Ringkasan KLCI 8 September 2020KLCI dibuka sedikit tinggi iaitu pada paras 1519.32mata tetapi melemah sewaktu dagangan dijalankan. Pelabur telah merubah pandangan kepada kepada perkembangan semasa Covid-19, dengan KKM telah melaporkan 62 kes baharu pada 7 September 2020 lalu iaitu tertinggi sejak RMCO dijalankan pada 10 Jun 2020. Disamping itu, pedagang juga masihragu dengan pembuatan dasar US yang akan segera mengumpul dan menyediakan dana rangsangan ekonomi berikutan data pengangguran adalah semakin membaik. Data rasmi US menunjukkan majikan menambah 1.4juta pekerjaan pada bulan Ogos setelah 1.7 pekerjaan yang disemak pada bulan Julai lepas dan ini menandakan fasa pemulihan. Sementara itu, kadar pengangguran turun kepada 8.4% daripada 10.2% pada bulan Julai.
Klci
KCLI - PersimpanganKemaskini Analisis KLCI -
KLCI seperti projection sebelum ini, telah menembusi paras sokongan dan kini sudah mulai bearish. kita menantikan 5 gelombang kejatuhan untuk menyiapkan gelombang C.
Paras bullish adalah 1585. Sekiranya menembusi paras ini, kemungkinan untuk kita melihat satu rally panjang adalah lebih cerah.
Sokongan seterusnya adalah 1460 di paras Golden Ratio.
Abang Doji
Indeks FBMKLCI : Permulaan Fasa Downtrend5/9/2020
- Khamis 3 Sept - terbentuk candlestick Bearish Engulfing, menunjukkan ada tanda awal penurunan.
- Jumaat 4 Sept - berlaku gap down, tetapi candle mampu membuat kenaikan setelah jatuh melepasi paras 1500.
- Line SMA (Simple Moving Average) 200, kini menjadi support terakhir.
- Sekiranya indeks melepasi MA200, maka indeks boleh dikategorikan sebagai downtrend.
- Paras support seterusya ialah 1460.
- Indeks berada di area Lower Bollinger Band (line kelabu) dan masih ada ruang untuk membuat kejatuhan
- Indicator RSI, berada di bawah paras 40, menunjukkan indeks semakin melemah dengan graph yang semakin menurun
- Indeks perlu melepasi Trendline (Line Merah) untuk kembali masuk ke fasa Uptrend
Kesimpulan:
- Sejak dari krisis COVIC 19 (Mac 2020), indeks berjaya membuat kenaikan yang kuat utk menyamai paras asal 1600.
- Indek membentuk struktur HigherLow dan LowerLow, struktur Downtrend
- Hati-hati trade dan hanya trade setelah kajian terperinci dibuat.
- Amalkan pasang stop loss
- Simpan dan jaga modal, mungkin ada peluang membeli kaunter-kaunter FA yg bagus
-----------------------------
Nota
- Idea hanya untuk pembelajaran
- Sila LIKE & SHARE jika berguna .
- Terima Kasih
KLCI ACE - Dead CrossJika dilihat pada sesi dagangan lepas, FBMKLCI ACE didapati secara teknikalnya telah membuat beberapa kali pecahan sokongan dan ini menandakan situasi mengambil untung bagi dagangan jangka pendek untuk satu bulan. Paras sokongan seterusnya adalah pada 9192mata dan dilihat pasaran ACE ini telah berada di dalam fasa terlebih beli dalam waktu yang agak lama. Jangkaan akan teruskan penurunan dalam masa terdekat.
KLCI - ArahKLCI harini dilihat jatuh 9mata, 1556 berikutan pengaruh negative daripada stock US semalam tentang ketidaktentuan keadaan yang berkaitan pakej rangsangan negara. Keadaan jangkitan covid juga masih belum reda berikutan New Zeland melaporkan kes pertama selepas 100hari yg menyebabkan bandar utama negara berkenaan diperintahkan perlaksanaan PKP.
Disamping itu juga, penyertaan pasaran dipengaruhi oleh pengumuman angka Q2 GDP pada jam 12pm nanti. GDP Q1 sebelum ini adalah -2% merujuk ekonomi Malaysia telah mengucup sebanyak 2% .
KLCI - Bocor Paras Ini, Lari!Kemaskini KLCI -
Klci kini sudah menyiapkan 5 gelombang impulsif 12345. Kini menanti satu paras konfirmasi untuk meneruskan gelombang jualan.
Berbanding dengan indeks serantau, Nikkei kelihatan mempunyai gelombang yang sama, namun HSI kelihatan lebih kuat untuk terus naik diambang risiko ekonomi yang semakin merudum.
Sekiranya paras 1549 ini bocor, admin berpendapat gelombang jualan akan mula menguasai KLCI.
Abang Doji
4 Mata Terpenting Buat KLCIKLCI kini sedang menguji 4 mata terakhir untuk membuat satu lagi Higher High.
Sekiranya berjaya, KLCI kelihatan membuat 5 gelombang kenaikan dan secara umumnya admin berpendapat bahawa KLCI sudah berjaya keluar dari Bear Market. Walaupun dalam senario ini, kita masih menanti 3 gelombang pembetulan ABC sebelum KLCI terus naik membuat Higher High yang baru.
Sekiranya tidak berjaya, admin berpendapat bahawa akan ada satu lagi gelombang jualan buat KLCI. Gelombang yang signifikan.
Dalam ketidakpastian ini, admin melabel kedua dua 12345 dan ABC buat kiraan interim.
KLCI boleh naik 10,20 atau 30 mata dalam sehari.
Adakah 4 mata ini satu masalah?
Mari kita nantikan.
Abang Doji.
KLCI selesai gelombang pembetulan?Analisis KLCI mingguan.
KLCI telah membuat penutupan minggu pertama bulan Julai tepat di paras fibo 1.618.
Sekiranya kenaikan ini terbukti 3 gelombang kenaikan ABC, dan paras 1.618 berjaya bertahan, kita sepatutnya menyaksikan satu lagi gelombang jualan untuk KLCI minggu hadapan.
Sekiranya KLCI berjaya membuat pergerakkan 5 gelombang kenaikan buat kali ini, KLCI berpotensi untuk menghasilkan satu bibit bibit awal senario Bullish.
KLCI Menguji Downtrend LineBursa FBMKLCI harini dilihat cuba menguji downtrend line pada sekitar 1491. Jika nilai sokongan ini tidak berjaya ditembusi, maka ada kemungkinan besar index KLCI ini bakal membuat lantunan semula ke paras rintangan 1530 mata. Jika nilai mata ini berjaya melintasi 1530 mata, maka boleh dikatakan bursa telah keluar dari corak kejatuhan.
LBALUM kembali beraksiLBALUM telah diperdagangkan di atas Purata Pergerakan 20-Hari MA20 and menembusi Purata Pergerakan Eksponensial EMA9 yang condong ke atas yang merupakan petanda baik. Di samping itu, harga hanya menembusi rintangan 0.4 yang menguatkan kenaikan dalam pergerakan harga baru-baru ini. Penembusan ini disertai oleh jumlah dagangan yang lebih tinggi daripada purata yang menunjukkan semangat pedagang untuk mendorong harga lebih tinggi dan melepasi rintangan ini sehingga memberikan kebarangkalian lebih tinggi untuk berjaya. Perhatikan pergerakan harga dan kekal panjang jika harga menembusi rintangan 0.405 and 0.42.
CBIP menunjukkan peluang untuk terus panjang (long position)CBIP telah berdagang di atas Purata Pergerakan MA20 and Purate Pergerakan Eksponensial EMA9 yang condong ke atas yang merupakan petanda baik. Di samping itu, harga hanya menembusi rintangan 0.85 yang menguatkan kenaikan dalam pergerakan harga baru-baru ini. Penembusan ini disertai oleh jumlah dagangan yang lebih tinggi daripada purata yang menunjukkan semangat pedagang untuk mendorong harga lebih tinggi dan melepasi rintangan ini sehingga memberikan kebarangkalian lebih tinggi untuk terus kekal panjang (long position). Perhatikan dagangan hari ini, dan kekal panjang jika harga menembusi 0.89.
CONNECT TEMBUS RINTANGANCONNECT telah diperdagangkan di atas Purata Pergerakan 20-Hari (MA-20) and Purata Pergerakan Eksponensial 9 (EMA-9) yang condong ke atas yang menunjukkan petanda baik. Di samping itu, harga hanya menembusi beberapa rintangan dalam dua hari minggu lepas menguatkan kenaikan dalam pergerakan harga. Penembusan ini disertai oleh jumlah dagangan yang lebih tinggi daripada purata yang menunjukkan semangat pedagang untuk mendorong harga lebih tinggi dan melepasi rintangan ini sehingga memberikan kebarangkalian lebih tinggi untuk berjaya.
TENAGA - signal pertama untuk terus trendingTENAGA, stok yang membawa index, kini telah mula untuk terus trending dengan cubaan untuk melepasi paten 'pennant' seperti dalam carta, setelah sekian lama dalam keadaan 'sideway'
Rintangan seterusnya pada aras 14.00, dan harga
MA juga jelas menjadi sokongan untuk Tenaga, dengan harga mampu untuk bertahan pada atas EMA50 dan SMA200.
Volum dagangan juga nampak bertambah.
KLCI - Telah break major downtrendline dengan jayanyaFBMKLCI, tampak mengatasi DTL dengan bergaya dan membentuk 3 white soldiers
-Downtrend mode finally berakhir pada 20 Jun 19, menandakan fasa uptrend untuk KLCI
-Sentimen untuk fasa baru penting untuk menarik minat dan confidence foreign fund kembali melabur di KLSE
-Saham dagangan telah kembali dengan jumlah dagangan melebihi RM2 billion sehari
-telah retrace pada 1572, harga terendah sejak 2015
-aras rintangan seterusnya pada 1690 (SMA200) dan 1700 point
KLCI - Effect penjualan mungkin masih ada-Index minggu lalu pecah sokongan FY17 pada 1620
-Juga telah rebound pada sokongan kuat FY16, pada aras 1612
-Index pada 22/4 menunjukkan penjualan/pengambilan untung pada sebelah petang, berikutan sentimen daripada kejatuhan stok daripada China, kejatuhan 13-bulan terendah (terburuk pada 4 minggu berturutan)
-Bagi saya utk bullish area bermula, KLCI perlu melepasi aras 1640
-Brent juga telah pecah rintangan terkuat semalam, kini telah berada pada aras 74 US$/bbl (sektor O&G) perlu diperhatikan
KLCI Perlukan Bullish Pada Minggu IniBentuk 'candlestick' pada minggu lepas memberi signal awal harga bakal melonjak kembali.
Ia memerlukan 'bullish candle' yang solid pada minggu ini sebagai 'confirmation' seterusnya kembali menguji paras 'resistance' di 1730.00
Jika paras 1370.00 berjaya ditembusi secara solid, maka sasaran seterusnya adalah di paras 1822.90