagi penganggaran kenaikkan gelombang corak Impuls adalah dengan mengunakan alat Fibonancci Extension kerana ianya akan memberi tahap rintangan kuat 61.8%, 100% & 161.8% dan sasaran kerap berlaku di tahap 161.8% -200%.
*Tiada yang mudah dalam pembelajaran Gelombang Elliot kecuali anda semua kerap melakukan Latihan dengan mematuhi setiap peraturan dan panduan gelombang Elliot.
*Pengunaan Indikator RSI (9) juga dapat membantu dari segi pengesahan pembentukan corak-corak paten dengan melakar secara terperinci di garis indicator RSI tersebut dan meletak label gelombang ABC atau ABCDE sebagai pengesahan corak paten tersebut.
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
KAB: Kaunter Berpotensi (Siri 3)Rujukan dari kajian siri 2 10 Jun yang lepas, kaunter ini hanya berharga 74sen dan pada dagagan semalam, ia telah mencapai harga setinggi 91 sen.
Admin masih berpendapat kaunter ini akan terus membuat kenaikan sehingga menutup gap yang tehasil sebelum ini dan meningkat jauh lebih tinggi sehingga mencapai target 1.040.
Admin andaikan, pada dagangan seterusnya, kaunter akan mencuba lagi utk membentu 52WH yang baru, jika berjaya ditutup atas 0.900
S: 0.865
R1: 0.900
R2: 0.930
R3: 0.990
Boleh perhatikan juga waran yang amat murah pada harga belian 0.080 (19/7/2021)
KAB WA: Menarik diperhatikan.Butiran waran:
Gearing: 7.32
Premium:86.33%
Tarikh luput: 29/04/2024
Support: 0.09
Resistance: 0.135
#MidSwing
KAB: Kaunter Berpotensi (Siri 2)"Kita juga dapat andaikan bahawa esok akan berlaku gap up bagi membuat percubaan seterusnya bagi menembusi resistance fibo 0.5 (0.785). Sekiranya resistance ini berjaya ditembusi, perjalanan harga pasti menarik. Sama - sama kita nantikan."
Petikan dari kajian yang lepas, harga dibuka amat tinggi di awal dagangan sehingga melepasi para fibo 0.785 menuju ke 0.805 seperti yang kita jangkakan, namun menurun secara mendadak sehingga berpaut pada support yang kita senaraikan sebelum ini, admin percaya kaunter ini masih mempunyai momentum dan SnR kami senaraikan kembali seperti dibawah.
"History will repeat itself"
Support :0.735
R1: 0.775
R2 : 0.785
R3 : 0.835
R4: 0.895
KAB: Kaunter Berpotensi (Siri 1)Pergerakan harga yang konsisten untuk terus naik ke atas. Volum pada hari ini juga amat menyokong dalam usaha untuk terus mencatakan kenaikan harga tertinggi. Berdasarkan kajian melalui garisan fibonaci, dapat kita lihat disitu, harga mula melantun ke bawah setelah berusaha untuk menembusi garisan 0.5 pada paras harga 0.785.
Daripada kenaikan ini dapat kita andaikan akan berlaku kenaikan panjang bagi menutup kembali gap yang berlaku pada penhujung April yang lalu. Kita juga dapat andaikan bahawa esok akan berlaku gap up bagi membuat percubaan seterusnya bagi menembusi resistance fibo 0.5 (0.785). Sekiranya resistance ini berjaya ditembusi, perjalanan harga pasti menarik. Sama - sam kita nantikan.
Kita akan terus mengkaji kaunter ini, maka SnR saya sertakan dibawah:
Support :0.735
R1: 0.775
R2 : 0.785
R3 : 0.835
R4: 0.895
KAB sudah bersedia untuk mendaki?.KAB telah tutup pada harga seringgit dan membentuk candle hammer. Sebelum ini juga beliau telah membentuk hammer tetapi ianya fake..haha. Jadi mari kita lihat adakah kali ini beliau betul2 nak betukar angin atau mcm mna. Sekarang KAB betul2 berada pada line Mid bollinger bands. Jiak dimasukkan garisan EMA50 kita dapat lihat beliau telah rebound di atas garisan EMA50. KAB juga dilihat berusaha keras untuk bertahan di atas fib0.5. Kita dapat lihat volume macam nak breakout. Jadi kita tunggu volume breakout dlu sebelum entry. Stochastic juga sepertinya akan memberi signal dalam masa terdekat begitu juga dengan MACD. Safe entry adalah di atas 1.00 dan untuk confirmation harga tidak boleh sesekali berada di bawah 990. R1.16/1.22. Kalau HH sebelum ni di 1.22 mungkin cari 1.27. Sekadar kajian dan pembelajaran. Sediakan trading plan masing2.
Kejuruteraan Asastera Berhad = KAB (0193)
KAB adalah kaunter uptrend yang sedang membuat correction setelah berjaya mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada harga RM1.22 (07 Julai 2020). Kedudukan harga sekarang semakin menghampiri MAJOR TRENDLINE yang bertindak sebagai benteng terakhir jika KAB ingin meneruskan kenaikan dalam keadaan uptrend . Hari ini (23 Julai 2020) harga telah ditutup betul-betul di atas garisan EMA50 (0.915). Boleh tunggu peluang untuk masuk jika berlaku pullback di kawasan major trendline .
6 ALL TIME HIGH BREAKOUTDISCLAIMER : Posting ini hanya untuk pendidikan sahaja.
SKY IS THE LIMIT, bila kaunter itu sudah melepasi harga puncak tertinggi sebelum ini,
kaunter itu akan cenderung terbang dengan lebih jauh.
FA : GOOD, Quarter report lepas masih untung walaupun tidak sebanyak
quarter report sebelum nya, dari segi spec lain company ini growing.
TA : baru saja Breakout petang tadi, masih boleh masuk untuk fly bersama,
memandangkan kenaikkan baru saja 19% namun pastikan masuk sedia
trading plan agar dapat perfect entry.
CATALYST : wow!!! KAB rupanya mempunyai banyak sebab untuk naik lagi,
penemuan yang lebih hebat KAB juga sebenarnya chart dia baru saja gerak
awal tahun 2020, dengan pandemik lagi tapi dia catch up terus seringgit
lebih.
REVIEW : go for INVEST or SWING, up to you.. Prepare your own Trading Plan
RIDE THE TREND TILL BEND
Adakah KAB Telah Kembali Bersedia Untuk Meneruskan Pendakian?KAB telahpun berehat lebih dari 3 bulan dan hari ini memecahkan garisan menurun disokong oleh volume yang kuat. Adakah KAB telah bersedia untuk meneruskan pendakian? Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. Aras rintangan yang merupakan aras all time high adalah di 1.04. Jika berjaya dipecahkan, aras target peraman panjang untuk KAB adalah di 1.53 berdasarkan tarikan fibonachi. KAB juga berpotensi untuk membuat pattern surf Bollinger Band. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Mampukah KAB Meneruskan Pendakian dan Masuk Ke Channel Baru?KAB meneruskan pendakian pada jumaat lalu dan berpotensi untuk meneruskan pendakian. Berdasarkan Fibonachi Retracement, target price seterusnya adalah pada harga 0.530 dan kebarangkalian untuk pergi lebih tinggi (0.560) jika KAB berjaya naik ke channel seterusnya dan berjaya closed disitu. Sama-sama kita follow rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
0193 KAB :Bila Nak Turun?Berdasarkan analisis, saya melihat momentum kenaikan masih ada pada KAB.
Cuma perlu berhati-hati kerana sudah memasuki fasa OVERSOLD.
Setakat ini, resistance masih belum dapat dikenal pasti, kerana KAB melakuka new high.
Cuma berhati-hati...
Saya akan berkongsi tempat-tempat sharp entry kelak, bila KAB mula turun nanti.
KAB boleh peratikanKAB boleh peratikan sekiranya berjaya melepas 0.225 untuk ke TP garisan biru... support boleh rujuk garisan merah...
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!