KEYASIC
Keyasic menyentuh paras sokongan seterusnya membuat kenaikan?Keyasic telah menunjukkan penurunan dalam beberapa hari lepas dan menghampiri paras sokongan. Boleh perhatikan lilin pada hari ini dan esok untuk pengesahan masuk. Paras sokongan pada 0.14 manakala paras rintangan pada 0.175.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan semata bukan saranan jual atau beli. SIla berdagang atas risiko sendiri
KEYASIC (Berehat atau Bertukar Arah?)Sektor:
- Technology, Internet of Things (IoT), Electronic.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, KEYASIC telah mencatatkan kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) KEYASIC juga dalam trend menurun. Keuntungan dan revenue KEYASIC menunjukkan kemerosotan YoY masing² sebanyak -159.23% dan -7.78%.
- Dari sudut Teknikal, dalam time frame (tf) daily, KEYASIC menunjukkan kenaikan parabolic dengan volume yang sangat signifikan.
- Hari ini, KEYASIC membentuk candle gravestone doji pada tf daily memberikan signal reversal.
- Bagi meneliti lebih terperinci, saya gunakan tf 4 jam untuk membuat kajian.
- Setelah melakukan kenaikan parabolic, kini KEYASIC dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu RM 0.210.
- KEYASIC perlu membuat rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Gravestone Doji = Keadaan dimana harga buka sama dengan harga tutup dengan ekor panjang di atas.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Keyasic Bila Mahu keluar dari tidur...Keluarlah TerbangCategory : Technology - Main Market (Semiconductor)
Waktu Pergerakkan (TF):15Minit dan TF: Harian
Indicator bantuan :
Indicator : EMA7
Indicator : EMA21
Indicator : Stocastic RSI
Pada jam 3PM 09/02/2021 carta menunjukkan ada persilangan EMA7 dan EMA21, Signal positif ini menunjukkan ada pergerakkan kenaikan pendek ke arah harga 0.105/0.110. Kekuatan ini dilemahkan dengan penunjukkan RSI telah berada pada "Over bought" . Namun begitu, penunjuk positif pada TF:Harian menunjukkan RSI berada di kawasan oversold dan telah ada tanda persilangan signal ke atas, ini memberi maksud jika ada minat belian yang tinggi di dorong dengan kehendak pasaran kepada permintaan bahan semikonduktor, pada masa akan datang diharap ada lonjakan besar ke atas pergerakan harga terhadap kaunter ini. Diharap kaunter ini akan mendapat momentum untuk berada ke landasan harga pada suatu ketika dahulu di puncak 0.340 dan seterusnya ke tingkat tertinggi di 0.820
# Sekadar coretan sebuah carta