Kinabalubursatrader
Kesihatan yang tak berapa sihat ?Sektor kesihatan kini kelihatan tidak berapa sihat. Kenaikan yang sebelum ini kemungkinan hanya lantunan teknikal. Sekurang kurangnya perlu kuat di atas garisan merah untuk menyambung kenaikan. Jika minggu ini tidak kuat di atas garisan merah dan garisan biru terdekat pecah, mungkin akan mencari garisan biru kedua.
Indeks ini sedang bertarung dengan ATH !Indeks produk industri sedang berusaha untuk memecahkan ketinggian tertingginya. Jika berjaya, kemungkinan akan meneruskan kenaikan. Ada kemungkinan indeks ini akan melakukan pattern "morning star" di carta harian. Setakat ini, saya nampak masih ada sisa tenaga untuk indeks ini ke atas.
Sektor yang boleh membina duit ?Sektor pembinaaan kini berjaya berada di atas resistance(garisan biru). Jika kekal di atas garisan biru itu, berkemungkinan akan mencari garisan merah seterusnya garisan ungu. Jika kuat di atas garisan ungu, mungkin akan mencuba untuk menutup ruangan(gap) di garisan kuning. Setakat ini, masih kelihatan positif untuk ke atas.
Vivroom vroom mahu meneruskan perlumbaan? Support sekarang 1.09-1.04. Ini adalah area yang boleh diperhatikan. Anak panah itu adalah jangkaan sahaja. Untuk midterm, boleh target RM1.50. Buat masa ini, mungkin kaunter ini akan mengambil nafas sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Boleh masukkan dalam WL, mana tahu dia nak buat ekor hehe. Tayor.
Kaunter yang uptrend ?Nampak gayanya kaunter ini masih ingin memberikan 'diskaun'. Index Nasdaq juga kelihatan masih ingin ke bawah. Boleh diperhatikan apabila harga berdekatan dengan garisan hijau. Jika berminat dengan kaunter sebegini, boleh letakkan di dalam watchlist.
support terkini - garisan hijau (1.36/1.28)
target ? target jauh la bosss hehe
Kaunter yang trending dan mempunyai QR yang mantap! Garisan biru adalah support terkini
Garisan merah perlu dipecahkan oleh kaunter ini.
Garisan hijau, target.
Jika esok gap up tidak terlalu jauh dari garisan merah, mungkin akan test balik garisan merah itu.
Yang ada masa boleh monitor kaunter ini ya ✌🏼
Tayor !
Bercuti cuti di hotel impian anda ?Kaunter ini berada dekat dengan strong support 0.065. Dapat pecahkan line tu makin sedap la jawabnya. Siapa yang berminat utk trade dengan tenang boleh tengok tengok kaunter ini.
Support - 6.5sen
TP - garisan pink, 10sen, dan garisan garisan biru.
TAYOR.
esok t+3 !Support sekarang .355/.350 . Esok jika kuat atas .375, kemungkinan akan meneruskan kenaikan. Buat masa sekarang, saya lihat kaunter ini seperti ingin mencari support sekali lagi. Jika bertahan, barulah meneruskan kenaikan. Jika kuat atas 0.405, boleh target 0.525 untuk target seterusnya. Target ultimate super saiyan berada di 0.67. Tayor !