Kinabalutrader
Perlu lagi banyak minat belian !Bitcoin sekarang perlu naik semula atas kawasan 33.3k ! Jika tidak, kemungkinan besar akan mencari semula 31k/30k. Buat masa skrg, lebih baik tunggu btc naik semula atas 33.3k atau tunggu di area 31k/30k. Lihat apa yang berlaku di kawasan tersebut. JIka dapat bertahan mungkin akan ada lantunan teknikal! Tayor !
Anak yang menawan !Sekarang berada dekat dengan support 22.5sen dan support trendline. Support ini perlu dijaga rapi. Jika pecah, kemungkinan akan mencari semula area 20.5 sen. Untuk longterm sangat cantik kerana ibunya seperti ingin pergi jauh. Apa apa pun, perlu jaga support dahulu. Boleh target ke ATH jika kuat nak ke atas. Tayor !
Bakal memulakan perjalanan baru?Kaunter ini telah membuat kenaikan yang mendadak sebelum ini dan kini kembali ke support semula. Saya perhatikan pergerakannya 14.5-15.5-16.5-17.5-20sen. Memandangkan kaunter ini agak murah, hampir setiap harga merupakan SnR. Support yang perlu dijaga sekarang adalah 15.5sen. Tayor !
Adik kepada picollo? Kaunter ini telah menarik perhatian ramai orang dengan naik begitu banyak dalam sehari. Buat masa sekarang, perlu dilihat di manakah dia bakal melantun. Menurut analisis saya, harga yang boleh diperhatikan ada 19sen/18sen/15.5sen. Jika berminat boleh kaji dengan lebih mendalam kaunter ni. Tayor !