KHJB bakal membuat pembalikan menaik Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang berada di penghujung akhir gelombang Intermediate (2) pembetulan besar " Kombo berganda WXY ' dan dia jangka akan membuat pembalikan menaik ke atas Gelombang Minor
"impulse 12345" dengan sasaran aras alat Fibonacci
*Pengunaan Alat Fibonacci Extension dengan tahap sebagai anggaran unjuran setiap kenaikan harga dan juga panduan Rintangan serta Sokongan*
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
KHJB
KHJB Membuat Corak Carta Triple Bottom KHJB nampak membuat corak carta triple bottom yang menarik pada semalam. Hari ini membuat retracement dan kebarangkalian ia akan membuat kenaikan pada esok atau kemungkinan lain akan ada sedikit lagi retracement / penurunan sebelum ia membuat lantunan semula. Prestasinya positif dalam setahun lepas. Pendapatan bersih untuk 4 suku tahunan yang lepas juga positif.
Kawasan masuk: 0.27 -0.3
Ambil untung: 0.315
Potong Rugi: 0.265
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
KHJB Kaunter Produk Bayi dan Ibu MengadungMusim covid dan PKP ni, kalau perasan ramai ibu mengandung dan bayi yang baru lahir. KHJB menjalankan perniaagan menjual produk barangan ibu mengandung dan keperluan bayi atas jenama Mothercare. Sebelum ini membentuk pattern kotak dan berjaya dipecahkan. Aras rintangan target untuk pattern kotak adalah di 0.325 dan 0.375. Manakala, harga lahir KHJB adalah di 0.390. Aras sokongan di 0.275. Untuk makluman, selepas seminggu dilahirkan di bursa Malaysia, KHJB koma hingga ke hari ni. Jika dilihat pada chart KHJB, dapat dilihat KHJB sedang dalam pattern menaik. Jadi, adakah mampu untuk kembali ke harga lahir seterusnya bangun dari koma? Sama-sama kita perhatikan. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
KHJB: Cubaan Bertahan di RBSKHJB | KIM HIN JOO (MALAYSIA) BERHAD
- Sektor: Penny Stocks, IPO, Retailers, Consumer Products & Services
Analisis Fundamental
- Merupakan sebuah syarikat yang mampu menghasilkan keuntungan walaupun sedikit dalam setiap QR.
- QR 1 21 telah merekodkan kenaikan keuntungan bersih sebanyak 97% iaitu RM1.755 juta berbanding QoQ sebelumnya sebanyak RM893,000.
-Market Capital (RM) : 106.40 juta dan jumlah bilangan saham: 380.0 juta menjadikan saham ini mudah untuk dimanipulasikan (rujuk isaham.my).
Jadi perlu amat berhati-hati dan mempunyai disiplin cut loss yang tinggi juga diperlukan jika mencari entry untuk saham sebegini.
Analisis Teknikal
1. Harga KHJB masih mencuba bertahan di paras RBS. Jika berjaya bertahan mungkin akan kembali mencabar paras rintangan psikologi RM0.30. Namun, sekiranya tidak berjaya bertahan di paras RBS , maka akan paras sokongan seterusnya adalah pada sokongan dinamik MA 20.
2. RSI di paras 54.72 menunjukkan bahawa KHJB masih mempunyai momentum belian.
3. MACD mula berada di paras positif setelah melakukan golden cross.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukanlah cadangan belian mahupun jualan.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR